KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Padang Serai, Datuk Azman Nasrudin hari ini membuat permohonan maaf secara terbuka di Dewan Rakyat kerana salah menyebut nama Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.
Ia selepas Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul mengarahkan Ahli Parlimen daripada Perikatan Nasional (PN) itu berbuat demikian, dengan menyifatkan kesalahan berkenaan sebagai amat serius.
"Pada semalam 28 Februari 2024 semasa berucap, Yang Berhormat (YB) Padang Serai telah salah menyebut nama Tuanku Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
"Kesalahan ini amat serius kerana ia diucapkan dalam dewan. Saya sebagai Speaker yang bertanggungjawab, tidak kira sebelah kiri atau sebelah kanan mesti bertanggungjawab atas kesalahan-kesalahan yang telah YB sebut.
"Untuk itu, saya dengan ini memerintahkan YB bangun, dan memohon maaf kepada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong," katanya di Dewan Rakyat pada Khamis.
Susulan arahan tersebut, Azman kemudian bangun dan membuat permohonan maaf serta berikrar kekhilafan seperti itu tidak akan berulang lagi pada masa depan.
"Terlebih dahulu, saya saya ingin memohon keampunan dan kemaafan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas kekhilafan dan kesilapan saya semasa menyampaikan ucapan saya petang semalam.
"...kerana telah menyebut Ke bawah Duli Yang Maha Mulia, Sultan Iskandar Ibni Sultan Ibrahim.
"Sepatutnya Ke Bawah Duli Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar. Saya berikrar, kekhilafan seperti ini tidak akan berulang lagi pada masa depan," ujar beliau.
Dalam masa sama, Johari turut mengingatkan kepada semua Ahli Parlimen agar berhati-hati menuturkan kata-kata terutama membabitkan nama Yang di-Pertuan Agong.
Hasimi Muhamad
Thu Feb 29 2024

Azman membuat permohonan maaf dan berikrar kekhilafan seperti itu tidak akan berulang lagi pada masa depan - Foto/Tangkap layar YouTube Parlimen
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.
Protes: Pelajar anjur 'Indonesia Gelap', bantah potongan bajet
Ribuan pelajar di seluruh Indonesia mengadakan protes besar-besaran pada Khamis bagi membantah pemotongan bajet dan dasar-dasar Presiden Prabowo Subianto yang dikhuatiri akan menjejaskan sistem sokongan sosial serta masa depan mereka.
Diploma Jururawat: Syarat kemasukan dilonggar kepada tiga kredit SPM
Kementerian Kesihatan (KKM) melonggarkan syarat kemasukan program Diploma Kejururawatan bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) daripada lima kredit kepada hanya tiga kredit sahaja berkuat kuasa mulai Januari tahun ini hingga Disember tahun depan.

Tourism Perak sertai pameran pelancongan untuk tarik pelancong Indonesia
Pameran pelancongan itu berfungsi sebagai platform bagi agensi promosi pelancongan negeri untuk mempamerkan tawarannya yang pelbagai.
Konflik Gaza: Pelan Trump bukan usir rakyat Palestin - Utusan A.S ke Asia Barat
Utusan Amerika Syarikat ke Asia Barat pada Khamis menegaskan bahawa rancangan Presiden Donald Trump untuk Gaza bukan bertujuan mengusir rakyat Palestin.
Konflik Gaza: Netanyahu ikrar balas dendam lepas Hamas pulang mayat tebusan
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, pada Khamis berikrar kononnya untuk membalas dendam terhadap Hamas selepas kumpulan itu menyerahkan mayat empat tebusan Israel.
Polis bongkar makmal proses dadah, tahan lima individu
Polis membongkar makmal haram pemprosesan dadah selepas menyerbu sebuah rumah di Nilai, Isnin lalu dengan membabitkan keseluruhan rampasan dadah dan sitaan dianggar bernilai RM3.2 juta.
Dalam kenyataan pada Khamis, Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yusoff berkata pasukan serbuan turut menahan dua lelaki tempatan serta dua lelaki dan seorang wanita warga asing, kesemuanya berusia antara 27 hingga 38 tahun.
Dalam kenyataan pada Khamis, Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yusoff berkata pasukan serbuan turut menahan dua lelaki tempatan serta dua lelaki dan seorang wanita warga asing, kesemuanya berusia antara 27 hingga 38 tahun.
A.S - Mexico: Mexico ikrar lindungan kedaulatan, A.S label kartel pengganas
Presiden Mexico, Claudia Sheinbaum, mengumumkan pada Khamis bahawa beliau akan mencadangkan pindaan perlembagaan bagi memperkukuh perlindungan terhadap kedaulatan negara.

Ahli Parlimen Padang Serai mohon maaf tersalah sebut nama Agong
Tan Sri Johari Abdul mengarahkan Ahli Parlimen daripada Perikatan Nasional itu, dengan menyifatkan kesalahan berkenaan sebagai amat serius.