Air laut diramal berada di paras tertinggi sehingga 5.5 meter di perairan Selangor pada Jumaat ini (6 Okt) sehingga Isnin depan (9 Okt) , menurut Unit Pengurusan Bencana Selangor.
Unit berkenaan dalam kenyataan di sini hari ini berkata kerajaan negeri mengarahkan daerah-daerah berisiko antaranya Kuala Langat, Klang, Kuala Selangor dan Sabak Bernam untuk membuat persediaan bagi menghadapi kemungkinan bencana banjir.
"Sebanyak 23 pusat pemindahan mangsa banjir disediakan di daerah-daerah berisiko banjir.
"Kerajaan Selangor menasihatkan penduduk di kawasan berisiko dapat mematuhi arahan pihak berkuasa dan mengambil langkah persediaan antaranya mendaftar dan berpindah ke pusat pemindahan berdekatan yang disediakan," kata unit berkenaan.
Kenyataan itu juga menyebut, semua pusat pemindahan akan mula dibuka pada Khamis, 2 petang.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 04 2017
Sebanyak 23 pusat pemindahan mangsa banjir disediakan di daerah-daerah berisiko banjir.
Pilihan raya Delhi: Pemberian percuma jadi taruhan politik
Lebih 13,000 pusat mengundi akan dibuka di seluruh bandar bagi membolehkan pengundi memilih 70 anggota dewan negeri yang baharu.
Presiden Uzbekistan tiba di Malaysia untuk lawatan rasmi dua hari
Ini adalah lawatan pertama Mirziyoyev ke negara ini sejak dilantik sebagai Presiden pada Disember 2016.
Dua bekas juruterbang Japan Airlines digantung tugas kerana berbohong minum arak
Kedua-dua mereka "memberikan penjelasan palsu kepada syarikat selepas tiba dan cuba menutup kesalahan pengambilan alkohol secara berlebihan."
Ciri baharu jadikan penjejakan pedati Thaipusam lebih menarik
Lebih 1.5 juta penganut Hindu dari seluruh negara serta pelancong dijangka membanjiri Pulau Pinang bagi sambutan Thaipusam tahun ini.
Ahli sains China bangunkan model baharu AI bagi ramalan siklon
Ramalan cuaca berangka dan pendekatan statistik sering gagal mengambil kira faktor persekitaran dan struktur yang kompleks.
Singapura hantar bantuan kemanusiaan ketujuh ke Gaza
Pengaturan penghantaran bantuan telah disahkan dengan Menteri Luar Jordan, Ayman Safadi.
Lima orang ditembak dalam insiden di sekolah Sweden - Polis
Polis menggesa orang ramai menjauhkan diri dari sekolah berkenaan yang terletak di bandar Orebro, kira-kira 160 km ke barat Stockholm.
Bekas ketua NATO, Stoltenberg dilantik sebagai Menteri Kewangan Norway
Stoltenberg pernah berkhidmat sebagai Perdana Menteri Norway dari 2000 hingga 2001 dan dari 2005 hingga 2013.
Mangsa banjir di Sarawak menurun, Sabah kekal
Jumlah mangsa banjir di Sarawak terus menurun manakala di Sabah kekal setakat 8 malam Selasa.
10 Berita Pilihan - (4 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan penyelidik Jepun cipta plastik yang terurai dalam air laut
Plastik "supramolekul" itu mempunyai kekuatan tegangan yang setanding dan boleh diproses seperti plastik berasaskan petroleum.
Fenomena air pasang besar landa Kuala Kedah, air laut cecah 2.92m
Bacaan paras air laut itu yang tertinggi setakat ini dicatatkan berlaku berbanding sebelum ini.
Ribut petir, hujan lebat di utara Semenanjung hingga Isnin
Kawasan terlibat ialah Perlis, Pulau Pinang, Kedah (Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Yan, Pendang, Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu), selain Kerian, Larut Matang dan Selama di Perak.
Tiba masanya jadikan air bawah tanah, alternatif sumber air mentah negara
Ishak Hasnan berkata sudah tiba masanya LRA dilengkapi dengan sumber air mentah alternatif yang lebih terjamin bebas daripada pencemaran yang dapat mengurangkan kebergantungan kepada air sungai.
Empat rumah dinaiki air akibat fenomena air pasang besar
Rumah empat keluarga itu dinaiki air laut sejak pukul 10 pagi Isnin akibat fenomena air pasang besar yang sering berlaku apabila tiba hujung bulan Disember.
'Kalimah syahadah selamatkan diriku!'
Bilal yang dikenali sebagai Mohd Rahman itu berkata, waktu kejadian itu berlaku dia baharu sahaja mahu laungkan azan Maghrib di masjid berkenaan.
Air pasang besar di Klang: Tiada kawasan dinaiki air - Bomba
Pemantauan di kawasan-kawasan berisiko tinggi dinaiki air mendapati tiada limpahan air laut melepasi ban dan keadaan adalah terkawal.
Air laut di Selangor diramal di paras tinggi
Air laut diramal berada di paras tertinggi sehingga 5.5 meter di perairan Selangor pada Jumaat ini (6 Okt) sehingga Isnin depan (9 Okt).