KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Negara harus sentiasa memberi contoh terbaik kepada rakyat dalam menjaga keharmonian perpaduan dan menjaga kesensitifan berkait dengan 3R (bangsa, agama dan institusi Diraja).
Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Mutang Tagal berkata perkara ini boleh dilakukan dengan mengamalkan semangat perpaduan, saling menghormati dan toleransi, terutama semasa menjalankan tanggungjawab berbahas di dalam Dewan.
Beliau berlata ia penting kerana pada zaman Internet ketika ini, setiap tingkah laku dan percakapan Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Negara adalah terbuka atau "vulnerable" kepada setiap lapisan rakyat di pelbagai medium media massa traditional serta media baru, tanpa mengira umur, bangsa dan agama.
"Perkara ini juga telah dititah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim semasa Istiadat Pembukaan Penggal Ketiga Majlis Parlimen ke-15 yang lepas. Oleh itu, saya amat mengalu-alukan usaha dan komitmen Ahli-Ahli Yang Berhormat untuk menyatukan masyarakat tanpa sebarang prejudis," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perjumpaan Yang Dipertua Dewan Rakyat dan Yang Dipertua Dewan Negara bersama dengan Yang Dipertua Negeri Sarawak di bangunan Parlimen hari ini.
Turut hadir Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul, Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri Wan Junaidi Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi.
Dalam ucapannya itu, Mutang turut mengucapkan syabas kepada semua Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Negara kerana rata-ratanya kekal fokus dan produktif sepanjang perbahasan di bulan Ramadan ini.
Sementara itu, Johari berkata semua pihak di Dewan Rakyat termasuk beliau sendiri bersedia untuk menerima teguran dan pandangan daripada Yang Dipertua Negeri Sarawak berhubung usaha memperkukuhkan kedudukan Parlimen Malaysia sebagai badan perundangan tertinggi negara.
Mutang berkata biarpun kini Wan Junaidi tidak lagi menjadi Yang Dipertua Dewan Negara, namun pengalaman luas beliau dalam politik serta pentadbiran kerajaan cukup untuk dikongsi dan dicerakinkan untuk pembangunan Parlimen dan negara amnya.
"Melalui pengalaman yang beliau (Wan Junaidi) ada dan digabung pula dengan sifat dinamik Premier Sarawak (Tun Abang Johari Abang Openg, saya juga yakin banyak perubahan akan berlaku di Sarawak bagi membolehkannya menjadi negeri terbaik di Malaysia," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 21 2024

Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Mutang Tagal berucap pada Majlis Perjumpaan Yang Dipertua Negeri Sarawak Bersama Yang Dipertua Dewan Negara dan Yang Dipertua Dewan Rakyat di Parlimen hari ini. - Foto BERNAMA

Kusta: 368 penduduk jalani ujian saringan
Kerajaan memberi jaminan bahawa rawatan bagi pesakit kusta adalah berkesan dan tidak perlu dilakukan sebarang langkah kuarantin.

Agong selamat tiba di tanah air selepas menjalani rawatan di luar negara
Pesawat khas Seri Paduka Baginda tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada 7 pagi tadi.

Hubungan setengah abad Malaysia-Bahrain memasuki dimensi baharu
Kedua-dua negara akan memperoleh potensi besar dalam memperluas kerjasama ekonomi termasuk dalam sektor pelancongan.

Sanggup sembunyi dalam longkang busuk, kotor
Kesemua ditahan melibatkan individu warga Indonesia, Bangladesh, India, Myanmar dan Nepal.

ESCAP seru ASEAN perkukuh komitmen Perjanjian Paris
ASEAN sebagai satu blok mempunyai keupayaan untuk menarik pelabur serta membentuk mekanisme pembiayaan mampan.

RUU Perkhidmatan Parlimen, Perlembagaan Persekutuan akan dibentang untuk diluluskan - Fahmi
Langkah ini sebagai bukti komitmen Kerajaan MADANI dalam memperkukuh institusi demokrasi dan melaksanakan agenda reformasi institusi negara.

DBKL ambil alih pengurusan bazar Ramadan, Aidilfitri, tawar sewaan berpatutan
Pengambilalihan ini bertujuan untuk memastikan kadar sewaan yang lebih berpatutan bagi peniaga.

Jejantas Tun Teja ikon terbaharu Melaka, lonjak ekonomi setempat
Jejantas ini dilengkapi dengan sensor pergerakan, iaitu lampu akan dicahayakan mengikut pergerakan manusia yang melintasi.

'Perkampungan salji tanpa salji'
China ketika ini berdepan dengan gelombang haba lebih panas dan berpanjangan serta hujan lebat yang semakin kerap akibat perubahan iklim.

Manchester United ada lebih banyak masalah daripada penyelesaian - Amorim bakal angkat kaki?
Amorim hanya dapat mengumpulkan 14 mata daripada 14 penampilannya sebagai pengurus United setakat ini.

Ahli Parlimen disaran guna peruntukan bantu pertingkat jalur lebar di sekolah
Ahli Parlimen yang menerima peruntukan daripada kerajaan Persekutuan dicadang untuk menggunakannya bagi membantu mempertingkat perkhidmatan jalur lebar di sekolah.

92 Ahli Parlimen India digantung tugas
Seramai 33 anggota Dewan Rakyat dan 45 anggota Dewan Negara digantung tugas pada Isnin manakala 14 lagi telah digantung tugas minggu lalu.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 6 November 2023.

Kerajaan Itali mahu haramkan penggunaan bahasa Inggeris dalam urusan rasmi
Kerajaan Itali berhasrat untuk mengharamkan penggunaan bahasa Inggeris dalam urusan rasmi.

PM Anwar tegur sikap Ahli Parlimen, minta jaga tatasusila
Jangan biarkan rakyat ketawa melihat seluruh Dewan ini seperti sarkas, pesan Perdana Menteri.

PRU15: Tun M setuju tindakan isytihar harta, tapi bukan musim pilihan raya semata-mata
Dr Mahathir berkata, perkara itu perlu dibentangkan di Dewan Rakyat terlebih dahulu bagi mewajibkan ahli Parlimen mengisytihar harta masing-masing.

Tidak sampai satu jam, Dewan Rakyat 'panas' dengan pertikaman lidah Ahli Parlimen
Beberapa perkataan yang agak panas seperti "letak jawatan" dan "derhaka" turut dikeluarkan sepanjang sejam mesyuarat itu berlangsung.

Parti atau pengundi
Sebarang kesilapan di dalam pemilihan calon dalam pilihan raya boleh membawa kesan yang harus ditanggung oleh setiap rakyat di negara ini.

Tiada asas ugut Ahli Parlimen sokong Belanjawan 2021 - Tun M
Tun Dr Mahathir berkata Tengku Zafrul dan pemimpin kerajaan lain amat tidak bertanggungjawab dengan mengeluarkan kenyataan berbaur ugutan.

Peruntukan untuk pembangkang ditarik balik, mana keadilannya? - Syed Saddiq
Persoalan itu dilontarkan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dalam sesi perbahasan di Dewan Rakyat pada Rabu.