KUALA LUMPUR: Lembah Teknologi Tinggi Automotif Malaysia (AHTV) menawarkan peluang komersil serta rantaian bekalan yang luar biasa untuk pelabur automotif, selain berpotensi menjadi hab bagi pasaran kenderaan elektrik (EV) Asia Pasifik yang dianggarkan bernilai AS$778 bilion (AS$1=RM4.53).
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz berkata AHTV bersedia menjadi hab, yang mana profesional industri automotif boleh tinggal, bekerja dan membangunkan teknologi baharu yang akan digunakan dalam kenderaan generasi akan datang (NxGV), EV termasuk kenderaan cekap tenaga (EEV).
AHTV merupakan satu-satunya kluster automotif di Malaysia yang diiktiraf secara rasmi sebagai hab NxGV dan EEV.
Oleh itu, kerajaan sedang menawarkan pakej insentif yang menarik seperti pengecualian cukai untuk pembangunan tanah, pembuatan alat ganti, komponen serta penubuhan pusat penyelidikan dan institusi pendidikan.
"Kami melihat AHTV mampu menjadi pemacu utama untuk pelabur automotif yang sedang mempertimbangkan bagi terus menjamin rantaian bekalan serantau atau global mereka.
"Kami juga melihatnya sebagai pemain utama dalam meningkatkan sumbangan sektor automotif kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) ) iaitu daripada RM64.5 bilion pada 2022 kepada RM104.2 bilion menjelang 2030," katanya pada Konvensyen Pelabur dan Vendor Global Proton 2023 di sini hari ini.
Tengku Zafrul berkata pasaran EV Asia Pasifik bernilai hampir US$230 bilion pada 2021 dan dijangka mencecah kira-kira US$778 bilion pada 2027, mewakili kadar pertumbuhan tahunan kompaun sebanyak 19.1 peratus antara 2022 dan 2027.
"Oleh itu, pembuat kereta serta pelabur automotif boleh memanfaatkan kapasiti ini dengan mudah untuk menjamin rantaian bekalan mereka dalam meningkatkan pengeluaran NxGV mereka.
"Subsektor komponen boleh dipermodalkan untuk memberi perkhidmatan kepada keseluruhan rantaian nilai automotif daripada semikonduktor, sensor, elektronik automotif, penghantar, bateri dan pemasangan kenderaan," katanya.
Pelan Induk Perindustrian Baharu Malaysia 2030 (NIMP2030), yang dijangka dilancarkan pada Ogos ini akan menyokong pertumbuhan selanjutnya sektor automotif termasuk menggalakkan penggunaan NxGV, EEV dan EV.
Beliau juga menjelaskan kerajaan telah meningkatkan taraf Pasukan Petugas EVnya kepada Jawatankuasa Pemandu EV Kebangsaan, jawatankuasa Kabinet yang merangkumi menteri berkaitan, seperti Menteri Pengangkutan dan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan.
Salah satu petunjuk prestasi utama jawatankuasa itu adalah untuk mempunyai 10,000 stesen pengecas EV di seluruh negara menjelang 2025, yang pastinya akan mengurangkan kebimbangan pemanduan pengguna selain menggalakkan lebih banyak pemilikan EV, kata Tengku Zafrul.
"Tambahan pula, elektrifikasi besar-besaran dalam sektor automotif termasuk industri pembuatan Malaysia adalah amat sesuai dengan amalan tadbir urus alam sekitar, sosial dan korporat (ESG) serta agenda sifar bersih, bukan sahaja di Malaysia, tetapi juga rantau ini.
"Oleh itu, kami telah mula mendorong penembusan EV yang lebih tinggi di Malaysia serta menyasarkan sumbangan kenderaan elektrik (EV dan hibrid) sebanyak 15 peratus dalam jumlah volum industri (TIV) menjelang 2030 dan 38 peratus daripada TIV pada 2040 ," katanya lagi.
Tengku Zafrul berkata pada 2022, industri automotif Malaysia mencapai rekod jualan dan meningkat sebanyak 41.6 peratus dari tahun ke tahun kepada 720,658 unit, berikutan permintaan tertahan selepas wabak.
Beliau menambah jualan kenderaan bagi enam bulan pertama 2023 menokok lagi 9.4 peratus dari tahun ke tahun kepada hampir 363,000 unit.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 17 2023

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz ketika berucap pada Majlis Konvensyen Pelabur dan Vendor Global Automotive Hi-Tech Valley (AHTV) 2023, hari ini. - Foto BERNAMA
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Proton mulakan pembinaan kilang pemasangan EV pertama di Tanjung Malim
Proton Holdings Bhd (Proton) memulakan pembinaan kilang pemasangan kenderaan elektrik (EV) pertama di Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV), dekat sini dengan pelaburan berjumlah RM82 juta.

AHTV akan beri impak ekonomi di Bidor - Saarani
Projek pembangunan Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV) di Tanjong Malim yang bernilai RM32 bilion akan memberi impak positif pada harga dan pembangunan hartanah di Batang Padang dan Bidor.

Pembangunan AHTV di Tanjung Malim tingkat nilai pelaburan hingga RM40 bilion - MB
Faktor utama peningkatan nilai pelaburan AHTV itu dipengaruhi oleh pemindahan operasi Proton dari Shah Alam ke Tanjung Malim.

AHTV Malaysia mampu jadi hab pasaran EV Asia Pasifik bernilai AS$778 bilion
AHTV merupakan satu-satunya kluster automotif di Malaysia yang diiktiraf secara rasmi sebagai hab NxGV dan EEV.

DRB-Hicom, Geely bukan pelabur eksklusif dalam AHTV
DRB-Hicom Bhd menegaskan bahawa pelaburan yang dijangkakan bernilai RM32 bilion bagi pembangunan Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV) di Tanjong Malim bukan pelaburan eksklusif Geely sahaja.

AHTV bakal jadikan Malaysia hab pengeluar kenderaan elektrik di ASEAN - PM
Pelan pembangunan AHTV dijangka menjadikan Malaysia sebagai hab pengeluar kenderaan elektrik, serta pembekal komponen ke pasaran ASEAN, bahkan ke pasaran yang lebih luas lagi.