Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak rayuan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tian Chua terhadap sabitan yang diputuskan ke atasnya oleh Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, kerana menyebut kata-kata mengaibkan kepada seorang pegawai polis, empat tahun lepas.
Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Abdul Karim Rahman membuat keputusan itu selepas berpuas hati sabitan itu yang diputuskan Hakim Yasmin Abdul Razak pada 9 Mac tahun lepas adalah selamat.
Mahkamah bagaimanapun menolak rayuan silang pihak pendakwaan untuk menaikkan hukuman denda RM3,000 yang dikenakan terhadap Tian Chua atau nama sebenarnya Chua Tian Chang, 54, sebaliknya mengurangkan jumlah denda kepada RM2,000 atau dua bulan penjara jika gagal membayar denda.
Pada 9 Mac tahun lepas, Mahkamah Sesyen Petaling Jaya mengenakan denda RM3,000 atau tiga bulan penjara terhadap Tian Chua selepas didapati bersalah menyebut perkataan mengaibkan kepada pegawai polis Petaling Jaya, DSP Glenn A. Sinappah bagi mengaibkan kehormatannya.
Tian Chua didakwa melakukan kesalahan itu di pintu utama lobi Hotel Armada, Petaling Jaya, pada 7.45 malam 14 April 2014 mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya.
Anggota Parlimen Batu itu diwakili peguam N.Surendran dan Eric Paulsen sementara Timbalan Pendakwa Raya Nurul Huda Mohd Nor hadir bagi pihak responden.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 02 2018

Pada 9 Mac tahun lepas, Mahkamah Sesyen Petaling Jaya mengenakan denda RM3,000 atau tiga bulan penjara terhadap Tian Chua (gambar) selepas didapati bersalah menyebut perkataan mengaibkan kepada pegawai polis. - Gambar fail
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Video tular: Polis berkas lelaki berkelakuan aib di restoran
Ujian saringan awal air kencing yang dijalankan mendapati suspek positif dadah jenis ganja.

Ditahan kerana halang tugas polis, keluar kata kesat
Sepasang suami isteri ditahan kerana menghalang tugas polis serta mengeluarkan kata-kata kesat dalam kejadian di sebuah pusat beli-belah.

Amyza gagal jawab saman, Zarina Anjoulie mohon masukkan penghakiman
Amyza didakwa menggunakan kata-kata kesat, memfitnah, dan memalukan Zarina apabila beliau menyelar perbuatanartis tempatan, memohon Bantuan Prihatin Nasional oleh kerajaan berikutan wabak COVID-19.

Keluar kata kesat, Ahli Parlimen boleh dihalau keluar Dewan - Speaker
Tindakan tersebut diambil bagi mewujudkan suasana yang tenteram dalam Dewan Rakyat ketika Ahli Parlimen sedang berbahas.

Aibkan pegawai polis, rayuan Tian Chua terhadap sabitan ditolak
Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Abdul Karim Rahman membuat keputusan itu selepas berpuas hati sabitan itu yang diputuskan Hakim Yasmin Abdul Razak pada 9 Mac tahun lepas adalah selamat.

Muat naik video merokok dan mabuk, Nainggolan diketepikan Roma
Pemain kebangsaan Belgium itu memuat naik klip tersebut dalam akaun Instagram pada malam tahun baru, sebelum membuat pengakuan mengenai perbuatannya itu.