KUALA TERENGGANU: UMNO Terengganu menggesa siasatan terperinci dilakukan berhubung dakwan pecah amanah membabitkan seorang pemegang saham syarikat yang melakukan kerjasama dengan anak syarikat milik Yayasan Terengganu berkaitan projek pengeluaran pelitup muka.
Pengerusinya, Datuk Seri Ahmad Said, mendakwa isu itu berkaitan pelaburan anak syarikat Yayasan Terengganu yang membuka kilang pembuatan pelitup muka bersama sebuah syarikat lain yang pernah dibangkitkannya sebelum ini.
"Syarikat berkenaan yang juga anak syarikat milik penuh Yayasan Terengganu membuat pelaburan bernilai kira-kira RM4.5 juta namun seorang pemegang saham (syarikat lain) yang juga warga asing memindahkan wang sebanyak RM1.7 juta ke akaun peribadi pada 19 Jun tahun lalu.
"Sekarang kita minta supaya dia disiasat di bawah akta (seperti) pecah amanah... bagaimana dia keluarkan duit... takkan dia seorang saja tandatangan ataupun dia berpakat dengan pihak bank...
"Sebab itu kita minta siasatan dibuat... pihak polis perlu siasat, ini duit rakyat," dakwanya di sini, hari ini.
Ahmad mendakwa individu sama sekali lagi membuat pemindahan sebanyak RM2 juta pada 28 Julai tahun lalu dan sehingga Mac tahun ini, Yayasan Terengganu dan syarikat berkenaan tidak menerima apa-apa status pelaburan mengenai perkara itu
Beliau berkata satu laporan polis telah dibuat pihaknya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu pada Rabu.
Nur Fazlizai Ali
Wed Nov 17 2021

Ahmad Said mendakwa isu itu berkaitan pelaburan anak syarikat Yayasan Terengganu yang membuka kilang pembuatan pelitup muka bersama sebuah syarikat lain. - Gambar fail

Muhammad Kamil akan umum keputusan tanding Ketua AMK
Katanya, walaupun kesemua 14 AMK negeri telah nyatakan sokongan terhadapnya, beliau perlukan sedikit masa untuk mempertimbangkannya.
#AWANIRingkas 23 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 23 Februari 2025
1️⃣ Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
2️⃣ Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
3️⃣ Trump dakwa capai perjanjian hasil galian dengan Ukraine
#awaniringkas
1️⃣ Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
2️⃣ Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
3️⃣ Trump dakwa capai perjanjian hasil galian dengan Ukraine
#awaniringkas

Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning diserah Selasa - Speaker
Speaker Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid berkata, ia akan dibuat selepas urusan kematian Allahyarham selesai.

Pasaran bunga terbesar Asia saksikan perniagaan berkembang dalam 2024
Dengan nilai transaksi 11.57 bilion yuan, pasaran itu mendahului dalam jumlah serta nilai dagangan bunga negara 25 tahun berturut-turut.

Tangkap itik dalam kolam hidupkan tradisi sukan rakyat di PAT 2025
Rosmariani berkata pertandingan yang memasuki tahun ketiga itu bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan masyarakat.

Terap tulisan Jawi dalam seni batik pelihara, martabatkan warisan budaya
Hasil karya tersebut berpotensi menembusi pasaran global serta membantu menyokong artisan batik dan penulis khat tempatan.

Dakwaan RUU PSB hapus Melayu, golongan M40, B40 tidak benar - KP PLANMalaysia
Alias berkata kerajaan memegang teguh 10 prinsip bagi memastikan ketelusan pentadbiran dan menjamin hak pemilik hartanah berdaftar.
"Keadaan enam tebusan Israel yang dibebaskan sangat buruk " - Trump
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mendakwa keadaan enam tebusan Israel yang dibebaskan Hamas pada sabtu berada pada tahap yang buruk.
Kenyataan beliau itu bagaimanapun dilihat bertentangan dengan analisis dan kenyataan pakar kesihatan Israel sendiri.
Kenyataan beliau itu bagaimanapun dilihat bertentangan dengan analisis dan kenyataan pakar kesihatan Israel sendiri.
Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
Dua rakyat Israel yang baru dibebaskan, Avera Mengistu dan Hisham Al-Sayed, tiba dalam keadaan fizikal yang secara keseluruhannya baik.
Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
Tahap kesihatan pemimpin gereja katolik dan Kota Vatican, Pope Francis dilaporkan semakin merosot dalam tempoh 24 jam terakhir.

Onn Hafiz ganti Khaled Nordin, Rozi Mamat ambil alih tugas Ahmad Said terajui UMNO Johor, Terengganu
Khaled Nordin dan Ahmad Said bukan lagi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri.

PRK Kemaman: 'Beri peluang calon yang betul-betul mahu berkhidmat' - Ahmad Said
Beri peluang kepada calon yang betul-betul mahu berkhidmat dan mempunyai masa secukupnya untuk Parlimen Kemaman, kata Ahmad Said.

PRK Kemaman: Jentera perlu seia-sekata pastikan kemenangan calon BN
Beliau yakin sekiranya kerjasama utuh dapat diberikan seluruh jentera, tidak mustahil BN berupaya membuat kejutan.

Ahmad Said umum tidak tanding PRK Kemaman
Pengerusi UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said mengumumkan beliau tidak bertanding pada PRK Kemaman yang akan diadakan pada 2 Disember.

Ahmad Said dicadang calon BN PRK Kemaman
Mohamed Rahim berkata, Ketua UMNO Bahagian Kemaman itu merupakan antara nama yang mendapat sokongan untuk disenaraikan sebagai calon.

Pas tidak buat rayuan keputusan petisyen Parlimen Kemaman
Keputusan itu dibuat susulan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu, Anselm Charles Fernandis mengesahkan terdapat unsur rasuah bagi pilihan raya Parlimen berkenaan.
![[RASMI] PRN: Ahmad Said gagal pertahan DUN Kijal [RASMI] PRN: Ahmad Said gagal pertahan DUN Kijal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/41691850822_AhmadSaid.jpg)
[RASMI] PRN: Ahmad Said gagal pertahan DUN Kijal
Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijal sejak 1990, Datuk Seri Ahmad Said gagal mempertahankan kemenangan pada pilihan raya negeri (PRN) kali ini.

PRN Terengganu: Pentadbiran sealiran kerajaan pusat untungkan rakyat - Ahmad Said
Bekas Menteri Besar Terengganu itu turut meluahkan hasratnya untuk melihat negeri kelahirannya terus maju serta dibangunkan seperti waktu BN memerintah negeri tersebut.

PRN: Razali lawan Ahmad Said di Kijal
Keputusan itu sekali gus menyaksikan Razali bakal menentang Ahmad, penyandang kerusi tradisi UMNO, pada PRN Terengganu 12 Ogos ini.

Tidak mustahil UMNO kembali tawan Terengganu - Ahmad Said
Ahmad berkata, berdasarkan rekod kerajaan yang menerajui negeri tersebut ia sentiasa bersilih ganti di antara dua parti berkenaan.