KOTA BHARU: Anak Kelantan di perantauan yang akan pulang menyambut Hari Raya Aidilfitri di negeri ini digalakkan untuk melakukan ujian saringan RTK-AG bagi membendung penularan COVID-19.
Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob berkata walaupun bukan paksaan, inisiatif itu adalah antara kaedah terbaik dilakukan bagi menjamin keselamatan bersama khususnya kepada ibu bapa dan keluarga di kampung.
Beliau berkata masyarakat juga dinasihatkan agar kekal patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) norma baharu dalam menyambut Aidilfitri walaupun negara kini berada dalam Fasa Peralihan ke Endemik.
"Kita masih belum bebas (wabak COVID-19) sepenuhnya. Saling menziarahi itu boleh, namun jaga SOP dengan memakai pelitup muka serta menjaga jarak terutama ketika berkumpul di rumah saudara-mara dan sebagainya walaupun sudah lengkap menerima vaksin dan dos penggalak.
"Malah mengikut SOP kenduri dan majlis keraian telah dibenarkan, jadi rumah terbuka juga dibolehkan tetapi dengan kapasiti yang dibenarkan serta dilakukan secara bersederhana," katanya selepas menyampaikan sumbangan kuih raya kepada wakil Kelab Media Kelantan Darul Naim (Kemudi) di kediamannya di sini, hari ini.
Media sebelum ini melaporkan, Polis Kelantan menjangkakan lebih dua juta kenderaan akan memasuki Kelantan pada sambutan Aidilfitri ini, dengan purata kenderaan keluar masuk ke negeri ini sekitar 300,000 hingga 350,000 sehari.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 24 2022
![Aidilfitri: Anak Kelantan digalak lakukan RTK-AG sebelum balik kampung Aidilfitri: Anak Kelantan digalak lakukan RTK-AG sebelum balik kampung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/41650792051_TBlptsesak.jpg)
Polis Kelantan menjangkakan lebih dua juta kenderaan akan memasuki Kelantan pada sambutan Aidilfitri ini. - Gambar fail/ Bernama
Petronas sedia bantu Uzbekistan dalam sektor petrokimia, tenaga bersih
Petronas sedia bantu Uzbekistan dalam sektor petrokimia, tenaga bersih
Sultan Kedah berkenan mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-268
Sultan Kedah Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah berkenan mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-268 yang berlangsung di Istana Negara hari ini.
![Hujan, pencemaran bau punca K9 gagal kesan Zayn Rayyan Hujan, pencemaran bau punca K9 gagal kesan Zayn Rayyan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51717393010_TBZaynjpg.jpg)
Hujan, pencemaran bau punca K9 gagal kesan Zayn Rayyan
Pencarian kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matin oleh Unit Anjing Pengesan (K9) Pulapol Kuala Lumpur tidak berhasil selepas berlaku hujan di kawasan kejadian.
[TERKINI] Taklimat media Khazanah Annual Review 2025
Ikuti taklimat media oleh Pengarah Urusan Khazanah, Datuk Amirul Feisal Wan Zahir sempena Khazanah Annual Review (KAR) 2025 di Innovation Centre, Mercu UEM.
'Bukan main masukkan saja sesuka hati' - YB Masjid Tanah
Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin mengkritik & mempersoalkan kesahihan data kemasukan pelancong asing yang dinyatakan Menteri Pelancongan, Tiong King Sing dalam laporan media sebelum ini.
#AWANInews
#AWANInews
![Perang perdagangan tidak akan jejas pertumbuhan KDNK Malaysia pada 2025 - Rafizi Perang perdagangan tidak akan jejas pertumbuhan KDNK Malaysia pada 2025 - Rafizi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61738737515_RafiziRamli.jpg)
Perang perdagangan tidak akan jejas pertumbuhan KDNK Malaysia pada 2025 - Rafizi
Malaysia berada di landasan yang tepat untuk mencapai sasaran KDNK 2025 walaupun berdepan risiko daripada perang tarif.
![Khazanah Nasional catat untung operasi RM5.1 bilion pada 2024 Khazanah Nasional catat untung operasi RM5.1 bilion pada 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61738738605_KhazanahNasional.jpg)
Khazanah Nasional catat untung operasi RM5.1 bilion pada 2024
Khazanah Nasional Berhad mencatat keuntungan operasi sebanyak RM5.1 bilion bagi tahun kewangan 2024, berbanding RM5.9 bilion pada 2023.
Sidang Dewan Rakyat kecoh, bilangan Ahli Parlimen tidak cukup korum
Sidang Dewan Rakyat kecoh susulan isu bilangan Ahli Parlimen yang hadir didapati tidak cukup korum pada sesi perbahasan usul Menjunjung Kasih Titah Diraja, pada Rabu. #AWANInews
![NAFAS: Syarikat subsidiari tidak berfungsi akan digabung atau ditutup NAFAS: Syarikat subsidiari tidak berfungsi akan digabung atau ditutup](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/81729749867_TBtimbalanmenteri.jpg)
NAFAS: Syarikat subsidiari tidak berfungsi akan digabung atau ditutup
Syarikat subsidiari Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) akan distruktur semula melalui proses penggabungan bagi meningkatkan kecekapan operasi.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya: Petanda positif pertumbuhan populasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Hina rakyat Kelantan, NGO buat laporan polis terhadap Caprice Hina rakyat Kelantan, NGO buat laporan polis terhadap Caprice](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-08/51566185267_Caprice.jpg)
Hina rakyat Kelantan, NGO buat laporan polis terhadap Caprice
Kumpulan Anak Kelantan Prihatin kesal dengan dakwaan penyanyi Ariz Ramli atau Caprise yang mengatakan negeri itu mencatat angka terbanyak mempunyai masalah dadah, pembuangan bayi dan pedofil.