KUALA LUMPUR: Jurulatih skuad para olahraga kebangsaan Ahmad Rafee Ariffin bersedia meneruskan legasi bekas Ketua Jurulatih R. Jaganathan dalam melonjakkan pencapaian atlet di pentas antarabangsa.
Ahmad Rafee berkata beliau akan berusaha sehabis daya untuk membimbing barisan atlet para olahraga ke arah prestasi lebih cemerlang berpandukan pengalaman dan ilmu yang diraih sepanjang menjadi Pembantu Ketua Jurulatih kepada Jaganathan sejak 2018.
"Saya akan cuba yang terbaik untuk memberikan yang terbaik, niat saya pun nak bantu atlet kerana saya dulu juga seorang atlet.
"Jadi saya faham apa peranan perlu dimainkan untuk bantu mereka supaya dapat pergi lebih jauh lagi," katanya ketika dihubungi Bernama semalam.
Mengulas lanjut, beliau menyasarkan Kejohanan Antarabangsa Olahraga Para Fazza di Dubai, Emiriah Arab Bersatu pada Mac depan sebagai medan ujian pertamanya untuk melihat tahap kemampuan barisan atlet.
Katanya kejohanan itu juga bakal memberikan pendedahan berguna kepada atlet dalam persediaan mereka menghadapi temasya Sukan Para Asia Hangzhou 2022 yang dijadual berlangsung September depan.
Ahmad Rafee berkata bagaimanapun sehingga kini, pihaknya masih belum mendapat ketetapan berhubung penyertaan kontinjen Malaysia ke kejohanan di Dubai.
Pada Khamis, Majlis Sukan Negara (MSN) mengesahkan kontrak Jaganathan sebagai Ketua Jurulatih skuad olahraga para kebangsaan tidak disambung untuk memberi laluan kepada jurulatih lebih muda dalam meningkatkan lagi prestasi barisan atlet para negara.
Keputusan itu sekali gus menyaksikan Ahmad Rafee menjadi calon pilihan MSN untuk menggalas tugas yang ditinggalkan Jaganathan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 04 2022

Pada Khamis, MSN mengesahkan kontrak Jaganathan sebagai Ketua Jurulatih skuad olahraga para kebangsaan tidak disambung dan Ahmad Rafee mengambil alih tugas yang ditinggalkan. - Gambar fail

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Ahmad Rafee sedia galas tanggungjawab pimpin skuad olahraga para
Ahmad Rafee sedia berusaha sehabis daya untuk membimbing barisan atlet para olahraga ke arah prestasi lebih cemerlang.