Seorang ahli perniagaan dijatuhi hukuman penjara 92 tahun dan 44 kali sebatan oleh Mahkamah Majistret di sini pada hari ini selepas mengaku bersalah terhadap 44 pertuduhan menipu pada 2018, melibatkan pelaburan baja dan penanaman kelapa sawit.
Tertuduh, Ling Tzer Sheng, 29, didakwa di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan dengan sebat dan boleh juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
Tertuduh bagaimanapun hanya akan menjalani hukuman selama 40 bulan penjara selepas Majistret Muhammad Faizal Che Saad membenarkan tempoh hukuman dijalankan secara serentak manakala 44 sebatan sebat dikekalkan.
Tzer Ling akan menjalani hukuman di penjara Bintulu.
Tertuduh dalam mitigasinya yang dibacakan oleh peguam bela, Elaine Ting telah memohon pengampunan atas kesalahannya dan merayu agar hukumannya dikurangkan atas beberapa alasan.
Beliau memberitahu dia tidak mendapat apa-apa keuntungan daripada penipuan itu. Malah, dia dan keluarganya juga terpaksa menjual harta benda dan kenderaan mereka untuk membayar kedua-dua pengadu dalam kes itu.
Sebagai pencari nafkah tunggal dalam keluarganya, tertuduh perlu memikirkan anak lelakinya yang baru lahir pada 11 November 2019.
Dengan pengakuan atas semua tuduhan, dia telah menjimatkan masa dan kos mahkamah.
Timbalan Pendakwa Raya, Inspektor Awang Iswandi bagaimanapun bertegas agar mahkamah mengekalkan hukuman memandangkan Tzer Sheng pernah disabitkan atas kesalahan sebelumnya.
Menurut fakta kes itu, tertuduh bersama dua orang lelaki yang berumur 22 dan 26 tahun, masing-masing telah menyertai satu pelaburan dalam perniagaan baja dan penanaman kepala sawit yang tidak wujud.
Tertuduh telah memberitahu mangsa bahawa wang dari pelabur akan digunakan untuk membeli dan menjual baja dan keuntungan akan dikongsi dalam kalangan pelabur.
Mangsa juga dijanjikan keuntungan sebanyak 10 peratus dalam tempoh tujuh hari selepas itu yang mana mereka telah membayar sejumlah wang sebagai modal pelaburan.
Namun, mangsa tidak menerima sebaramg keuntungan daripada pelaburan itu kerana tertuduh telah menghilangkan diri sejak Januari 2019 dan tidak dapat dihubungi selepas itu.
Angelina Sinyang
Thu Nov 21 2019

Ling Tzer Sheng dibawa keluar dari bilik Mahkamah Majistret Sibu, setelah dijatuhi hukuman 92 tahun penjara dan 44 sebatan kerana mengaku bersalah menipu dalam skim pelaburan. - Astro AWANI/Angelina Sinyang

Sembilan projek jambatan di Sarawak siap tahun ini - Timbalan Premier
Sembilan lagi projek pembinaan jambatan yang giat dilaksanakan di Sarawak dijangka siap dalam tahun ini, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Pemilihan PKR: Proses berjalan lancar, persiapan teratur - Fuziah
Persiapan bagi keseluruhan proses pemilihan jawatan PKR yang akan diadakan secara berperingkat bermula April hingga Mei depan berjalan lancar setakat ini, kata Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh.
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.

Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas pulau kecil Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima ole
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.

PRN Sabah: Gerakan sudah bersedia, kenal pasti tiga kawasan
Parti Gerakan telah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang dan sudah mengenal pasti tiga kawasan untuk bertanding.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Wanita dilanggar bas ketika minum di restoran
Kemalangan ini mengakibatkan seorang perempuan berusia 51 tahun yang sedang minum di kedai tersebut mengalami kecederaan bengkak di betis akibat terkena serpihan batu bangunan kedai.

Ahli perniagaan dilepas, dibebaskan dua pertuduhan rasuah
Mahkamah Sesyen melepaskan dan membebaskan seorang ahli perniagaan daripada dua pertuduhan meminta dan menerima rasuah, lima tahun lepas.

Ahli perniagaan China didakwa pengintip dijemput ke Istana Buckingham oleh Duke
Lelaki itu dilaporkan telah melawat Istana Buckingham sebanyak dua kali atas jemputan Putera Andrew.

Nenek empat cucu didakwa subahat culik ahli perniagaan minta tebusan RM20 juta
Seorang wanita didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada Ahad atas tuduhan bersubahat melakukan penculikan bertujuan menuntut wang tebusan RM20 juta pada 13 Oktober lalu.

Tiga lelaki didakwa culik, tuntut wang tebusan RM20 juta
Seorang ahli perniagaan dan dua lelaki warganegara Vietnam didakwa di Mahkamah Sesyen Johor Bahru pada Isnin atas tuduhan menculik dan menuntut wang tebusan berjumlah RM20 juta, bulan lalu.

Culik ahli perniagaan: Siasatan masih berjalan, tiada tangkapan baharu
Tiada tangkapan baharu dilakukan berkaitan kes culik seorang ahli perniagaan di sini pada 13 Okt lepas, kata Ketua Polis Johor Datuk M Kumar.

GISB: Mahkamah tetap 25 Nov sebutan kes ugutan jenayah ahli perniagaan
Mahkamah Majistret menetapkan 25 Nov untuk sebutan kes ugutan jenayah, melibatkan seorang ahli perniagaan yang dikaitkan dengan GISB.

Ahli perniagaan di sebalik pengedaran dadah di Kelantan
Ahli perniagaan didakwa menjadi individu 'belakang tabir' kepada sindiket pengedaran dadah di negeri Kelantan yang menyalurkan kewangan.

Juruteknik komputer terlepas tali gantung, hukuman mati diganti penjara 38 tahun
Seorang bekas juruteknik komputer sambilan terlepas tali gantung selepas Mahkamah Persekutuan hari ini menggantikan hukuman mati terhadapnya dengan pemenjaraan 38 tahun.

Edar ganja: Ahli perniagaan terlepas tali gantung, diganti penjara 30 tahun, 12 sebatan
Seorang ahli perniagaan terlepas daripada tali gantung apabila Mahkamah Persekutuan menggantikan hukuman itu dengan penjara 30 tahun kerana mengedar 9.528 kilogram (kg) ganja.

Ahli perniagaan rugi hampir RM200,000 terperdaya pembelian motosikal di Facebook
Lelaki berusia 49 tahun itu mendakwa berurusan dengan seorang individu tidak dikenali melalui aplikasi WhatsApp untuk tujuan tersebut.