Ahli Parlimen India ditahan selepas didakwa lakukan serangan seksual
Mangsa dakwa MP itu mengeksploitasinya secara seksual selama empat tahun dengan janji untuk mengahwini serta membantu memajukan kerjayanya.
Bernama
Thu Jan 30 2025
Seorang Ahli Parlimen pembangkang India ditahan pada Khamis ketika mengadakan sidang media di kediamannya bagi menjawab tuduhan dakwaan rogol terhadapnya. - Gambar hiasan
NEW DELHI: Seorang Ahli Parlimen (MP) pembangkang India ditahan pada Khamis susulan dakwaan merogol seorang wanita.
Wanita berkenaan yang sudah berkahwin mendakwa, MP terbabit yang mewakili sebuah kawasan di negeri utara Uttar Pradesh mengeksploitasi mangsa secara seksual selama empat tahun dengan janji untuk mengahwini serta membantu memajukan kerjaya politiknya.
Polis telah membuka kertas siasatan terhadap Ahli Parlimen berusia 60 tahun itu pada 17 Januari lepas.
Beliau ditahan ketika mengadakan sidang media di kediamannya bagi menjawab tuduhan terhadapnya.