JERTIH: Menjelang hari raya, pelbagai idea menghias kediaman timbul dan tidak dinafikan, orang dulu-dulu lebih kreatif sehinggakan buah kekabu pun boleh dijadikan pelita.
Seorang petani, Mohd Zailani Mohd Nor, 48, dari Kampung Alor Belanga, Hulu Besut di sini berkata pelita kekabu bagaimanapun tidaklah popular sebagaimana pelita buluh, malah ia hampir tenggelam ditelan zaman.
"Saya mula serius menghidupkan semula tradisi menyalakan pelita raya buah kekabu sejak tahun lepas. Ia adalah cara tradisional masyarakat di Besut untuk menerangi kegelapan malam pada zaman dahulu.
"Saya belajar membuat pelita kekabu ini daripada arwah datuk saya sebelum terlintas untuk mempopularkannya kembali memandangkan generasi sekarang ramai yang tidak tahu buah kekabu pun boleh dijadikan pelita selain untuk buat bantal dan tilam," katanya kepada Bernama.
Katanya walaupun pembuatan pelita menggunakan buah kekabu amat mudah, namun tidak ramai yang tahu kaedah membuatnya.
Mohd Zailani berkata cara membuatnya hanyalah menggunakan buah kekabu muda yang dibelah dua dan setiap biji buah boleh menghasilkan dua pelita.
Katanya lagi, isi kekabu dikeluarkan sedikit untuk diisi minyak tanah atau diesel sebelum diletakkan kapas kekabu yang dijadikan sebagai sumbu.
"Pelita kekabu ini mampu menyala sehingga satu jam sahaja, namun buah yang sama boleh digunakan berulang kali," katanya yang turut menjalankan perniagaan lemang setiap kali Ramadan.
Katanya memasang pelita buah kekabu di sekeliling rumah bukan sahaja tampak unik, malah dapat mence-riakan dan menghidupkan minggu terakhir Ramadan.
Mohd Zailani berkata bagaimanapun cabaran untuk menghasilkan pelita kekabu tetap ada kerana buah itu bermusim, tidak seperti buluh yang boleh diperoleh pada bila-bila masa.
Mengulas lanjut, Mohd Zailani berkata bagi menghidupkan kembali pembuatan pelita kekabu, dia ada melakukan demonstrasi membuat pelita itu di Program Pelita Beautiful Terengganu 2022 di Kuala Terengganu tahun lepas.
Malah, dia merancang membawa sebanyak 3,000 buah kekabu pada program sama minggu ini berbanding 2,500 buah kekabu untuk dijadikan pelita dan diagihkan kepada pengunjung pada tahun lalu.
"Ada juga yang menghubungi saya mahu membeli pelita tersebut tetapi setakat ini saya belum jual lagi tapi tengok lah macam mana selepas ini," katanya.
Selain pelita buah kekabu, pada program sama kali ini, Mohd Zailani akan mempromosi satu lagi produk pelita tradisi iaitu pelita buah kelapa.
Katanya, tempurung kelapa dibuang isi kemudian ditebuk beberapa lubang sebelum dimasukkan minyak masak terpakai dan dinyalakan api pada sedikit isi kelapa yang direndam di dalam minyak tersebut.
Menurutnya pelita kelapa mampu menyala lebih lama daripada pelita kekabu iaitu sehingga tiga jam.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 13 2023
Mohd Zailani (dua, kiri) mengagihkan pelita kekabu kepada anaknya serta kanak-kanak lain yang ingin merasai pengalaman memegang pelita itu sempena malam tujuh likur semasa ditemui di rumahnya di Kampung Alor Belanga, malam tadi. - Foto BERNAMA
Hujan lebat banjiri khemah di selatan Gaza, menambah derita rakyat Palestin
Golongan yang terpaksa berpindah kini berdepan dengan keadaan yang sangat mencabar akibat kesejukan dan angin kencang.
Jumlah kematian di Gaza hampiri 47,600 manakala 28 lagi mayat ditemukan daripada runtuhan
Menurut kementerian, jumlah korban termasuk seorang yang meninggal dunia akibat kecederaan dan dua lagi ditembak mati oleh tentera Israel.
Rakyat Jepun diperdaya dengan jumlah rekod penipuan di media sosial pada 2024
Penipu mencuri kira-kira 126.8 bilion yen (US$833 juta), meningkat 81.3 bilion yen berbanding 2023.
Dunia alami cuaca paling panas pada Januari 2025
Dunia mengalami Januari paling panas dalam rekod, meneruskan trend suhu global yang melampau.
Amarjit dipilih presiden ACC, lakar sejarah unik dalam keluarga
Amarjit menewaskan Presiden Majlis Olimpik Indonesia Raja Sapta Oktohari dengan keputusan 24-17 undian.
Malaysia cipta lebih 450 pekerjaan AI berkemahiran tinggi menerusi kerjasama NAIO-GAIV
Menteri Digital Gobind Singh Deo berkata hasrat berkenaan disasarkan untuk dicapai dalam tempoh tiga hingga lima tahun akan datang.
Perak larang penjualan, penggunaan minuman keras di lokasi sambutan Thaipusam
Perak melarang penjualan dan penggunaan minuman keras di semua lokasi perarakan pedati semasa sambutan Thaipusam di Kuil Sri Subramaniar di Gunung Cheroh, dari 10 hingga 12 Feb ini.
Daripada hobi ke warisan, 20 tahun reka kavadi untuk Thaipusam
Bagi Pragalathen seni menghasilkan kavadi yang rumit dan berwarna-warni itu, bukan sekadar perniagaan semata-mata tetapi lebih kepada hobi dan minat yang mendalam.
Tujuh jalan di sekitar Batu Caves ditutup secara berperingkat sempena Thaipusam
Tujuh jalan di sekitar Batu Caves akan ditutup secara berperingkat mengikut keadaan semasa mulai tengah malam Ahad ini sehingga 14 Feb, sempena sambutan Thaipusam.
INSKEN sasar latih 25,000 usahawan, tumpu golongan B40
Institut Keusahawanan Negara menyasarkan untuk melatih 25,000 usahawan menerusi program latihan dan bimbingan bersama agensi serta jabatan termasuk NGO tahun ini.
Aidilfitri: Zailani hidupkan kembali tradisi nyalakan pelita kekabu
Menjelang hari raya, pelbagai idea menghias kediaman timbul dan tidak dinafikan, orang dulu-dulu lebih kreatif sehinggakan buah kekabu pun boleh dijadikan pelita.
Pelita kekabu jadi tarikan pengunjung di Terengganu
Tidak ramai yang tahu bahawa masyarakat zaman dahulu menggunakan buah kekabu muda untuk dijadikan pelita bagi menerangi kegelapan malam.