Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah hari ini menegaskan peletakan jawatan beliau dalam Kabinet dan UMNO tiada kaitan dengan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
"Tidak... 1MDB tiada kaitan dengan peletakan jawatan saya sebab saya nak bersara sudah lama. Inilah masalahnya apabila bersara, ramailah yang kata ini tentu adalah masalah.
"1MDB tidak ada kaitan langsung dengan peletakan jawatan saya kerana saya mahu bersara," katanya sambil menambah 1MDB adalah satu perniagaan besar dan "kita tidak boleh kata perniagaan itu sempurna sepenuhnya".
"Dalam perniagaan, ada dua perkara penting iaitu risiko perniagaan dan risiko kewangan. Ini bermakna sesiapa yang mengambil alih 1MDB, maka perlu lihat kedua-dua aspek ini. Jika mereka boleh, sudah pasti tiada masalah," katanya.
Beliau turut berkata peletakan jawatan sebagai Menteri Kewangan Kedua kerana tidak mahu ditukarkan ke kementerian yang lain.
"Saya beritahu diri saya, satu hari (nanti) saya akan bersara, tetapi, saya tidak tahu bila. Namun saya putuskan bahawa persaraan saya hanya di Kementerian Kewangan.
Beliau meletak jawatan sebagai Menteri Kewangan Kedua pada 27 Jun sebelum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan rombakan Kabinet.
Selepas itu, Ahmad Husni juga meletakkan kesemua jawatannya dalam UMNO di peringkat pusat, negeri dan bahagian dan hanya kekal sebagai Anggota Parlimen kawasan Tambun.
Jawatan Menteri Kewangan Kedua kini disandang Datuk Johari Abdul Ghani.
Sebab itu saya bercakap dengan Perdana Menteri, saya beritahu beliau saya akan bersara dengan Kementerian Kewangan, jika anda mahu tukar saya, saya tidak mahu. Jadi, gugurkan saya," katanya kepada pemberita di majlis rumah terbuka Aidilfitri di kediamannya di Sungai Rokam di sini.
Ahmad Husni berkata beliau tidak mempunyai masalah langsung dengan Perdana Menteri, Kabinet mahupun parti.
BACA: Hormat keputusan Ahmad Husni, henti spekulasi - MB Pahang
BACA: Ahmad Husni lepaskan semua jawatan termasuk Ketua Bahagian
Ahmad Husni berkata, beliau pada mulanya mahu bersara daripada politik pada pilihan raya umum (PRU) akan datang dan mahu menjadikan Kementerian Kewangan sebagai destinasi terakhirnya dalam kerajaan.
"Tetapi Perdana Menteri ada idea sendiri dan tukarkan saya ke kementerian lain," katanya.
"Kenapa saya mahu jawatan terakhir dalam kementerian itu, ini kerana di bawah MOF (Kementerian Kewangan) saya dapat membantu banyak pihak yang memerlukan.
Saya percaya bahawa di Kementerian Kewangan, saya boleh menyatupadukan orang ramai kerana saya percaya dalam kepelbagaian budaya," katanya.
Dalam pada itu, Ahmad Husni turut menafikan akan menyertai bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mahupun parti pembangkang.
Tidak.. saya tidak akan menyertai (Dr) Mahathir atau mana-mana parti pembangkang sebab saya percaya dalam politik ada titik pengakhirannya," katanya.
Ahmad Husni berkata setakat ini, beliau ingin memberikan perkhidmatan yang terbaik sebagai Anggota Parlimen Tambun dengan membantu para pengundi yang menyokong beliau selama ini.
"Sekarang ini, apa yang saya ingin lakukan merupakan perkara terakhir iaitu sebagai Anggota Parlimen," katanya sambil menambah kawasannya mempunyai 99,000 pengundi dan kira-kira 300,000 penduduk.
"Mereka menyokong saya. Sebab itu saya berusaha bersungguh-sungguh berkhidmat sebagai Anggota Parlimen setakat kemampuan saya.
Biarlah saya duduk tenang sebab apabila saya tidak lagi dalam politik, ia sangat indah, minda saya tiada lagi gangguan, sebab dalam politik banyak gangguan," katanya.
Sementara itu, beliau juga percaya dengan kepimpinan Datuk Johari Abdul Ghani sebagai Menteri Kewangan Kedua.
"Saya akan nasihatkan beliau berusaha sebaik mungkin mengikut kemampuannya dan keduanya adalah integriti.
Anda tahu, ada sesetengah orang suka mengambil peluang. Kadang-kadang, mereka akan lihat kepada Kementerian Kewangan. Jadi, sila gunakan dan amalkan integriti sepenuhnya," katanya.
Astro Awani
Thu Jul 07 2016
![Ahmad Husni: '1MDB tiada kaitan dengan peletakan jawatan saya' Ahmad Husni: '1MDB tiada kaitan dengan peletakan jawatan saya'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-07/81467887313_AhmadHusniHanadzla.jpg)
Ahmad Husni berkata beliau pada mulanya mahu bersara daripada politik pada pilihan raya umum (PRU) akan datang dan mahu menjadikan Kementerian Kewangan sebagai destinasi terakhirnya dalam kerajaan. - Gambar fail
Dua maut,puluhan cedera bas terjunam
Dua maut, puluhan cedera selepas bas yang dinaiki mereka terjunam dari jambatan yang runtuh di Chancay,Peru, menurut pihak berkuasa pada Jumaat waktu tempatan.
Hampir 1,500 pengunjung, pencari kerja hadir hari pertama karnival MFJ x SPA 2025
Hampir 1,500 pencari kerja tidak melepaskan peluang pada hujung minggu dengan menyertai Karnival Kerjaya MYFutureJobs (MFJ) X Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) 2025 yang bermula di ibu negara, pada Sabtu.
Kerajaan digesa haramkan penjualan vape di kedai serbaneka
Kerajaan digesa untuk segera mengharamkan penjualan vape dan rokok elektronik di kedai serbaneka 24 jam, kedai runcit serta mana-mana premis yang memudahkan akses kepada golongan muda tanpa kawalan yang ketat.
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
8 individu sebar kandungan jelik, palsu diambil keterangan
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah merakam keterangan lapan individu disyaki memuat naik kandungan bersifat palsu dan jelik terhadap institusi diraja khususnya Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja.
![Jannik Sinner terima penggantungan tiga bulan selepas didapati positif doping Jannik Sinner terima penggantungan tiga bulan selepas didapati positif doping](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/71645583501_TBSINNER.jpg)
Jannik Sinner terima penggantungan tiga bulan selepas didapati positif doping
Pemain nombor satu dunia, Jannik Sinner, menerima hukuman penggantungan serta-merta selama tiga bulan daripada menyertai kejohanan tenis.
Akibat lewat bayar gaji, penyelia kedai runcit maut ditetak berkali-kali
Disebabkan pertengkaran akibat kelewatan pembayaran gaji, seorang penyelia kedai runcit ditetak berkali-kali menggunakan pisau pemotong daging oleh pekerjanya di hadapan deretan kedai di Seksyen 7, Shah Alam pada Jumaat.
Dua beradik berusia 10, 15 tahun hilang dari rumah
Dua beradik berusia 10 dan 15 tahun hilang selepas keluar dari sebuah pangsapuri dekat Taman Harmoni, Seri Kembangan, Selangor sejak Khamis lalu.
![Pertumbuhan kukuh KDNK bukti keberkesanan dasar Ekonomi MADANI - PM Anwar Pertumbuhan kukuh KDNK bukti keberkesanan dasar Ekonomi MADANI - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738745035_TBAnwarIbrahim.jpg)
Pertumbuhan kukuh KDNK bukti keberkesanan dasar Ekonomi MADANI - PM Anwar
Pertumbuhan kukuh Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang mencatatkan 5.1 peratus pada 2024 membuktikan keberkesanan dasar Ekonomi MADANI, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
![Presiden Mahmoud Abbas tolak seruan pemindahan penduduk Palestin dari tanah air Presiden Mahmoud Abbas tolak seruan pemindahan penduduk Palestin dari tanah air](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81714357801_PalestinesPresiden.jpg)
Presiden Mahmoud Abbas tolak seruan pemindahan penduduk Palestin dari tanah air
Presiden Palestin Mahmoud Abbas pada Sabtu menegaskan penolakannya terhadap sebarang usaha untuk memindahkan rakyat Palestin dari tanah air mereka.
![Ahmad Husni: '1MDB tiada kaitan dengan peletakan jawatan saya' Ahmad Husni: '1MDB tiada kaitan dengan peletakan jawatan saya'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-07/81467887313_AhmadHusniHanadzla.jpg)
Ahmad Husni: '1MDB tiada kaitan dengan peletakan jawatan saya'
Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah hari ini berkata beliau meletak jawatan sebagai Menteri Kewangan Kedua kerana tidak mahu ditukarkan ke kementerian yang lain.