KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu kagum dengan semangat kental ditunjukkan jaguh berbasikal trek kebangsaan, Datuk Mohd Azizulhasni Awang yang baru menjalani pembedahan akibat masalah jantung.
Beliau berkata Mohd Azizulhasni yang menjalani pembedahan jantung agak serius pada 21 April lepas, cekal menghadapi dugaan setelah didapati mempunyai kondisi arteri koronari kanan yang menyalur daripada aorta di posisi yang janggal (anomalous aortic origin of right coronary artery) (AAORCA).
Ahmad Faizal berkata pelumba berusia 34 tahun itu juga, menunjukkan pemulihan cukup baik untuk kembali meneruskan latihan dalam masa beberapa bulan lagi.
"Saya dapat berhubung dengan beliau setiap hari sebelum pembedahan. Beliau begitu fokus untuk menjalani pembedahan dan pemulihannya selepas pembedahan juga baik, saya memang amat kagum dengan beliau.
"Kita mendoakan agar beliau segera sembuh dan dapat menjalani latihan dengan cepat, beliau menjadi taruhan utama kita untuk Sukan Olimpik Paris 2024," katanya pada sidang media selepas majlis jamuan Hari Raya Aidilfitri bersama Kontinjen Malaysia ke Sukan SEA di Majlis Sukan Negara (MSN) di sini hari ini.
Semalam, peminat sukan tanah air dikejutkan apabila Mohd Azizulhasni mengumumkan beliau telah menjalani pembedahan jantung terbuka bagi kondisi jantung jarang jumpa dikenali AAORCA, di Hospital Epworth Richmond, Melbourne.
Penyakit berbahaya itu membawa risiko serangan jantung dan kematian mengejut jika tidak dirawat segera.
Ahmad Faizal berkata kementeriannya, MSN dan Institut Sukan Negara (ISN) bersama-sama dengan Institut Jantung Negara (IJN), telah memantau keadaan pemenang pingat perak acara keirin Sukan Olimpik Tokyo 2020 itu pada setiap masa.
"Kita bekerjasama dengan (Pakar Perunding Bedah Kanan Kardiotorasik merangkap Pengarah Sukan IJN) Datuk Seri Dr Jeffrey Jeswant Dillon dan beliau sentiasa berhubung dengan doktor-doktor pakar dari Australia. Kita juga menghantar Dr Jeswant untuk memantau sendiri pembedahan yang dilakukan.
"Ia bukan sengaja kita rahsiakan, tetapi sebagai menghormati Datuk Azizul, yang meminta agar beliau diberi ruang untuk fokus menjalani pendedahan agak serius itu," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 02 2022

Mohd Azizulhasni mengumumkan telah menjalani pembedahan jantung terbuka bagi kondisi jantung jarang jumpa dikenali AAORCA, di Hospital Epworth Richmond, Melbourne. - Gambar/ Twitter/AzizulAWANG
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Mohd Azizulhasni tunggu masa sesuai umum hala tuju karier - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata pihaknya bersama jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang sedang menunggu masa sesuai untuk mengumumkan hala tuju kariernya.

Hannah jumpa Mohd Azizulhasni untuk bincang hala tuju karier
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh dijadual akan mengadakan pertemuan dengan jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang hari ini.

Azizulhasni belum putuskan sertai Program Podium - Amarjit
Keputusan sama ada jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang bersetuju kekal dalam Program Podium tahun depan atau tidak, dijangka mengambil masa dua minggu lagi untuk diketahui.

Beasley yakin Azizulhasni akan kembali ke gelanggang tahun depan
Kehadiran semula pemenang pingat Olimpik dua kali itu motivasi buat pasukan negara.

Mohd Azizulhasni kekal dalam Program Podium, KPI ke Santiago
PKBM dan Majlis Sukan Negara (MSN) bersetuju untuk mengekalkan jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang dalam Program Podium tahun depan.

Azizulhasni tidak akan beraksi pada ACC 2025
Beliau bagaimanapun tetap akan hadir ke kejohanan berkenaan untuk membantu serta memberi sokongan kepada pelumba-pelumba negara.

Pocket Rocketman bakal kembali berkayuh di ACC 2025?
Datuk Mohd Azizulhasni Awang mungkin bakal 'berkayuh' secara rasmi di Velodrom Nasional, Nilai seawal Februari tahun hadapan pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2025.

Azizulhasni kembali berkayuh sejak Olimpik Paris 2024
Jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang kembali berkayuh basikal selepas kali terakhir melakukannya ketika temasya Sukan Olimpik Paris 2024.

Azizulhasni kenang jasa MSN
MSN telah memainkan peranan yang amat penting dalam perjalanan karier saya selama ini, kata Azizulhasni.

Muhammad Shah Firdaus sedia galas tanggungjawab jika Azizulhasni bersara
Pelumba berbasikal trek negara Muhammad Shah Firdaus Sahrom sedia menggalas tanggungjawab sebagai pelumba utama, sekiranya Datuk Mohd Azizulhasni Awang secara rasmi tidak beraksi lagi.