KUALA LUMPUR: Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin, kanak-kanak yang sebelum ini selamat menjalani pembedahan akibat ketumbuhan dalam mulut, terpaksa bergantung kepada alat bantuan pernafasan di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU) sebuah hospital.
Bapanya, Ahmad Safiuddin Ahmad Razak berkata, Ainul Mardhiah, 3, yang kini sedang tidur memerlukan sokongan alat bantuan pernafasan selepas virus dikesan sudah merebak ke hampir seluruh tubuhnya.
"Tanda-tanda awal yang ditunjukkan Ainul sebelum ini hanyalah batuk biasa dan kemudian dirujuk ke fasiliti kesihatan pada Ahad.
“Ainul dapat jangkitan kuman dan kemungkinan ada sekali virus. Serangan kali ni agak kuat dan cepat. Serangan di tahap kritikal.
“Prosedur sinar-x dibuat ke atas Ainul dan nampak paru-parunya penuh tompok putih, begitu juga pada ususnya. Doktor kata, dalam tempoh tiga hari jangkitan kuman sangat kuat dan pantas.
“Hari ini (Isnin), doktor putuskan untuk sokong Ainul guna ventilator sebab virus itu mula merebak hampir di semua tempat. Para doktor di sini buat sehabis baik, support apa yang diperlukannya,” katanya di Facebook.
BACA: Ainul Mardhiah kritikal akibat jangkitan virus, ditempatkan di PICU - Ibu
BACA: Ainul Mardhiah selamat dibedah, tumor 200 gram berjaya dibuang
Sebelum ini, Astro AWANI melaporkan, Ainul Mardhiah berada dalam keadaan kritikal akibat jangkitan virus.
Ibunya, Nurul Erwani Zaidi memaklumkan, anaknya itu kini ditempatkan di PICU sebuah hospital yang tidak didedahkan kepada umum.
Ainul Mardhiah yang menghidap ketumbuhan 'Germ Cell Tumour' seberat 200 gram di mulutnya selamat menjalani pembedahan di sebuah hospital di London, United Kingdom pada 2019 ketika berusia sembilan bulan.
Ketumbuhan pada mulutnya mula membesar sejak dilahirkan dan dibuang sekumpulan pakar bedah dan anestetik, diterajui Ketua Unit Craniofacial hospital berkenaan, Prof David Dunaway.
BACA: Video Ainul Mardhiah mesra 'berceloteh' dengan ibu sentuh hati ramai
BACA: Happy Birthday... Ainul Mardhiah sambut ulang tahun pertama hari ini!
Sementara itu, pelatih pakar bedah, Dr Nur Amalina Che Bakri yang yang sebelum ini turut terbabit dalam pembedahan itu mengajak semua rakyat Malaysia mendoakan Ainul.
"Ya Allah Ya Tuhanku, marilah kita sama-sama doakan untuk adik Ainul. Keep fighting Ainul! You did it before, you can do it again! Ya Allah ," katanya dalam satu mesej di ruangan komen Instagram Nurul Erwani.
Astro Awani
Mon Aug 01 2022
![Ainul Mardhiah terpaksa bergantung kepada alat bantuan pernafasan - Bapa Ainul Mardhiah terpaksa bergantung kepada alat bantuan pernafasan - Bapa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/81659354331_TBAINULKANSER.jpg)
Ainul Mardhiah berada dalam keadaan kritikal akibat jangkitan virus. - Gambar/ IG _nrlerwani
Bekas wartawan Utusan Melayu, Muhammad Basir meninggal dunia
Bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad, Muhammad Basir Abu Bakar meninggal dunia pada usia 46 tahun, di Hospital Serdang dekat sini, pada Sabtu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 15 Februari 2025.
![Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739634787_DatukAaronAgoDaga.jpg)
Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron
Sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama di negara ini tidak boleh diterima dan dikompromi, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Enam bintang Running Man pukau 6,000 peminat di MIECC
Enam bintang program hiburan popular dari Korea Selatan, Running Man memukau lebih 6,000 peminat di konsert Running Man “Run 2 U” Live In Kuala Lumpur
Tumpuan Ahad – 16 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Wabak denggi diisytiharkan di bandar paling padat di ibu negara Filipina Wabak denggi diisytiharkan di bandar paling padat di ibu negara Filipina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710238310_denggi.jpg)
Wabak denggi diisytiharkan di bandar paling padat di ibu negara Filipina
Quezon City diisytiharkan sebagai kawasan wabak denggi pada Sabtu susulan peningkatan hampir 200 peratus kes jangkitan.
![11 individu kandas di Lata Perangin berjaya diselamatkan 11 individu kandas di Lata Perangin berjaya diselamatkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739633529_termasukkanakka.jpg)
11 individu kandas di Lata Perangin berjaya diselamatkan
Pasukan bomba berjaya menyelamatkan 11 mangsa yang terkandas di Lata Perangin, Tanjung Malim, petang tadi.
Dua maut,puluhan cedera bas terjunam
Dua maut, puluhan cedera selepas bas yang dinaiki mereka terjunam dari jambatan yang runtuh di Chancay,Peru, menurut pihak berkuasa pada Jumaat waktu tempatan.
Hampir 1,500 pengunjung, pencari kerja hadir hari pertama karnival MFJ x SPA 2025
Hampir 1,500 pencari kerja tidak melepaskan peluang pada hujung minggu dengan menyertai Karnival Kerjaya MYFutureJobs (MFJ) X Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) 2025 yang bermula di ibu negara, pada Sabtu.
![Ainul diserang sawan: Seperti ditidurkan, hanya bola mata saja mampu digerakkan - Ibu Ainul diserang sawan: Seperti ditidurkan, hanya bola mata saja mampu digerakkan - Ibu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41660041963_TBAINULSAWAN.jpg)
Ainul diserang sawan: Seperti ditidurkan, hanya bola mata saja mampu digerakkan - Ibu
Ibu kepada Ainul Mardhiah, Nurul Erwani memaklumkan anak perempuannya diserang sawan berulang kali sejak Ahad.
![Ainul Mardhiah terpaksa bergantung kepada alat bantuan pernafasan - Bapa Ainul Mardhiah terpaksa bergantung kepada alat bantuan pernafasan - Bapa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/81659354331_TBAINULKANSER.jpg)
Ainul Mardhiah terpaksa bergantung kepada alat bantuan pernafasan - Bapa
Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin, kanak-kanak yang sebelum ini selamat menjalani pembedahan akibat ketumbuhan dalam mulut, terpaksa bergantung kepada alat bantuan pernafasan di PICU.
![Ainul Mardhiah kritikal akibat jangkitan virus, ditempatkan di PICU - Ibu Ainul Mardhiah kritikal akibat jangkitan virus, ditempatkan di PICU - Ibu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/81659344315_TBAINULKANSER.jpg)
Ainul Mardhiah kritikal akibat jangkitan virus, ditempatkan di PICU - Ibu
Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin dilaporkan berada dalam keadaan kritikal akibat jangkitan virus.
![Happy Birthday... Ainul Mardhiah sambut ulang tahun pertama hari ini! Happy Birthday... Ainul Mardhiah sambut ulang tahun pertama hari ini!](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-08/71565676015_untitled-design-2019-08-13t131034-600.jpg)
Happy Birthday... Ainul Mardhiah sambut ulang tahun pertama hari ini!
Bayi yang selamat menjalani pembedahan membuang ketumbuhan di dalam mulutnya, Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin menyambut ulang tahun pertamanya hari ini.
![Ramai bergenang air mata tengok video Ainul Mardhiah didodoi bapa Ramai bergenang air mata tengok video Ainul Mardhiah didodoi bapa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-06/81561165505_AinulMardhiah.jpg)
Ramai bergenang air mata tengok video Ainul Mardhiah didodoi bapa
Terbaru, Ahmad Safiuddin memuat naik video dirinya mendodoi Ainul Mardhiah yang kelihatan semakin sihat.
![Tun Mahathir luangkan masa ziarah Ainul Mardhiah Tun Mahathir luangkan masa ziarah Ainul Mardhiah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-06/41560809937_TunDrMahathir.jpg)
Tun Mahathir luangkan masa ziarah Ainul Mardhiah
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad meluangkan masa menziarahi Ainul Mardhiah.
!['Seronok lihat Ainul Mardhiah hisap jari' 'Seronok lihat Ainul Mardhiah hisap jari'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-06/71560563249_Ainul.jpg)
'Seronok lihat Ainul Mardhiah hisap jari'
Kegembiraan jelas terlihat pada klip video terbaharu yang dikongsikan ibu Ainul, Nurul Erwani Zaidi.
![Utamakan pembedahan Ainul, Dr Amalina sambut Raya sederhana bersama ibu, kekasih Utamakan pembedahan Ainul, Dr Amalina sambut Raya sederhana bersama ibu, kekasih](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-06/61560513616_amalina-raya-header.jpg)
Utamakan pembedahan Ainul, Dr Amalina sambut Raya sederhana bersama ibu, kekasih
Siap pakaikan sampin boyfriend tau!
!['Dulu dicemuh hari ini diangkat' - PU Rahmat puji pendirian Dr Amalina 'Dulu dicemuh hari ini diangkat' - PU Rahmat puji pendirian Dr Amalina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-06/81560506408_puamalina.jpg)
'Dulu dicemuh hari ini diangkat' - PU Rahmat puji pendirian Dr Amalina
Semua sedia maklum Dr Amalina Bakri antara individu bertanggungjawab dalam proses pembedahan bayi sembilan bulan yang menghidap ketumbuhan di mulut, Ainul Mardiah Ahmad Safiuddin.
![Ainul Mardhiah sudah boleh bernafas sendiri - Bapa Ainul Mardhiah sudah boleh bernafas sendiri - Bapa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-06/61560429007_ainulmardhiahLond.jpg)
Ainul Mardhiah sudah boleh bernafas sendiri - Bapa
Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin kini sudah boleh bernafas sendiri tanpa menggunakan alat bantuan pernafasan yang dibuka pada malam Rabu.