KOTA KINABALU: Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) akan berkerjasama dengan Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB) dalam membaik pulih rumah-rumah peserta yang memerlukan.
Menurut Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Seri Lajim Ukin, ia adalah sebahagian dari program aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR).
"Tujuannya tidak lain tidak bukan untuk berkerjasama dengan SESB dalam program aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR), terutama sekali kepada ahli-ahli Sahabat AIM di seluruh Malaysia, tetapi SESB pengkhususannya adalah negeri Sabah.
"Kita mendapat respons baik daripada CEO dan pegawai-pegawai SESB.
"Antaranya ialah kami mencadangkan supaya jika sekiranya AIM akan membantu memulihkan atau membaiki rumah-rumah peserta AIM di Sabah, maka SESB juga akan turut dalam program itu untuk memberikan pendawaian secara CSR dengan kos yang tidak melebihi RM800 sebuah rumah," katanya selepas perjumpaan dengan Ketua Pegawai Eksekutif SESB, pada Isnin.
Jelas beliau lagi, AIM dan SESB akan turut berkerjasama dalam beberapa program lain, seperti menyediakan peruntukan untuk pendawaian kepada rumah B40 yang berdaftar dengan eKasih.
Pada masa yang sama, Lajim turut memberi jaminan bahawa AIM berada dalam keadaan yang stabil.
"Tidak perlu ada kebimbangan kepada peserta-peserta AIM di seluruh negara. Kita ada 380,000 peserta, bagi negeri Sabah kita ada hampir 70,000 peserta.
"Kita akan teruskan usaha kita untuk membantu golongan yang dikategorikan sebagai B40 untuk menjana ekonomi," katanya.
Selain itu, beliau turut memaklumkan bahawa sejak ditubuhkan pada 1987, AIM telah pun mendapatkan pinjaman hampir RM800 juta daripada kerajaan.
"Setakat ini, kita telah pun membayar kepada kerajaan, pada peringkat awalnya RM114,000 dan awal bulan Februari tahun ini, kita telah pun menambah bayaran kita kepada kerajaan sebanyak RM100 juta.
"Ini sebagai memenuhi janji kita kepada kerajaan, bagi membantu kerajaan dalam usaha pemulihan ekonomi yang melanda negara kita akibat daripada pandemik COVID-19.
Jelas beliau lagi, AIM bercadang untuk membayar balik pinjaman tersebut dalam tempoh-tempoh tertentu.
"Kami juga telah mengambil keputusan untuk mengadakan ataupun meluluskan moratorium kepada Sahabat-sahabat AIM yang terkesan dengan COVID-19. Bermula pada bulan Mac sehingga bulan Jun, dan kita sambung kepada Jun hingga September dan kita juga sambung pada akhir bulan Disember ataupun akhir tahun lepas.
"Sekarang ini kita juga akan pertimbangkan untuk moratorium secara bersasar kepada sahabat-sahabat yang sangat teruk terkesan dengan pandemik COVID-19," katanya ketika ditemui dalam satu sidang media yang diadakan di ibu kota, pada Isnin.
Menurut beliau, pegawai-pegawainya sudah mulai turun ke lapangan bagi mengadakan perbincangan bersama ahli-ahli mereka, bagi mencari kaedah penyelesaian untuk meneruskan usaha dalam bidang perniagaan serta penjanaan ekonomi keluarga.
Eleanor Michelle Patrick
Mon Feb 22 2021

Jelas Lajim, AIM dan SESB akan turut berkerjasama dalam beberapa program lain, seperti menyediakan peruntukan untuk pendawaian kepada rumah B40 yang berdaftar dengan eKasih. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

AIM catat pencapaian membanggakan, wajar dicontohi agensi KUSKOP
AIM juga berjaya mencatat peratus bayaran balik pinjaman yang terbaik iaitu pada kadar 99.91 peratus.

Kerajaan rangka program besar, lebih baik bagi mengurangkan tekanan hidup rakyat - PM Anwar
Kerajaan sedang merangka untuk melaksanakan program yang besar dan lebih baik bagi mengurangkan tekanan hidup rakyat dalam Belanjawan MADANI kedua pada Oktober nanti.

Jasa, sumbangan Anwar bantu Amanah Ikhtiar Malaysia tidak pernah dilupakan
Syed Hussian berkata, Anwar menjadi antara individu terawal yang banyak membantu AIM ketika ia "mula-mula bertatih".

Anwar umum peruntukan RM10 juta untuk Amanah Ikhtiar Malaysia
Ia merupakan peruntukan awal untuk AIM sebelum tumpuan lebih khusus kepada agensi itu diberikan dalam Belanjawan MADANI 2024.

Jaringan keselamatan sosial diperluas kepada Sahabat Usahawan AIM
AIM dan Perkeso memeterai MoU bagi memperluas jaringan keselamatan sosial kepada penerima biaya atau Sahabat Usahawan AIM menerusi caruman Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS).

AIM ungguli anugerah transaksi MyDebit tertinggi sektor kerajaan
Ia sempena Anugerah Kecemerlangan e-Pembayaran (MEEA 2022) yang diadakan di ibu kota petang tadi.

Majlis korban pertama AIM di luar Kuala Lumpur
Buat pertama kalinya, Majlis Korban Perdana Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) diadakan di luar Kuala Lumpur.

Banjir Baling: AIM serahkan bantuan, laksana moratorium bersasar enam bulan
Selain bantuan barangan dan kerja-kerja pembersihan, AIM memberikan moratorium bersasar selama enam bulan kepada Sahabat yang terjejas banjir.

AIM terima pengiktirafan antarabangsa Institusi Mikrokredit Terbaik
Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) merangkul anugerah sebagai Institusi Mikrokredit (Islamik) Terbaik bagi tahun 2020 dan 2021.

Dewan Rakyat: AIM tidak pernah dikorporatkan - Noh Omar
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) menegaskan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) tidak pernah dikorporatkan.