SERDANG: Kerajaan memberi jaminan bahawa lembu yang diimport dari Thailand untuk dijadikan ibadah korban menjelang Aidiladha bebas daripada penyakit kulit kental (LSD) dan penyakit kuku dan mulut (FMD).
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan 1 Datuk Seri Ahmad Hamzah berkata kesemua lembu yang dibawa masuk dari negara itu akan melalui proses kuarantin dan disahkan bebas penyakit sebelum diedarkan dalam negara ini.
"Kerajaan Thailand juga akan pastikan lembu yang dibawa masuk untuk tujuan korban atau tujuan lain bebas LSD dan FMD.
"Lembu yang dibawa masuk untuk proses sembelihan ibadah korban akan menjalani kuarantin selama 28 hari manakala kuarantin selama 35 hari bagi tujuan lain," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis sambutan Hari Lebah Sedunia di Universiti Putra Malaysia di sini hari ini.
Pada 7 Jun 2021, Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) menggantung import lembu dan kerbau dari Thailand berkuat kuasa serta-merta selepas menilai risiko penularan penyakit LSD yang dilaporkan di lebih 41 wilayah di Thailand.
Selepas beberapa perjumpaan, perbincangan dan penambahbaikan beberapa peraturan dan prosedur import, JPV menarik balik larangan import lembu dan kerbau dari Thailand berkuat kuasa serta-merta pada 15 Mac lepas.
Beliau berkata kemasukan lembu import ke Malaysia diperketatkan bagi memastikan tidak berlaku sebarang penularan penyakit berjangkit seperti LSD dan FMD.
"Kemasukan lembu dari Thailand memang perlu melalui syarat yang ketat. Kita jangka lebih 12,000 ekor lembu akan diimport dari Thailand untuk ibadah korban tahun ini," katanya.
Pada 2021, Malaysia mengimport sebanyak 12,405 ekor lembu dari Thailand sempena sambutan Aidiladha berbanding 12,553 ekor pada 2020.
Mengenai jangkaan berlaku krisis makanan di negara ini, Ahmad berkata beberapa langkah sedang dirangka bagi memastikan bekalan makanan negara cukup dan stabil.
"Kementerian sentiasa membuat tinjauan mengenai masalah dihadapi ketika ini serta apakah tindakan yang perlu diambil," katanya.
Media sebelum ini melaporkan Malaysia mungkin mengalami krisis makanan yang teruk sekiranya pelbagai masalah seperti inflasi, kenaikan harga minyak, cuaca ekstrem, pandemik COVID-19 dan konflik antara Rusia dan Ukraine berlarutan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 20 2022

Menurut Ahmad, kerajaan Thailand juga akan memastikan lembu yang dibawa masuk untuk tujuan korban atau tujuan lain bebas LSD dan FMD. - Gambar fail/BERNAMA
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Tempoh kuarantin import lembu disingkatkan
Tempoh kuarantin lembu import dari Thailand disingkatkan kepada tiga hari berbanding 14 hari sebelum ini bagi menampung bekalan lembu sempena Aidiladha.

Bekalan daging mencukupi sempena Aidiladha
Keputusan kerajaan membenarkan pengimportan lebih 12,000 lembu hidup khususnya dari Thailand turut membantu memastikan bekalan itu mencukupi.

Aidiladha: Lembu import dari Thailand untuk korban dijamin bebas LSD, FMD
Kerajaan memberi jaminan bahawa lembu yang diimport dari Thailand untuk dijadikan ibadah korban bebas daripada penyakit kulit kental (LSD) dan penyakit kuku dan mulut (FMD).

Harga lembu korban semakin mahal?
Bagi sesetengah pembekal, mereka perlu membayar lebih berikutan kemerosotan nilai ringgit, berbanding mata wang Baht Thailand.