KUALA LUMPUR:Menjelang persidangan Dewan Rakyat 2 Nov ini, beberapa Ahli Parlimen dari Sabah mula menjalani kuarantin di ibu negara sejak semalam bagi membolehkan mereka menghadiri mesyuarat ketiga penggal ketiga Parlimen ke-14 yang dijadual berlangsung sehingga 15 Dis.
Mereka perlu menjalani ujian COVID-19 sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarbangsa Kuala Lumpur (KLIA), dipakaikan gelang pengawasan dan seterusnya menjalani kuarantin 14 hari, sepertimana ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM).
Beberapa Ahli Parlimen yang dihubungi Bernama menyatakan ada yang sudah tiba di Kuala Lumpur sejak semalam, selain ada yang memilih untuk melakukan perjalanan esok, selaras arahan Setiausaha Dewan Rakyat yang meminta mereka untuk berada di ibu negara selewat-lewatnya, esok.
Ahli-ahli Parlimen dari Sabah itu boleh memilih untuk menjalani kuarantin di kediaman sendiri atau di hotel yang ditentukan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).
Ahli Parlimen Kota Kinabalu Chan Foong Hin berkata beliau tiba kira-kira 8 malam semalam di KLIA, dan diminta mengisi borang berkaitan sebelum menjalani ujian swab.
"Memandangkan saya memilih untuk kuarantin di hotel yang disediakan NADMA, semua urusan pengangkutan diuruskan oleh mereka malah bagasi kami juga disanitasi sebelum dibawa masuk ke dalam kenderaan," katanya yang memuji kelancaran urusan itu.
Ahli Parlimen Kota Belud Isnaraissah Munirah Majilis yang menaiki penerbangan sama dengan Chan, pula berkata beliau juga memilih untuk kuarantin di hotel disediakan NADMA dan akan menjalani kuarantin sehingga 28 Okt.
"Saya akan berada di Kuala Lumpur dalam tempoh yang lama bagi menghadiri persidangan ini disebabkan sekiranya saya mahu balik ke Sabah, saya perlu menjalani proses yang sama (dikenakan ujian swab dan dikuarantin semula) sebelum saya boleh ke Dewan Rakyat semula.
"Kita jalankan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab untuk dikuarantin. Bagi kita, dapat hadir ke persidangan Dewan Rakyat yang antara lain bakal membentangkan Belanjawan 2021, satu agenda penting untuk negara," katanya.
Sementara itu Ahli Parlimen Beaufort Datuk Azizah Mohd Dun berkata beliau akan mengambil penerbangan malam esok dari Kota Kinabalu dan memilih untuk menjalani kuarantin di kediaman sendiri.
"Apa-apa pun kita akan tetap mematuhi segala SOP (prosedur operasi standard) yang telah ditetapkan oleh MKN (Majlis Keselamatan Negara) dan KKM bagi memastikan kelancaran urusan perjalanan sidang Dewan Rakyat kali ini," katanya.
Setiausaha Dewan Rakyat Nizam Mydin Bacha Mydin dalam surat bertarikh 9 Okt yang dikongsikan Chan sebelum ini, menyebut bahawa Ahli Parlimen juga perlu menjalani ujian COVID-19 di kemudahan kesihatan kerajaan atau swasta, pada hari ke-13.
Mereka kemudiannya perlu membawa keputusan ke pejabat kesihatan daerah (PKD), sehari kemudian untuk mendapatkan surat pelepasan kuarantin dan pemotongan gelang pengawasan, jika disahkan negatif COVID-19.
Ahli Parlimen terbabit akan dirujuk ke hospital bagi rawatan lanjut, jika didapati positif COVID-19, selain perlu mengulangi prosedur sama jika pulang ke Sabah.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 16 2020

Beberapa Ahli Parlimen dari Sabah mula menjalani kuarantin di ibu negara sejak semalam bagi membolehkan mereka menghadiri mesyuarat ketiga penggal ketiga Parlimen ke-14 yang dijadual berlangsung sehingga 15 Dis.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Ahli Parlimen Sabah mula jalani kuarantin di KL sebelum sidang Dewan Rakyat
Menjelang persidangan Dewan Rakyat 2 Nov ini, beberapa Ahli Parlimen dari Sabah mula menjalani kuarantin di ibu negara sejak semalam bagi membolehkan mereka menghadiri mesyuarat ketiga penggal ketiga