Selepas lebih dua bulan dirawat di kota London bayi perempuan berusia 11 bulan Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin yang selamat menjalani pembedahan di sana pulang ke tanahair.
"Alhamdulillah, Ainul sihat. Terima kasih kepada rakyat Malaysia yang menanti dan mendoakan. Alhamdulillah kami selamat sampai."
Itu merupakan kata-kata Ahmad Safiuddin Ahmad Razak, 24, bapa Ainul Mardhiah kepada pemberita sebelum anaknya dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dengan penerbangan MH0003 dari London.
Ainul Mardhiah dibawa ke HKL untuk rawatan susulan dan pemantauan.
Beliau berkata anak perempuannya itu berada dalam keadaan baik sepanjang 12 jam penerbangan.
"Alhamdulillah keadaan semua 'ok' kami selamat sampai dan tiada sebarang masalah di atas 'flight'," katanya lagi.
BACA: Ramai bergenang air mata tengok video Ainul Mardhiah didodoi bapa
Ainul Mardhiah, bapanya dan ibunya, Nurul Erwani Zaidi, 24, disambut lebih 20 orang keluarga terdekat di KLIA.
Penerbangan pulang Ainul Mardhiah dan ibu bapanya ditemani doktor sukarelawan dari Malaysia, iaitu Perunding Anaesthesiologist dan Pakar Penjagaan Kritikal Hospital Pakar Avisena, Kol (B) Datuk Dr Jaseemudeen Abu Baker serta Perunding Anaesthesiologist dan Pakar Perubatan Penjagaan Kritikal Pusat Perubatan Subang Jaya, Dr Gunalan Arumugam.
Ainul Mardhiah yang menghidap kanser 'Germ Cell Tumor' tiba di London pada 25 Mei dan menjalani pembedahan selama lima jam di Hospital Great Ormond Street bagi membuang tumor seberat 200 gram pada 10 Jun.
Pembedahan itu dilakukan oleh sekumpulan doktor pakar pelbagai bidang bersama pelatih pakar bedah Malaysia, Dr Nur Amalina Che Bakri, yang bertanggungjawab membawa bayi itu serta ibu bapanya ke London bagi mendapatkan rawatan.
Kisah Ainul Mardhiah bukan saja mendapat perhatian rakyat Malaysia, malah Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad turut menziarahinya ketika beliau berada di United Kingdom untuk lawatan rasmi tiga hari bulan lepas.
Kisah penderitaan Ainul Mardhiah mendapat perhatian umum apabila rakaman video bayi terbabit yang mengalami ketumbuhan pada bahagian mulut, tular dalam laman sosial.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 28 2019
![Ainul Mardhiah selamat pulang ke tanah air Ainul Mardhiah selamat pulang ke tanah air](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-07/41562655418_TBAINUL.jpg)
Ainul Mardhiah dibawa ke HKL untuk rawatan susulan dan pemantauan. - Gambar fail/Sinar Harian
Bekas wartawan Utusan Melayu, Muhammad Basir meninggal dunia
Bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad, Muhammad Basir Abu Bakar meninggal dunia pada usia 46 tahun, di Hospital Serdang dekat sini, pada Sabtu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 15 Februari 2025.
![Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739634787_DatukAaronAgoDaga.jpg)
Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron
Sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama di negara ini tidak boleh diterima dan dikompromi, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Enam bintang Running Man pukau 6,000 peminat di MIECC
Enam bintang program hiburan popular dari Korea Selatan, Running Man memukau lebih 6,000 peminat di konsert Running Man “Run 2 U” Live In Kuala Lumpur
Tumpuan Ahad – 16 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Wabak denggi diisytiharkan di bandar paling padat di ibu negara Filipina Wabak denggi diisytiharkan di bandar paling padat di ibu negara Filipina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710238310_denggi.jpg)
Wabak denggi diisytiharkan di bandar paling padat di ibu negara Filipina
Quezon City diisytiharkan sebagai kawasan wabak denggi pada Sabtu susulan peningkatan hampir 200 peratus kes jangkitan.
![11 individu kandas di Lata Perangin berjaya diselamatkan 11 individu kandas di Lata Perangin berjaya diselamatkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739633529_termasukkanakka.jpg)
11 individu kandas di Lata Perangin berjaya diselamatkan
Pasukan bomba berjaya menyelamatkan 11 mangsa yang terkandas di Lata Perangin, Tanjung Malim, petang tadi.
Dua maut,puluhan cedera bas terjunam
Dua maut, puluhan cedera selepas bas yang dinaiki mereka terjunam dari jambatan yang runtuh di Chancay,Peru, menurut pihak berkuasa pada Jumaat waktu tempatan.
Hampir 1,500 pengunjung, pencari kerja hadir hari pertama karnival MFJ x SPA 2025
Hampir 1,500 pencari kerja tidak melepaskan peluang pada hujung minggu dengan menyertai Karnival Kerjaya MYFutureJobs (MFJ) X Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) 2025 yang bermula di ibu negara, pada Sabtu.
![Ainul Mardhiah kembali sedar, tidak lagi menggunakan alat bantuan pernafasan Ainul Mardhiah kembali sedar, tidak lagi menggunakan alat bantuan pernafasan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/81659354331_TBAINULKANSER.jpg)
Ainul Mardhiah kembali sedar, tidak lagi menggunakan alat bantuan pernafasan
Kanak-kanak itu kini hanya menggunakan oksigen biasa serta tidak lagi menerima ubat tahan sakit.
![Ainul Mardhiah 'ditidurkan' sekali lagi, keluarga tidak akan berputus asa Ainul Mardhiah 'ditidurkan' sekali lagi, keluarga tidak akan berputus asa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/81659354331_TBAINULKANSER.jpg)
Ainul Mardhiah 'ditidurkan' sekali lagi, keluarga tidak akan berputus asa
Ahmad Safiuddin berkata, Ainul Mardhiah diberi bantuan alat pernafasan, dan ditidurkan untuk mengawal sawan, serta merehatkan otaknya.
!['Alhamdulillah Ainul semakin pulih' 'Alhamdulillah Ainul semakin pulih'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/71659839019_Ainulmardhiah.jpg)
'Alhamdulillah Ainul semakin pulih'
Buat yang tertanya-tanya keadaan terkini, ini keadaan Ainul Mardhiah menurut bapanya Ahmad Safiuddin.
!['Keadaan Ainul Mardhiah lebih baik dari semalam' 'Keadaan Ainul Mardhiah lebih baik dari semalam'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/51659476247_AinulMardhiah.jpg)
'Keadaan Ainul Mardhiah lebih baik dari semalam'
Keadaan kanak-kanak perempuan itu masih perlu diawasi sekumpulan doktor dan jururawat bagi mengelak keadaan berubah menjadi sebaliknya.
![Bapa Ainul Mardhiah mohon rakyat Malaysia bantu bekas pensyarah UKM Bapa Ainul Mardhiah mohon rakyat Malaysia bantu bekas pensyarah UKM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-08/51565194957_AhmadSafiuddin.jpg)
Bapa Ainul Mardhiah mohon rakyat Malaysia bantu bekas pensyarah UKM
Prof Dr Ab Rahim Ismail, 62, masih koma di Pamukkale Hospital University, Denizle, Turki sejak 15 Julai lepas.
![Ainul Mardhiah selamat pulang ke tanah air Ainul Mardhiah selamat pulang ke tanah air](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-07/41562655418_TBAINUL.jpg)
Ainul Mardhiah selamat pulang ke tanah air
Selepas lebih dua bulan dirawat di kota London bayi perempuan berusia 11 bulan Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin yang selamat menjalani pembedahan di sana pulang ke tanahair.
![Ainul tak sihat, keluarga tangguh hasrat pulang ke Malaysia Ainul tak sihat, keluarga tangguh hasrat pulang ke Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-07/41562655418_TBAINUL.jpg)
Ainul tak sihat, keluarga tangguh hasrat pulang ke Malaysia
Mereka sepatutnya menaiki penerbangan jam 9.35 malam tadi (waktu United Kingdom), namun terpaksa menangguhkannya kerana tidak mendapat kebenaran doktor.
![Ainul Mardhiah sudah tidak perlukan bantuan oksigen - Bapa Ainul Mardhiah sudah tidak perlukan bantuan oksigen - Bapa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-06/61560691690_Ainul.jpg)
Ainul Mardhiah sudah tidak perlukan bantuan oksigen - Bapa
Ainul sebelum ini menghidap kanser 'germ cell tumor' selamat menjalani pembedahan di sebuah hospital di sini.
!['You are a 'superwoman', terima kasih Doktor!' - Dr Amalina Bakri trending 'You are a 'superwoman', terima kasih Doktor!' - Dr Amalina Bakri trending](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-06/41560398417_dr-amalina-ainul-mardhiah.jpg)
'You are a 'superwoman', terima kasih Doktor!' - Dr Amalina Bakri trending
Pelatih pakar bedah warganegara Malaysia, Dr Nur Amalina Che Bakri kini menjadi trend di media sosial kerana budi baik beliau kepada bayi Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin.
![Dr Nur Amalina menjadi trend kerana budi baiknya Dr Nur Amalina menjadi trend kerana budi baiknya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-06/41560333757_TBAMALINA.jpg)
Dr Nur Amalina menjadi trend kerana budi baiknya
Pelatih pakar bedah warganegara Malaysia Dr Nur Amalina Che Bakri kini menjadi trend di media sosial kerana budi baik beliau kepada bayi Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin.