KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang Malaysia sepakat menyokong perjuangan rakyat Palestin bagi menuntut hak dan kedaulatan mereka yang ditindas oleh rejim zionis Israel.
Mereka menyatakan kesepakatan itu semasa sesi perbahasan penerangan menteri berhubung Perkembangan Semasa Konflik Palestin-Israel di Dewan Rakyat hari ini.
Datuk Seri Saifuddin Abdullah (PN-Indera Mahkota) berkata rakyat Palestin mempunyai hak untuk mempertahankan diri dan seluruh dunia harus menerima hakikat berkenaan dan bersolidariti dengan menafikan pandangan-pandangan serong yang cuba diberikan oleh beberapa kuasa besar di belakang Israel.
"Saya bersetuju harus ada penyelesaian segera dan menghentikan pertempuran. Tetapi penyelesaian dan menghentikan pertempuran tidak boleh berbalik kepada status quo. Sebab kalau berbalik kepada status quo, inilah yang berlaku.
"Penyelesaian hanya (boleh diterima) dengan syarat pendudukan haram dan dasar apartheid Israel dihentikan, baru kita boleh bersetuju dengan penyelesaian. Kita mesti terus melabelkan Israel sebagai entiti apartheid. Dan sangat mustahak, Malaysia tidak akan normalisasi hubungan dengan Israel," katanya.
Terdahulu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam penerangannya menyatakan pendirian Malaysia menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) agar mengambil tindakan segera untuk meminta semua pihak menghentikan segala tindakan keganasan dan pertempuran di Semenanjung Gaza ketika ini.
Ahmad Zahid berkata rakyat Palestin perlu dikembalikan hak mutlak bebas daripada pendudukan haram Israel, hak dikembalikan tanah yang dirampas oleh Israel dan hak membentuk sebuah negara Palestin yang merdeka dan berdaulat dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara.
Sementara itu, Syed Ibrahim Syed Noh (PH-Ledang) dalam perbahasannya berkata pertempuran yang berlaku ketika ini bukanlah satu tindakan ganas daripada pihak Hamas, sebaliknya ia adalah tindak balas mempertahankan diri dari penindasan dan tindakan zalim rejim zionis terhadap rakyat Palestin.
Beliau yang juga Pengerusi Kaukus Parlimen Berkenaan Palestin turut meminta kerajaan menyatakan pendirian menolak usaha normalisasi antara Israel dengan Arab Saudi.
"Kalau ini (normalisasi Israel-Arab Saudi) berlaku akan menimbulkan suasana yang amat rumit bagi negara-negara yang ada hubungan dengan Arab Saudi termasuk Malaysia," katanya.
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (MUDA-Muar) berkata realitinya rakyat Palestin sedang hidup di dalam penjara terbesar di dunia yang kebebasan harian disekat selain sentiasa hidup dalam ketakutan memandangkan bila-bila masa mereka boleh dibedil dengan bom rejim zionis.
"Mereka sedang hidup dalam ketakutan 24 jam, tujuh hari seminggu selama berdekad-dekad lamanya. Perkara ini bukan baru timbul dan muncul beberapa minggu lepas. Sebab itu apabila dunia hanya menggunakan kemarahan yang selektif apabila ada rakyat tidak bersalah dibunuh, tetapi mereka menutup mata apabila rakyat Palestin dibunuh dengan kejam sejak berdekad lamanya.
"Apabila pemimpin dunia katakan Israel ada hak untuk mempertahankan diri, di manakah mereka apabila rakyat Palestin dibunuh secara kejam? Mana hak Palestin untuk membela dan mempertahankan hak mereka?" soal beliau.
Sementara itu, Lee Chuan How (PH-Ipoh Timur) berkata tindakan undang-undang perlu diambil terhadap Israel memandangkan keganasan yang dilakukan oleh regim zionis itu sudah berlarutan sejak sekian lama dan mengorbankan banyak nyawa.
"Kita boleh keluarkan 100,000 resolusi di mana-mana peringkat multilateral, tapi kita perlu pastikan tindakan diambil dan pastikan undang-undang antarabangsa terpakai sama ada untuk semua termasuk rejim pengganas Israel ini," katanya.
RSN Rayer (PH-Jelutong) pula mencadangkan agar Malaysia menghantar misi bantuan perubatan kepada mangsa di Palestin yang mengalami kecederaan disebabkan tindakan kejam Israel.
"Pada masa sama saya ingin tanya adakah kita bercadang menyediakan pasukan pengaman Malaysia ke Palestin bagi melindungi mangsa yang dizalimi Israel ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 09 2023

Mereka menyatakan kesepakatan itu semasa sesi perbahasan penerangan menteri berhubung Perkembangan Semasa Konflik Palestin-Israel di Dewan Rakyat hari ini. - Gambar fail/Sinar Harian

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Kusta: 368 penduduk jalani ujian saringan
Kerajaan memberi jaminan bahawa rawatan bagi pesakit kusta adalah berkesan dan tidak perlu dilakukan sebarang langkah kuarantin.

Agong selamat tiba di tanah air selepas menjalani rawatan di luar negara
Pesawat khas Seri Paduka Baginda tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada 7 pagi tadi.

Hubungan setengah abad Malaysia-Bahrain memasuki dimensi baharu
Kedua-dua negara akan memperoleh potensi besar dalam memperluas kerjasama ekonomi termasuk dalam sektor pelancongan.

Sanggup sembunyi dalam longkang busuk, kotor
Kesemua ditahan melibatkan individu warga Indonesia, Bangladesh, India, Myanmar dan Nepal.

ESCAP seru ASEAN perkukuh komitmen Perjanjian Paris
ASEAN sebagai satu blok mempunyai keupayaan untuk menarik pelabur serta membentuk mekanisme pembiayaan mampan.

Malaysia-Perancis senada perkukuh kerjasama pelbagai bidang termasuk AI, pertahanan
Malaysia dan Perancis senada dalam memperkukuh kerjasama dalam pelbagai bidang termasuk pertahanan, ekonomi, tenaga, perdagangan, pelaburan, pelancongan serta kecerdasan buatan (AI).

Malaysia, Mesir senada tolak usaha 'halau' rakyat Palestin dari bumi Gaza
Malaysia dan Mesir senada dalam pendirian menolak usaha "menghalau" rakyat Palestin keluar dari bumi Gaza.

Kelewatan gencatan Gaza berpunca dari senarai nama tebusan Israel dibebaskan
Senarai nama-nama tebusan Israel di Gaza yang bakal dibebaskan pada hari pertama gencatan senjata akan dikeluarkan dalam waktu terdekat.

Umat Islam wajib pertahan, sokong Palestin - MKI
Umat Islam wajib membela serta mempertahankan rakyat dan Palestin daripada segala bentuk kezaliman, pencerobohan dan penjajahan rejim Zionis Israel.

Malaysia kutuk keras peluasan penempatan haram Israel, serangan udara di Syria
Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya keputusan rejim Zionis Israel untuk memperluas penempatan haram di Bukit Golan yang diduduki.

Malaysia ulangi komitmen sokongan padu terhadap Palestin, gesa gencatan senjata di Gaza dan Lubnan
Malaysia mengulangi komitmen berterusan dan sokongan padu terhadap perjuangan Palestin dan usaha damai yang mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara merdeka.

Israel lancar serangan udara di tengah Lubnan
Israel lancar serangan Udara yang memusnahkan sebuah bangunan berhampiran Jalan Hamra di tengah Beirut pada Selasa.

Serangan udara Israel bunuh 4, cederakan 23 di Beirut - Kementerian Kesihatan Lubnan
Serangan udara Israel di Beirut pada Sabtu, membunuh empat orang dan mencederakan 23 yang lain.

Jumlah kematian akibat serangan berterusan Israel di Gaza hampir 43,400 orang
Seramai 102,261 orang lagi pula dilaporkan cedera dalam serangan yang masih berlangsung.

Lebih 150 pesakit, kakitangan terperangkap dalam serangan di Hospital Kamal Adwan
Hospital Kamal Adwan berkemungkinan besar menjadi satu pusara besar apabila dianggarkan seorang pesakit meninggal dunia setiap jam akibat tindakan tidak berperikemanusiaan tentera Israel.