IPOH: Timbalan Presiden Bersatu Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu akan mengadakan perbincangan dengan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam masa terdekat berhubung cadangan pelantikannya sebagai Pengerusi Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB).
Ahmad Faizal yang juga Ahli Parlimen Tambun berkata beliau secara peribadi ingin lebih fokus dalam menjalankan kerja-kerja berkaitan politik terutamanya parti Bersatu dalam menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
"Saya mendapat laporan nama saya akan dicadangkan tetapi masih belum dibincangkan dengan perdana menteri...bagaimanapun sekiranya perkara ini diminta oleh perdana menteri sebagai satu perkara perlu saya lakukan demi rakyat saya akan terima namun saya berharap dapat fokus dalam kerja-kerja politik," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita semasa menghadiri Program Perasmian Pusat Perkhidmatan Parti Gerakan Ipoh yang pertama dengan bendera Perikatan Nasional (PN) di sini, yang turut dihadiri Presiden Parti Gerakan Datuk Dr Dominic Lau.
Bekas Menteri Besar Perak itu turut berterima kasih dan menyatakan penghargaan atas pencalonan namanya sebagai Pengerusi KTMB yang disifatkannya sebagai satu tanggungjawab mencabar untuk digalas terutamanya KTMB yang mengalami kerugian susulan penularan wabak COVID-19.
Portal tempatan melaporkan pelantikan Ahmad Faizal sebagai Pengerusi KTMB dijangka berkuat kuasa bulan depan menggantikan Rameli Musa yang dilantik bagi jawatan itu pada Feb 2019 dan kontrak tiga tahunnya akan berakhir pada hujung bulan ini.
Dalam pada itu, Ahmad Faizal mengesahkan tiada perbincangan mengenai pengagihan kerusi antara Bersatu bersama UMNO untuk menghadapi PRU15 setakat ini.
Beliau turut menyangkal dakwaan Bersatu ingin mengaut kerusi yang banyak berikutan tiada sebarang perbincangan dimulakan bersama parti UMNO dan pihaknya sedia mengadakan perbincangan berhubung perkara berkenaan.
"Saya fikir semua parti dalam kerajaan PN berhak menyatakan minat mereka untuk bertanding mana-mana kerusi dan sukacita saya memaklumkan saya diamanahkan oleh Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin untuk mengetuai perbincangan kerusi dengan parti lain," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 26 2021

Portal tempatan melaporkan pelantikan Ahmad Faizal sebagai Pengerusi KTMB dijangka berkuat kuasa bulan depan menggantikan Rameli Musa. - Gambar fail

Buka aib pasangan di media sosial bawa fitnah, perpecahan dalam keluarga - Mohd Na'im
Perbuatan membuka aib pasangan di khalayak ramai terutama di media sosial bertentangan dengan ajaran Islam serta nilai-nilai murni masyarakat.
AWANI Ringkas: Laporan Ketua Audit Negara
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Dewan Rakyat lulus usul Laporan Ketua Audit Negara 1/2025
Dewan Rakyat hari ini meluluskan usul Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 1/2025 Penyata Kewangan Agensi Persekutuan Tahun 2023.
AWANI Tonight | 26 Feb 2025
#AWANITonight with Faye Kwan
-Govt mulls congestion charges in major cities to ease traffic
-M’sia Education Blueprint: Assessing 12 years of progress, challenges
-Govt mulls congestion charges in major cities to ease traffic
-M’sia Education Blueprint: Assessing 12 years of progress, challenges
AWANI Ringkas 27 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 27 Februari 2025
1️⃣ Polis kejar pajero, rampas 200Kg syabu
2️⃣ SPRM reman 5 penjawat awam berkaitan kilang e-waste
3️⃣ Peguam negara perlu kemuka pertuduhan baharu terhadap Najib
#awaniringkas
1️⃣ Polis kejar pajero, rampas 200Kg syabu
2️⃣ SPRM reman 5 penjawat awam berkaitan kilang e-waste
3️⃣ Peguam negara perlu kemuka pertuduhan baharu terhadap Najib
#awaniringkas

Malaysia sokong penuh keanggotaan Timor-Leste dalam ASEAN - Tengku Zafrul
Malaysia telah berperanan penting dalam memasukkan beberapa negara anggota ASEAN lain menyertai blok serantau ini.
AWANI Ringkas: polis kejar pajero, rampas 200kg syabu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI 7:45 [27/2/2025] – Nilai kemanusian dalam dunia Islam| Rakam keterangan saksi| Mayat tersangkut pada pokok tepi sungai| Sedang rangka mekanisme
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Nickyson Nyambar
Tumpuan #AWANI745 malam ini
-Pemimpin Islam utama kepentingan peribadi, kepercayaan makin terhakis
-SPRM panggil lapan lagi saksi, siasatan rasuah empat bekas pegawai Ismail Sabri
-Kehilangan dan kematian ada keraguan, polis siasat ibu bapa Hud Aryan
-Sasaran subsidi petrol RON95, dijangka pertengahan tahun ini
Tumpuan #AWANI745 malam ini
-Pemimpin Islam utama kepentingan peribadi, kepercayaan makin terhakis
-SPRM panggil lapan lagi saksi, siasatan rasuah empat bekas pegawai Ismail Sabri
-Kehilangan dan kematian ada keraguan, polis siasat ibu bapa Hud Aryan
-Sasaran subsidi petrol RON95, dijangka pertengahan tahun ini

RUU Pembaharuan Semula Bandar tidak ubah status tanah terlibat - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan RUU Pembaharuan Semula Bandar (PSB) yang dicadang dibentang di Parlimen nanti, tidak akan mengubah status tanah yang terlibat.

Bernas agih RM15 juta kepada pesawah sempena Ramadan - PM Anwar
Golongan pesawah di seluruh negara bakal menerima agihan sumbangan membabitkan peruntukan berjumlah RM15 juta daripada Bernas untuk membantu mereka melakukan persediaan awal Ramadan dan Syawal.

Azmin Ali dilantik Setiausaha Agung Perikatan Nasional
Mohamed Azmin berkata PN komited untuk terus berada di lapangan bagi membantu mangsa banjir termasuk kerja-kerja pembersihan pascabanjir.

Saya terima apa juga keputusan - Faizal Azumu
Faizal Azumu bersedia menerima apa sahaja keputusan terhadap pertandingan merebut jawatan Naib Presiden parti itu yang ditandinginya.

Jangan bersikap 'double standard' bila disiasat - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid mahu semua pihak tidak mengambil sikap 'berat sebelah' dengan mengatakan kerajaan bertindak tidak adil apabila mereka disiasat.

Isu 3R: Siasatan terhadap Muhyiddin timbulkan persoalan - Bersatu
Ahmad Faizal berkata pendakwaan segera ke atas Muhyiddin oleh Peguam Negara berhubung kes itu juga menimbulkan banyak lagi persoalan.

Pemilihan Bersatu: Peja undur diri, Hamzah bertanding Timbalan Presiden
Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin bakal 'naik pangkat' dan menyandang jawatan Timbalan Presiden parti pada pemilihan akan datang.

Faizal Azumu nafi kenyataan tular isu calon PM
Bersatu menafikan kenyataan yang tular berhubung isu melibatkan perbincangan calon Perdana Menteri pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

PRK Kuala Kubu Baharu: PN telah kenal pasti calon
Tidak timbul soal calon itu dari parti mana kerana apa yang paling utama individu berkenaan mewakili Perikatan Nasional, tegas Ahmad Faizal.

Sukan Komanwel: Beban terlalu berat buat negara - Faizal Azumu
Katanya, kajian menyeluruh wajar dilakukan khususnya melibatkan implikasi kewangan sebelum kerajaan membuat keputusan.

Ahmad Faizal mengaku silap pilih calon Bersatu
Ahmad Faizal berkata, beliau ada suara untuk menentukan calon parti bagi mewakili PN di Perak, termasuk Iskandar yang juga bekas setiausaha politiknya.

Slogan gelombang hijau, Taliban hanya taktik musuh PN - Faizal Azumu
Dakwaan yang mengaitkan PN dengan elemen gelombang hijau dan Taliban merupakan strategi musuh gabungan politik itu bertujuan untuk menakut-nakutkan pengundi bukan Melayu.