KUALA LUMPUR: Orang politik yang menjadi Ahli Parlimen mahupun Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dilantik rakyat sebagai wakil untuk membawa isu mereka ke Parlimen dan menggubal undang-undang yang membawa negara lebih tinggi.
Bukannya untuk mengepalai syarikat-syarikat korporat berkaitan kerajaan (GLC), kerana itu akhirnya akan timbul jua tembelang apabila syarikat terlibat diheret ke lembah masalah.
“Pelantikan GLC sekarang dijadikan satu senjata untuk membeli kesetiaan ahli politik dalam Parlimen.
“Ia merupakan satu ‘conflict of interest’ pada pandangan kita dan juga satu jalan untuk korupsi dalam negara kita,” kata Pengerusi Bersih 2.0, Thomas Fann.
Jelas Thomas, itulah puncanya kepada amalan lompat parti apabila ahli politik tidak bertanggungjawab membelot kepercayaan rakyat demi bersama pihak yang dapat memberikan mereka jawatan.
Nawaitu atau niat seseorang ahli politik itu ketika zaman perang pandemik ini akhirnya diperlihatkan seorang demi seorang, mana yang hanya masuk politik untuk memenuhi poket sendiri dan mana sahaja yang benar-benar ikhlas berkhidmat untuk orangnya.
Maka, kata Presiden Persatuan Pemeriksa Fraud Bertauliah Malaysia, Datuk Akhbar Satar, kita dapat lihat dalam begitu ramai pemain politik, tidak ramai antara mereka adalah negarawan sejati.
“Ahli politik ini selalunya memikirkan tentang pilihan raya, sedangkan negarawan ini betul-betul memikirkan hal rakyat dan pastikan bahawa harta negara tak diseleweng dan juga memastikan bahawa generasi akan datang akan lebih baik dan negara ini akan terjamin untuk masa depan mereka.
“Jarang di Malaysia ini kalau kita mahu lihat ahli politik itu apabila dia masuk politik adalah untuk bekerja untuk masyarakat dan rakyat. Saya rasa kurang.”
Rakyat melihat, dan mereka hari ini sudah cerdik untuk mencari kebenaran yang akhirnya akan terbongkar walau sekeras mana pun mereka yang terlibat menafikannya.
Ia terlihat daripada beberapa siri pertuduhan salah guna kuasa dan korupsi para pemimpin politik di mahkamah melibatkan jumlah berjuta malah berbilion ringgit, yang lama-kelamaan jelas Akhbar mewujudkan persepsi negatif orang ramai terhadap sebarang pelantikan politk tidak kira di mana sahaja.
Bercakap tentang integriti, ia bukanlah isu yang hanya eksklusif untuk ahli politik sahaja. Sebenarnya kita juga berdepan dengan masalah kejujuran dalam kalangan penjawat awam yang bekerja di pelbagai kementerian dan jabatan kerajaan, staf swasta dan macam-macam lagi.
Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Integriti Malaysia, Nor’afiza Saim menyatakan kerisauannya terhadap keadaan hari ini di mana secara amnya sukar untuk mencari organisasi melibatkan kerajaan yang benar-benar bersih dan boleh dibanggakan.
“Saya rasa semua orang tahu menilai mana yang bagus dan yang tak bagus, tapi perlakuan mereka kebanyakannya bertentangan dengan nilai yang dia pegang. Sudah tahu salah, tapi buat juga.
“Integriti adalah melakukan perkara yang betul walaupun tiada siapa yang melihat.
"Semua orang sebenarnya bertanggungjawab untuk memperbaiki budaya integriti di negara ini, tak boleh nak kata salah sesiapa.
“Ia bermula daripada individu, setiap seorang kita kena berintegriti dan amalkan apa yang kita percaya.
"Sehingga setiap orang boleh berbuat demikian, barulah kita boleh dapat budaya integriti yang baik dan kita tak ada semua masalah ini.”
Ketika semua orang menggalas tanggungjawab untuk menyemai budaya kejujuran dan keikhlasan dalam diri sendiri, budaya sesebuah organisasi itu dibentuk daripada amalan mereka yang berada di kepimpinan dan pengurusan tertinggi.
Maka, ahli lembaga pengarah sepatutnya tidak terkecuali daripada disaring dan dinilai tahap integritinya supaya dapat dipastikan gerak kerja mereka sentiasa berlandaskan Tatacara Pengurusan Korporat yang telah digariskan.
Tonton sesi penuh Dialog Tiga Penjuru bersama tiga panelis ini yang dihoskan oleh Dzulfitri Yusop, di sini:
Israr Khalid
Fri Jun 04 2021

(Dari kiri) Akhbar Satar, Norafiza Saim dan Thomas Fann sebagai panelis dalam Dialog Tiga Penjuru: Kapten GLC, orang korporat atau orang politik? di Astro AWANI malam tadi.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Titah Adendum: ‘Tahu ke tak tahu?’, Dialog Tiga Penjuru di Astro AWANI malam ini jadi ‘Dialog Tiga Peguam’
Saksikan Dialog Tiga Penjuru di Astro AWANI 8.30 malam ini, Khamis 9 Januari 2025.

Gubal Akta Parlimen Berpenggal Tetap, pastikan Kerajaan kekal hingga hujung penggal - Penganalisis
Akta Parlimen Berpenggal Tetap perlu digubal dan diluluskan untuk menghentikan sebarang polemik mengenai perubahan tampuk pentadbiran Kerajaan.

Sikap hormat terhadap prinsip demokrasi dalam kalangan wakil rakyat masih lemah - Penganalisis
Ahli Dewan Rakyat ketika ini tidak mencapai kelas penggubal undang-undang yang setaraf negara demokrasi matang dan maju.

Tahfiz kekurangan dana risiko abai keselamatan, kebajikan - Yayasan Pendidikan Khalifah
Aspek kebajikan dan gaji guru juga mungkin tidak dijaga dengan teratur, jika tiada pemantauan pihak kerajaan.

Dasar pendidikan mesti konsisten, untuk semua, bukan individu - PERPEMA
Satinah berkata, pihak kementerian juga perlu terbuka untuk menerima sumbang saran daripada pihak swasta.

Pendidikan: Dasar sering berubah punca berlaku defisit kepercayaan - Samuel Isaiah
Ibu bapa mahukan kestabilan pelaksanaan dasar yang konsisten apabila mereka melabur untuk masa depan anak-anak mereka.

Normalisasi hubungan negara Arab, Israel adalah tidak sihat - Dewan Pemuda Pas
Tindakan normalisasi hubungan negara arab dengan Israel adalah tidak sihat, serta menunjukkan kesatuan negara Islam yang rapuh dalam mengecam kezaliman rejim zionis.

Mansuh hukuman mati mandatori beri hakim pilihan lebih luas - Peguam
Hukuman mati masih dikekalkan untuk jenayah tertentu, khususnya melibatkan jenayah berat.

Tingkatkan mekanisme pencegahan jenayah di samping kekalkan hukuman mati - Penganalisis
Usaha pencegahan jenayah oleh kerajaan adalah tidak mencukupi dan seharusnya aspek tersebut perlu menjadi keutamaan pembuat dasar.

'Pembangkang mesti bentang dasar alternatif jika tidak setuju dengan kerajaan'
Pembangkang bertanggungjawab menawarkan dasar alternatif, untuk menjana persaingan idea yang matang dan mantap.