KUALA LUMPUR: Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah menjelaskan, pelantikan Ahmad Idham Ahmad Nadzri dan Datuk Seri Eizlan Yusof untuk berkhidmat bersamanya sebagai tugasan 'khidmat negara'.
Menjelaskan isu pelantikan tersebut di Dewan Rakyat, Saifuddin berkata, penyertaan kedua-dua anak seni itu adalah seiring penggubalan kerangka dasar luar yang baharu.
"Sebenarnya, Ahmad Idham Ahmad Nazri meletakkan jawatan Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) dan berkhidmat kepada saya menggunakan jawatan Pegawai Tugas-Tugas Khas yang sedia ada.
"Cuma saya menggunakan istilah Setiausaha Kebudayaan kepada Menteri Luar untuk beliau.
"Sebenarnya, beliau buat 'national service' kerana beliau meletakkan jawatan JUSA B dan turun ke jawatan Gred 54.
"Tidak ada kereta, pemandu, pejabat, mahupun pembantu... cuma ada bilik kecil sahaja sebelah pejabat saya.
"Manakala Eizlan Yusof yang saya lantik sebagai Perunding Kreatif kepada Menteri Luar Negeri, kita (kerajaan) tidak bayar beliau apa-apa gaji.
"Beliau betul-betul buat 'national service'," katanya di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata demikian pada sesi penggulungan di peringkat dasar bagi Rang Undang-Undang Perbekalan 2022 (Bajet 2022).
Awal bulan ini, Saifuddin mengumumkan pelantikan Ahmad Idham dan Eizlan Yusof masing-masing sebagai Setiausaha Kebudayaan dan Perunding Kreatif di pejabat Menteri Luar.
Menurut Saifuddin, pelantikan dua anak seni itu selaras dengan objektif membangunkan Diplomasi Budaya Malaysia di bawah Kerangka Dasar Luar Malaysia yang bertujuan untuk mewujudkan kaedah baharu bagi mempamerkan identiti dan nilai kebangsaan di samping memaparkan nilai-nilai kepelbagaian dan kepelbagaian budaya serta menggalakkan promosi dan pertukaran budaya.
BACA: Idham dilantik Setiausaha Kebudayaan, Eizlan Perunding Kreatif di Kementerian Luar
Mengulas lanjut, Saifuddin menegaskan kerangka asas dasar luar adalah masih kekal seperti melibatkan ASEAN, Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), dasar berkecuali dan sebagainya.
Namun katanya, terdapat beberapa pendekatan dan bidang baharu yang akan diterokai termasuk diplomasi kebudayaan.
Harits Asyraf Hasnan
Wed Nov 17 2021

Menjelaskan isu pelantikan Ahmad Idham dan Eizlan Yusuf di Dewan Rakyat, Saifuddin berkata, penyertaan kedua-dua anak seni itu adalah seiring penggubalan kerangka dasar luar yang baharu. - Foto Jabatan Penerangan Malaysia
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Pengusaha stesen minyak dibenar gajikan pekerja asing di kafe, kedai runcit
Kerajaan secara dasar bersetuju untuk memberikan kebenaran kepada pengusaha stesen minyak menggaji pekerja asing bagi kerja-kerja pembersihan serta pencucian di kafe dan kedai runcit stesen minyak.

Mengapa sambut meriah kapal tentera laut China? - Saifuddin
Sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China di Pelabuhan Pulau Pinang disifatkan 'tidak masuk akal'.

MoU: Penting demi pelihara identiti nasional, elak ancam semangat demokrasi berparlimen - Saifuddin
Menurut Saifuddin, ia adalah sebahagian daripada sarat nilai (value loaded) yang diterapkan parti itu.

Serangan Iran terhadap Israel untuk tuntut keadilan - Saifuddin
Semua pihak diingatkan supaya melihat serangan balas Iran terhadap Israel sebagai tindakan bagi menuntut keadilan dan menegakkan kebenaran.

ASEAN: Saifuddin gesa Malaysia lebih proaktif tangani isu Myanmar
Usaha proaktif akan membolehkan Malaysia membentuk persekitaran yang aman dan inklusif dalam rantau ASEAN.

Parlimen: Saifuddin mahu Timbalan Menteri Luar tarik kenyataan berhubung 'pengiktirafan Israel'
Kenyataan Mohamad mengelirukan Dewan Rakyat di bawah Aturan 36(12) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat, dan boleh menjejaskan hubungan diplomatik antara Malaysia dan Palestin.

Penganjuran Sukan Komanwel: JKPK Parlimen panggil KBS
Nasib Sukan Komanwel 2026 masih menjadi tanda tanya selepas Victoria di Australia, yang sepatutnya menjadi tuan rumah edisi ke-23 itu, menarik diri pada Julai tahun lepas

PRK Pelangai: Majoriti BN jelas merosot - Saifuddin
Perikatan Nasional (PN) Pahang bersikap positif meskipun kalah dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai.

PRN: Tindakan Dr Faiz Na'aman keluar parti tak beri kesan kepada Bersatu
Bersatu tidak terkesan dengan keputusan Dr Muhammad Faiz Na'aman meninggalkan parti itu.

LHDN serbu rumah Hamzah: Helah politik murahan burukkan PN - Saifuddin
Tindakan LHDN menyerbu rumah Hamzah Zainudin disifatkan Saifuddin sebagai cubaan untuk memburukkan PN dan helah politik murahan parti lawan.