Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menasihati ahli politik terutama daripada pihak kerajaan tidak menerima jawatan presiden bagi mana-mana persatuan sukan.
Katanya lantikan politik dalam satu persatuan sukan sebenarnya memberikan implikasi besar kepada industri sukan tersebut.
Ini katanya berlaku situasi di mana apabila ahli politik menjadi pengerusi bagi persatuan sukan akan menyalah guna kepentingan mereka untuk meminta peruntukan daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS).
“Saya minta tolong, tolak tawaran tersebut. Kita nak pastikan landskap sukan ini digerakkan pencinta sukan.
“Bukan mereka yang datang daripada ahli politik. Kalau mereka tetap buat (terima jawatan), tolong jangan datang ke kementerian minta peruntukan,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.
Terdahulu, beliau membangkitkan isu tersebut di dalam Dewan Rakyat semasa sesi perbahasan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-11.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan daripada Dr Hasan Baharom (PH-Tampin) meminta pandangan menteri itu berhubung lantikan politik dalam persatuan sukan.
Kata Hasan, situasi tersebut telah menjadi salah satu punca kejatuhan industri sukan negara.
Sebelum ini, Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Mohd Rashid Hasnon menawarkan diri untuk bertanding sebagai calon Presiden Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA).
Mengulas mengenai itu, Syed Saddiq berkata pendiriannya jelas berhubung lantikan politik dalam jawatan persatuan sukan.
Diyana Ibrahim
Wed Oct 31 2018

SYED SADDIQ: Kita nak pastikan landskap sukan ini digerakkan pencinta sukan. - Gambar fail/BERNAMA

Trump arah kawalan lebih ketat ke atas agensi kawal selia bebas
Menurut Trump, adalah menjadi dasar cabang eksekutif untuk memastikan pengawasan dan kawalan presiden ke atas keseluruhan cabang eksekutif.
'Flat' Chow Kit digempur, 124 pati dicekup
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan 124 pendatang tanpa izin dalam serbuan di sebuah bangunan rumah flat 14 tingkat di Jalan Haji Hussein, Chow Kit awal pagi rabu. Pengarah JIM Kuala Lumpur Wan Mohamed Saupee Wan Yusoff berkata 84 warga Indonesia, Bangladesh (17), Pakistan (14), Nepal (4), India (3) dan Myanmar (2) ditahan kerana disyaki tinggal di negara ini tanpa permit sah dan melebihi masa yang ditetapkan. #AWANInews
100,000 rakyat Sabah terima bantuan tunai RM300 sebulan
Sebanyak 100,000 rakyat Sabah bakal menerima manfaat Program Sentuhan Kasih Rakyat (SYUKUR) menerusi bantuan tunai RM300 sebulan. Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, memaklumkan bahawa bantuan ini diberikan setiap bulan sehingga 31 Disember 2025 kepada penerima yang layak. #AWANInews

ACLE: Arif Aiman hanya kurang satu gol di belakang Cristiano Ronaldo
PENYERANG sensasi Johor Darul Ta'zim (JDT), Arif Aiman Hanapi, telah mengumpul lima gol dan dua bantuan jaringan daripada lapan perlawanan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) setakat ini.
31 negara dilawati, kos perbelanjaan RM16 juta
Sebanyak 31 negara sudah dilawat oleh Perdana Menteri dalam lawatan kerjanya antara November lalu sehingga Februari ini dengan jumlah perbelanjaan sebanyak RM16 juta. #AWANInews

Kanak-kanak kritikal selepas tercekik gula-gula kenyal
Seorang murid Tahun Lima dilaporkan kritikal di Hospital Pulau Pinang (HPP) selepas dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata dalam kejadian pada petang Selasa.

Polis rampas 102 tan dadah, racun bernilai RM1.67 bilion sejak Mac 2024
Sebanyak 102 tan pelbagai dadah dan racun dianggar bernilai RM1.67 bilion dirampas dalam operasi dan serbuan di seluruh negara yang dijalankan sejak Mac 2024 hingga Ahad lepas.

Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang
Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang
NASA naiikkan kemungkinan asteroid langgar bumi kepada 3.1 peratus
NASA meningkatkan kemungkinan asterod 2024 YR4 melanggar bumi kepada 3.1 peratus dan dijangka berlaku pada tahun 2032.
Pope Francis disahkan hidap radang paru-paru
Pope Francis disahkan mengidap radang paru-paru selepas dimasukkan ke hospital di Rom sejak Jumaat.

Gagal yakin penaja punca sukar dapat tajaan - Hannah
Beliau berkata kegagalan itu antaranya berpunca daripada cadangan yang dihantar kepada pihak berkenaan turut memasukkan perkara-perkara tidak perlu.

KBS bantu inisiatif pembangunan bakat sukan badan beruniform - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata perkara itu dipersetujui pada Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Sukan yang dipengerusikan oleh beliau, hari ini.

Belanjawan 2024: Potongan cukai langkah efektif perkasa industri sukan negara
Potongan cukai kepada individu atau syarikat yang menyumbang ke arah kemajuan sukan merupakan satu langkah efektif dalam memperkasakan industri itu.

Belanjawan 2024 mesra industri sukan - MOM
Belanjawan 2024 ambil kira keperluan semua lapisan keluarga sukan negara, kemuncaknya peruntukan RM20 juta untuk program 'Road To Gold'.

RMK12: Kerajaan tubuh pusat kecemerlangan untuk bangunkan industri sukan negara
Kerajaan akan menubuhkan Pusat Kecemerlangan Industri Sukan dengan kerjasama institusi pengajian tinggi (IPT) terpilih, bagi membangunkan industri sukan negara.

KBS akan teliti formula baharu peroleh dana, perkasakan industri sukan
Usaha itu dilihat sebagai kaedah baharu KBS dalam memastikan persatuan-persatuan sukan dalam negara khususnya mendapat dana yang mencukupi.

Malaysia belum bersedia wujud industri sukan negara - Persidangan
Ahmad Shapawi berkata, mengasaskan industri sukan terlebih dahulu perlu kelengkapan ekosistem.

SPRM kesan aktiviti rasuah dalam pengurusan dana sukan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesan kewujudan aktiviti rasuah dalam industri sukan negara terutama dalam aspek pengurusan dana.

Kerajaan disaran perkenal polisi 'helicopter drop' kepada industri sukan
Cadangan itu dikemukakan sebagai alternatif untuk merangsang kembali ekonomi dalam sektor sukan yang terjejas sejak lebih tiga bulan lepas.

Ahli politik dinasihat tidak terima jawatan dalam persatuan sukan
Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menasihati ahli politik terutama daripada pihak kerajaan tidak menerima jawatan presiden bagi mana-mana persatuan sukan.