KOTA KINABALU: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi akan memohon peruntukan khas untuk menyelesaikan isu bekalan air yang sudah berlarutan sejak sekian lama di Sabah.
Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah itu berkata peruntukan khas itu sangat diperlukan untuk memastikan semua rakyat yang tinggal di Sabah khususnya di kawasan luar bandar negeri itu mendapat bekalan air yang bersih.
"Saya tahu bekalan air di Sabah sangat mengecewakan, banyak rungutan yang kita dengar khususnya ketika musim perayaan ini. Orang mahu beraya pun susah kerana tiada air," katanya ketika berucap pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Badan Perhubungan UMNO Sabah di sini hari ini.
Beliau berkata selain bekalan air, banyak lagi masalah lain yang perlu diberi perhatian di Sabah termasuk jalan raya dan elektrik, justeru beliau juga akan memohon untuk menambah peruntukan khususnya untuk Sabah melalui Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).
Ahmad Zahid berkata kerajaan Persekutuan juga telah memperuntukkan sebanyak RM600 juta untuk menyelesaikan isu infrastruktur di Sabah termasuk projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB), Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) dan baik pulih rumah daif.
"Saya harap peruntukan ini dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi rakyat khususnya masalah air, jalan raya dan elektrik, oleh itu untuk memastikan semuanya berjalan lancar, kestabilan politik perlu dijaga," katanya.
Di PAPAR, Ahmad Zahid dalam sidang media selepas menghadiri majlis ramah mesra MRSM Kota Kinabalu di sini yang kini dikenali MRSM Tan Sri Musa Aman, berkata beliau akan memantau penyaluran peruntukan RM600 juta itu bagi memastikan ia dapat memberi kesan kepada negeri ini.
"Saya juga akan memantau kawasan yang daif terutama tiga daerah termiskin di Sabah akan saya beri keutamaan setelah saya adakan perbincangan dengan Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) untuk memberikan tumpuan dan perhatian terhadap daerah ini," katanya.
Beliau berkata Anwar dan kerajaan Persekutuan mempunyai matlamat untuk memastikan kemiskinan sifar di negara dapat dicapai pada tahun ini, justeru daerah miskin di Sabah itu harus dinaik taraf dengan pelbagai projek pembangunan dan pembangunan sosioekonomi rakyat.
"Pembangunan dari segi industri dengan kerjasama MITI (Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri), keusahawanan kerjasama dengan KUSKOP (Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi) juga beberapa kerjasama lain termasuk dengan Kementerian Kerja Raya untuk baiki jalan," katanya.
Tiga daerah termiskin di Sabah itu ialah Pitas, Kota Marudu dan Tongod.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 04 2023

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi akan memohon peruntukan khas untuk menyelesaikan isu bekalan air yang sudah berlarutan sejak sekian lama di Sabah. - Gambar fail/BERNAMA

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

G20 mesti terus perjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik
Presiden Afrika Selatan gesa G20 untuk terus memperjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik di seluruh dunia.

Petani berdepan masalah untuk hasilkan padi pada musim depan - Pesak
Petani di kawasan seliaan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu berdepan masalah untuk mengusahakan tanaman padi pada musim depan.

Johor pastikan masalah bekalan air ketika perayaan tidak berulang
Kerajaan negeri akan berusaha memastikan sifar masalah bekalan air pada hari raya tahun hadapan dengan beberapa langkah telah diambil.

Stok simpanan air Empangan Muda kini paras bahaya - JPS
Empangan Muda di Sik, Kedah merekodkan status simpanan sumber air tahap bahaya setakat kemas kini pada 1 April lalu susulan cuaca panas yang melanda negara ketika ini.

Isu cukai, TVET, masalah bekalan air antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Isu cukai, TVET, masalah bekalan air dan elektrik di Labuan antara yang jadi tumpuan dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Setinggan, penyambungan haram punca UMS tiada air
Penempatan setinggan di sekitar Universiti Malaysia Sabah (UMS) dipercayai antara penyumbang kepada masalah air yang berlaku di institut pengajian tinggi tersebut.

Enam telaga tiub dibina guna peruntukan RM3 juta atasi masalah bekalan air di UMS
Projek pembinaan empat telaga tiub itu kini sedang dilaksanakan dua kontraktor yang dipertanggungjawabkan dan projek itu kini dalam fasa penggerudian.

Anwar minta laporan projek masalah air di UMS
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta satu laporan terperinci disediakan berhubung kemajuan projek penyelesaian masalah gangguan bekalan air di Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Kontraktor projek naik taraf LRA Kogopon Fasa 2 perlu percepat pelaksanaan
Kontraktor digesa percepat kerja-kerja menaik taraf projek LRA Kogopon Fasa Dua bagi mengatasi masalah bekalan air di sekitar kawasan Selatan "Greater Kota Kinabalu."

Ahmad Zahid mohon peruntukan khas selesai masalah bekalan air di Sabah
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi akan memohon peruntukan khas untuk menyelesaikan isu bekalan air yang sudah berlarutan sejak sekian lama di Sabah.

Johor, SPAN bincang percepat baik pulih 6,000km paip lama
Tempoh yang diperlukan untuk melaksanakan kerja-kerja membaik pulih baki 6,000km paip lama, dijangka mengambil masa sehingga 10 tahun.