KUALA LUMPUR:Selepas hampir setahun lebih kes pertama COVID-19 dilaporkan di China, dunia masih bingung dengan asal-usul virus berbahaya itu.
Meskipun sudah terdapat kira-kira 56 juta kes dengan 1.3 juta kematian akibat virus itu di seluruh dunia, saintis masih belum berjaya merungkai misteri bagaimana COVID-19 boleh menjadi begitu tidak terkawal.
Persoalan ini - dan banyak lagi sebenarnya - akan menjadi fokus pasukan petugas antarabangsa pimpinan Dr Peter Daszak, ahli ekologi penyakit yang telah menghabiskan masa bertahun-tahun mengkaji jangkitan koronavirus di China dan Asia Tenggara.
"Kami berhasrat untuk melakukan penyelidikan menyeluruh dan terperinci berkaitan asal-usul serta penularan awal SARS-CoV-2 (COVID-19)," kata Dr Daszak, Presiden EcoHealth Alliance, sebuah pertubuhan bukan berasaskan keuntungan yang memfokus kepada perlindungan kesihatan manusia, alam sekitar dan haiwan di peringkat global.
Pasukan petugas 12 anggota itu juga adalah sebahagian daripada Suruhanjaya COVID-19 Lancet. Lancet adalah antara jurnal perubatan am mingguan tertua di dunia.
Anggota pasukan petugas terdiri daripada pelbagai kumpulan disiplin saintifik dan latar belakang dengan kepakaran dalam penyelidikan penularan, virologi, makmal biokeselamatan dan ekologi penyakit.
Antaranya ialah ahli virologi terkenal Malaysia iaitu Profesor Emeritus Datuk Dr Lam Sai Kit - peneraju dalam jangkitan virus bangkit yang juga individu penting dalam penemuan virus Nipah.
"Sudah tiba masanya untuk membentuk suruhanjaya itu kerana kita kini memiliki data dan bahan yang lebih komprehensif.
"Ini membolehkan suruhanjaya menyediakan penilaian yang canggih dan menawarkan penyelesaian serta syor yang praktikal kepada kerajaan, masyarakat sivil dan institusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sebagai respons kepada pandemik COVID-19," katanya kepada Bernama.
Beliau turut disoal tempoh yang akan diambil oleh pasukan petugas itu dalam mencari jawapan yang dinanti-nantikan oleh dunia.
"Pasukan petugas ini telah diberikan tempoh 12 bulan untuk melakukan kajian saintifik secara objektif dan terperinci terhadap semua maklumat yang ada mengenai asal-usul, kawalan awal dan penyelesaian One Health untuk ancaman masa depan pandemik tersebut," kata Lam, yang juga perunding penyelidik di Universiti Malaya dan Felow Kanan Akademi Sains Malaysia.
One Health adalah satu pendekatan bagi merancang dan melaksanakan program, dasar, perundangan dan penyelidikan yang menyaksikan pelbagai sektor berkomunikasi dan bekerjasama untuk mencapai hasil kesihatan awam yang lebih baik.
Dalam penyelidikannya, pasukan petugas itu akan mewujudkan semula garis masa penularan COVID-19 dari tarikh akhir penularan SARS pada 2003 sehingga Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan COVID-19 sebagai Kecemasan Kesihatan Awam dengan Kebimbangan Antarabangsa pada 30 Jan 2020.
Mereka juga akan menganalisis bukti yang ada bagi setiap hipotesis yang dikemukakan mengenai asal-usul COVID-19 dan membandingkan penularan awal serta kawalan dengan penularan sebelumnya.
Ini bagi membolehkan mereka mengenal pasti strategi yang mungkin boleh membantu mencegah penularan pandemik itu pada masa akan datang, menurut pasukan petugas tersebut dalam satu kenyataan.
Dr Jeffrey D. Sachs dari Universiti Columbia, yang mempengerusikan Suruhanjaya COVID-19 Lancet, berkata terdapat minat yang mendalam dalam usaha memahami bagaimana COVID-19 bangkit dan menular.
"Jika kita boleh memahami sebab pandemik ini bermula, kita boleh membantu mencegah pandemik berikutnya," kata beliau.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 23 2020

Anggota pasukan petugas terdiri daripada pelbagai kumpulan disiplin saintifik dan latar belakang dengan kepakaran dalam penyelidikan penularan, virologi, makmal biokeselamatan dan ekologi penyakit. - BERNAMA

Dua pekerja rentung dalam kebakaran kilang elektronik
Dua pekerja kilang warga Bangladesh dipercayai rentung manakala dua lagi melecur dalam kebakaran di sebuah kilang elektronik di kawasan perindustrian Tangga Batu, pagi tadi.

#GMWA24: Anna Jobling menang besar! Ucap terima kasih kepada peminat
Pelakon, Anna Jobling akui terkejut apabila dia sekali lagi dinobatkan sebagai Gempak Most Wanted 2024 untuk tahun kedua.

1,946 warga emas telah terima vaksin influenza di Perak
Jumlah itu amat menggalakkan selain slot janji temu imunisasi influeza di 32 daripada 78 klinik kesihatan telah ditempah penuh hingga Mac.
FBM KLCI dijangka kekal antara 1,570 dan 1,600 minggu ini
Indeks utama Bursa Malaysia dijangka diniagakan dalam julat 1,570 hingga 1,600 minggu ini berikutan kekurangan pemangkin baharu.

Keyakinan rakyat terhadap Maktab Tentera Diraja cukup tinggi - Timbalan Menteri
Adly Zahari berkata perkara tersebut dicerminkan berdasarkan kadar permohonan kemasukan yang menunjukkan peningkatan pada tahun 2024 dan 2025.

Laporan terkini cetus kebimbangan: Keselamatan kanak-kanak, stigma terhadap OKU
Menghebahkan dengan sensasi status OKU pelaku telah menyumbang kepada stereotaip yang memudaratkan komuniti OKU.

CDU/CSU raih kemenangan besar dalam pilihan raya Jerman
Blok Kesatuan Demokratik Kristian dan Kesatuan Sosial Kristian (CDU/CSU) meraih kemenangan besar dalam pilihan raya Jerman selepas semua kawasan selesai dikira.

Bullish Aim, YTL Communications jalin usaha sama bangunkan infrastruktur fiber generasi baharu
Bullish Aim Group (BA Group) dan YTL Communications Sdn Bhd memeterai usaha sama strategik bagi membangunkan infrastruktur fiber bersama generasi baharu.
AWANI Ringkas: Laporan Ketua Audit Negara
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
2 kanak-kanak maut dalam insiden letupan di Kemboja
Dua kanak-kanak maut dalam insiden letupan rocket-propelled grenade di wilayah Siem Reap, barat laut Kemboja, kata ketua pembersihan periuk api pada Ahad.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

WHO desak perjanjian pandemik baharu selepas AS tarik diri
Tiada negara boleh melindungi diri sendiri daripada pandemik yang akan datang secara bersendirian.

Tiada trend peningkatan influenza, tiada kes selesema burung - KKM
Malaysia tidak menunjukkan trend peningkatan kes influenza dan tidak merekodkan sebarang kes selesema burung (avian influenza) dalam kalangan manusia, demikian menurut Kementerian Kesihatan (KKM).

AS tarik diri, Mesyuarat Lembaga Eksekutif WHO dijangka berlangsung dalam suasana krisis
Mesyuarat Lembaga Eksekutif Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Isnin dijangka berlangsung dalam suasana krisis berikutan kesan daripada keputusan Amerika Syarikat (AS) untuk menarik diri.

Keputusan AS keluar WHO hanya rugikan rakyat sendiri - Penganalisis
Keputusan Amerika Syarikat (AS) menarik diri daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) tidak memberi kesan yang ketara kepada sistem kesihatan global.

Trump keluarkan AS daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia
Presiden Donald Trump menandatangani perintah eksekutif untuk mengeluarkan Amerika Syarikat daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Isnin.

Trump arah Amerika Syarikat tarik diri dari WHO sekali lagi
Perintah eksekutif ini, yang dibuat pada hari pertama penggal kedua Trump, memenuhi janjinya untuk menolak institusi global.

AS$10 bilion diperlukan untuk pulihkan sistem kesihatan Gaza - WHO
WHO memerlukan akses yang pantas, tanpa halangan dan selamat untuk mempercepatkan aliran bantuan ke Gaza.

Wabak disyaki virus Marburg ragut lapan nyawa di Tanzania - WHO
Wabak disyaki virus Marburg di Tanzania menjangkiti sembilan individu dan mengakibatkan lapan kematian setakat ini, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).