KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang memberikan reaksi bercampur terhadap Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 yang antaranya menggugurkan peruntukan berkaitan generasi penamat (GEG).
Rata-rata mereka menyokong rang undang-undang itu namun mahukan peruntukan berkaitan larangan penjualan produk tembakau serta rokok selain larangan merokok bagi individu yang lahir pada 1 Jan 2007 dan seterusnya dikembalikan kerana jumlah perokok dalam usia muda ketika ini menunjukkan trend meningkat.
P. Prabakaran (PH-Batu) berkata beliau tidak akan berputus asa untuk memberikan tekanan kepada kerajaan supaya peruntukan GEG diteruskan pada masa akan datang.
Bagaimanapun, beliau berkata Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 perlu diluluskan sebagai langkah pertama ke arah mencapai GEG.
Fasal 13(1) dan 13(3) Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 menyatakan larangan bagi menjual dan membeli produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau atau mengadakan apa-apa perkhidmatan untuk merokok kepada Orang Belum Dewasa (OBD).
Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa, ketika membentangkan rang undang-undang itu bagi bacaan kali kedua di Dewan Rakyat hari ini, berkata ia penting untuk dikuat kuasa bukan sahaja bagi mengatasi kelompongan dalam perundangan sedia ada dan melindungi golongan bukan perokok terhadap kesan sampingan asap rokok malah kepada golongan kanak-kanak, atau didefinisikan sebagai OBD.
Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad (PH-Kuala Selangor) dan Datuk Dr Zulkafperi Hanapi (PN-Tanjong Karang) pula berkata untuk mencapai kelaziman merokok daripada 21 peratus kepada lima peratus pada 2045 agak sukar tanpa GEG.
Sementara itu, Datuk Dr Radzi Jidin (PN-Putrajaya) meminta Menteri Kesihatan menjelaskan keputusan tersebut, yang dibuat atas alasan GEG adalah bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan, kepada Dewan Rakyat.
Bagi Young Syefura Othman (PH-Bentong), meskipun GEG digugurkan, rang undang-undang itu perlu diluluskan kerana ia membawa perubahan besar untuk menambah baik kawalan dan penguatkuasaan dalam industri produk merokok.
"Pada masa sama, kita tidak boleh memberikan bebanan semata-mata kepada Kementerian Kesihatan, kita sebagai ibu bapa, keluarga dan masyarakat juga memainkan peranan penting untuk tegur serta pantau mereka yang di bawah umur yang hisap rokok dan vape," katanya.
Persidangan Dewan Rakyat bersambung esok.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 29 2023

Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang memberikan reaksi bercampur terhadap Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023. - Gambar hiasan

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.

Dewan Negara lulus rang undang-undang kawalan produk merokok
Dewan Negara hari ini meluluskan Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 dengan undian suara.

Ahli Parlimen beri reaksi bercampur terhadap Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok
Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang memberikan reaksi bercampur terhadap Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023.