Lebuhraya Karak-Kuala Lumpur yang merupakan laluan utama dari Pantai Barat ke Pantai Timur dijangka merekodkan 1.647 juta kenderaan sempena cuti Hari Raya Aidiladha.
Menurut kenyataan media pemegang konsesi Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1) Anih Berhad di sini pada Jumaat, pihaknya menjangka 583,000 kenderaan akan menggunakan LPT1 yang merupakan laluan utama ke Pahang dan Terengganu.
"Anih Berhad menjangkakan purata harian kenderaan yang bakal menggunakan kedua-dua lebuh raya meningkat sehingga 60 peratus berbanding hari biasa iaitu 109,000 kenderaan sehari bagi KLK dan 42,500 kenderaan untuk LPT1.
"Kenderaan dijangka mula meningkat pada petang Jumaat sehingga Sabtu bagi perjalanan ke Pantai Timur manakala peningkatan perjalanan ke ibu kota dijangka berlaku pada petang 12 hingga 13 Ogos serta 17 dan 18 Ogos bagi peringkat kedua," menurut kenyataan itu.
Sehubungan itu, Anih Berhad menasihatkan pengguna untuk merancang perjalanan mengikut Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) bagi mengurangkan kesesakan pada waktu puncak di lebuh raya, plaza tol dan kawasan rehat.
Berdasarkan TTA, pengguna yang mahu ke Pahang pada Sabtu disaran masuk ke lebuh raya bermula 12 tengah hari hingga 3 petang atau 7 hingga 11 malam, manakala perjalanan ke Terengganu dan Kelantan dinasihatkan bermula pada 6 hingga 10 pagi atau antara 5 petang hingga 8 malam.
Pengguna kenderaan ringan juga disarankan untuk tidak memasuki Plaza Tol Gombak antara 9.30 pagi hingga 12 tengah hari atau antara 9.30 malam hingga 12 tengah malam bagi memberi laluan kepada waktu perjalanan bas ekspres.
Bagi perjalanan pulang ke ibu kota, pengguna dari Pahang disaran memasuki lebuh raya pada 6 hingga 10 pagi atau 7 hingga 11 malam manakala waktu yang digalakkan bagi mereka dari Terengganu ialah 10 pagi hingga 1 tengah hari atau 8 hingga 10 malam.
Mereka yang pulang dari Kelantan pula disarankan memulakan perjalanan pada 5 petang hingga 9 malam atau bermula 9 malam hingga 12 tengah malam.
"Anih Berhad juga menasihatkan semua pengguna untuk memastikan baki kad Touch 'n Go atau e-Wallet RFID mencukupi sebelum memulakan perjalanan bagi melancarkan pergerakan di plaza tol," menurut kenyataan itu.
Pengguna yang mahu mendapatkan maklumat terkini trafik boleh menghubungi talian bebas tol 1-700-818-700 atau mengikuti Twitter @LPTTrafik.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 09 2019
Pengguna yang mahu mendapatkan maklumat terkini trafik boleh menghubungi talian bebas tol 1-700-818-700 atau mengikuti Twitter @LPTTrafik.
Penduduk Gaza meraikan gencata senjata
Penduduk Gaza dan beberapa pejuang Hamas berkumpul di hadapan Hospital al-Aqsa di Dier Al Balah serta Khan Younis pada Ahad meraikan gencatan senjata yang berkuat kuasa pada 11.15 pagi waktu tempatan.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 19 Januari 2025.
Malaysia kukuhkan hubungan serantau di Permukiman AMM Langkawi
Kementerian Luar memaklumkan kedua-dua menteri menegaskan kepentingan kerjasama erat dalam mencapai Visi Komuniti ASEAN 2045.
Gencatan senjata di Gaza bawa harapan yang sangat diperlukan - IOM
Amy Pope berkata skala keperluan kemanusiaan di Gaza adalah "amat besar," dan menyeru usaha yang "mendesak dan bersatu" serta sokongan berskala besar di semua peringkat.
KPDN keluar notis kepada peniaga jual gulai kambing harga 'kayangan'
KPDN mengeluarkan notis bertulis kepada pemilik perniagaan yang tular di media sosial kerana disyaki menjual gulai kambing pada harga tidak munasabah.
Festival Sarkas Antarabangsa Monte Carlo ke-47 bermula
Artis sarkas dari seluruh dunia berkumpul setiap tahun di Monaco untuk meraih hadiah pada festival itu.
Pertunjukan tanglung Zigong rai warisan budaya
Pertunjukan tanglung antarabangsa Zigong ke-31 yang membuka tirainya sejak Jumaat lalu terus meriah dengan kehadiran pengunjung yang hadir dari pelbagai lokasi. Ia menampilkan karya-karya tanglung yang kreatif, menarik serta rekaan tanglung gergasi yang mempesonakan.
Wuhan usaha hapus label pandemik selepas lima tahun cetus wabak
Hospital Huoshenshan di Wuhan yang siap dibina hanya dalam tempoh beberapa hari selepas lonjakan kes COVID-19 pernah dianggap sebagai simbol perjuangan menentang virus yang mula merebak di bandar China itu.
WEF: Kesempatan promosi ASEAN, cari solusi depan AI
Persaingan geopolitik yang pesat, perubahan iklim dan kemajuan kecerdasan buatan (AI) memerlukan satu solusi komprehensif yang bakal memberi manfaat bersama.
Ketidaktentuan geopolitik, ekonomi global antara tumpuan
Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos bersedia membuka tirai dengan menghimpunkan para pemimpin negara dan ahli perniagaan bermula 20 hingga 24 Januari.
Lelaki langgar isteri, anak berang raya seorang diri
Siasatan polis mendapati EY berada di bawah pengaruh alkohol ketika bertindak di luar kawalan seperti itu.
JPJ Selangor keluar 14,417 notis dalam Op HRAA 2024
Operasi bertujuan memastikan penguatkuasaan dilaksana dengan impak tinggi bagi meminimumkan kadar kemalangan dan kematian di jalan raya.
Pengusaha durian perlu mula tanam dalam skala besar untuk pasaran China - Mohamad
Semua pengusaha durian tempatan khususnya golongan bumiputera perlu memulakan penanaman buah berkenaan dalam skala besar bagi membolehkan dipasarkan ke China antara lima hingga enam tahun lagi.
Israel lancar serangan intensif ke atas Gaza, hari ketiga Aidiladha
Israel melancarkan serangan besar-besaran di kebanyakan tempat di Gaza pada hari ketiga Aidiladha, menyebabkan ramai penduduk Palestin terbunuh dan cedera.
Lelaki maut rempuh lembu terlepas di lebuh raya
Seorang lelaki maut apabila kereta yang dipandu melanggar seekor lembu dipercayai terlepas dari sebuah lori di Kilometer 24.9 Lebuhraya Utara-Selatan.
Bursa Malaysia dibuka meningkat dipacu aktiviti buru saham harga rendah
Pada 9.05 pagi, indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 4.26 mata kepada 1,611.58 berbanding 1,607.32 pada akhir dagangan Jumaat lepas.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Aliran trafik perlahan di lebuh raya utama malam ini
Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama negara dilaporkan perlahan menuju ke Lembah Klang susulan pergerakan pulang orang ramai selepas sambutan Aidiladha.
Malaysia, Pakistan sepakat terus zahir solidariti kepada penduduk Gaza - PM
Malaysia dan Pakistan sepakat untuk terus menyatakan solidariti kepada penduduk Gaza yang terkesan dengan tindakan tidak berperikemanusiaan rejim Zionis Israel.
Lembu dari kawasan surau berhampiran terlepas masuk LDP
Berlaku satu kemalangan membabitkan sebuah kenderaan jenis Perodua Myvi ekoran kejadian lembu yang terlepas itu.