Seorang ahli perniagaan cedera parah selepas terkena satu das tembakan di leher oleh penjenayah yang memecah masuk gudangnya di Kampung Jaya Gading, di sini hari ini.
Dalam kejadian kira-kira 6 pagi itu, mangsa berusia 40 tahun telah terserempak dengan tiga penjenayah yang memecah masuk gudang rokoknya dan berlaku pergelutan sebelum seorang daripada penjenayah itu melepaskan tembakan ke arahnya.
Mangsa yang kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan dilaporkan berada dalam keadaan koma.
Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Abdul Aziz Salleh ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan menurutnya polis berjaya menahan tiga suspek berkenaan kira-kira dua jam selepas menerima laporan berhubung kejadian itu.
"Dua suspek berjaya ditahan di Jalan Kuantan-Pintasan Pelabuhan dekat Bukit Rangin manakala seorang lagi suspek ditahan di bandar ini antara jam 8 pagi hingga 9 pagi tadi," katanya.
Abdul Aziz berkata siasatan polis di tempat kejadian turut menemukan beg duit dipercayai milik seorang daripada penjenayah yang dipercayai tercicir semasa pergelutan itu.
Beliau berkata polis akan mengadakan sidang media berhubung kejadian itu dalam masa terdekat.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 25 2017

Seorang ahli perniagaan ditembak sekumpulan penjenayah di Kampung Jaya Gading, di sini pada Sabtu. - Gambar hiasan
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Ahli perniagaan cedera ditembak di Kuantan
Seorang ahli perniagaan cedera parah selepas terkena satu das tembakan di leher oleh penjenayah yang memecah masuk gudangnya di Kampung Jaya Gading, di sini hari ini.

Wanita ditemui mati ditikam di perut dan dada, dipercayai disamun
Seorang wanita ditemui mati dengan kesan tikaman di bahagian kanan perut dan kiri dada dalam kejadian samun di rumahnya di Kampung Hijrah, Penor, dekat sini, hari ini.

Tragedi go-kart: Polis selesai ambil keterangan penganjur
Polis juga akan mengambil keterangan Siti Suhaiza Seman, 38, iaitu isteri dan ibu kepada mangsa rempuhan kenderaan jenis go-kart itu.

Dua rakan mati lemas ketika mandi-manda di air terjun berkelah
Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Abdul Aziz Salleh berkata kedua-dua mangsa bersama beberapa rakan lain lagi pergi ke tempat rekreasi berkenaan pada kira-kira 2 petang untuk mandi-manda.

Pemilik akaun FB Adinda Idris disiasat fitnah polis Pahang
Polis Pahang sedang menyiasat pemilik akaun Facebook Adinda Idris yang didapati memuat naik status mendakwa polis tidak menyiasat kes kemalangan melibatkan anaknya dan sebuah lori membawa bauksit.

Bayi lelaki dibuang ditemukan di belakang rumah - Polis
Seorang bayi lelaki ditemukan dibuang di belakang sebuah rumah di Taman Datuk Rashid, dekat sini malam tadi, menurut polis.

Anak pukul ibu dengan batang cangkul hingga mati
Seorang anak dipercayai memukul ibunya hingga mati dengan batang cangkul di rumah mereka di Batu 8, Jalan Kuantan-Gambang semalam.

Anggota polis antara empat diberkas dalam Ops Cantas Khas
Seorang anggota polis dan seorang wanita adalah antara empat yang diberkas bersama sejumlah dadah dan pelbagai senjata berbahaya dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Bahagia Indah, malam semalam.