KOTA KINABALU: Tangisan kegembiraan dan laungan "Kami sudah pulang!" memenuhi setiap ruang Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu di sini hari ini selepas penerbangan AK1794 AirAsia dari Singapura yang membawa 119 penumpang, penerbangan antarabangsa pertama ke Sabah selepas lebih dua tahun, mendarat pada 2.30 petang.
Momen penuh emosi bagi kebanyakan rakyat Sabah yang menaiki penerbangan itu ialah ketika mereka menjejakkan kaki ke negeri kelahiran tercinta sehingga menitiskan air mata kegembiraan sambil memeluk ahli keluarga yang sudah lama tidak ditemui.
Huziah Siwis, 35, dari Telupid, Tongod berkata dia meninggalkan tanah air semasa mula bekerja sebagai pembantu tukang masak di Singapura pada 2019 dan hanya berinteraksi dengan keluarganya terutama kedua ibu bapa menerusi telesidang secara dalam talian.
"Saya masih tidak boleh percaya, tangan saya menggigil apabila saya pulang ke tanah air selepas dua tahun, saya tidak boleh pulang sejak 2019 susulan pandemik dan sudah tentu saya gembira kerana akhirnya dapat menjejakkan kaki ke negeri tempat tumpah darah saya iaitu Sabah.
"Saya telah mengambil cuti selama dua minggu yang akan saya gunakan terutama untuk meluangkan masa bersama keluarga di sini, kakak saya dan suaminya datang untuk menyambut kepulangan saya dan air mata kegembiraan menitis sebaik sahaja saya nampak dia," kata anak keempat daripada enam beradik itu kepada pemberita di KKIA.
Malaysia memasuki Fasa Peralihan ke Endemik bermula 1 April lepas dengan beberapa kelonggaran termasuk pembukaan semula sempadan negara selepas ditutup dua tahun lepas susulan pandemik COVID-19.
Hendry Andus, 28, anak bongsu daripada tiga beradik dari Inanam, berkata hasratnya untuk melaungkan "Kami sudah pulang!" tercapai apabila dapat kembali ke tanah air hari ini dan menghela nafas lega kerana dapat memeluk ahli keluarganya.
"Ia adalah satu cabaran kepada individu yang bekerja di luar negara seperti kami, mungkin negara lain lebih baik namun mana mungkin boleh membandingkannya dengan tempat sendiri iaitu Sabah dan Malaysia.
"Bak kata orang 'hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri,' kita tetap memilih tanah air yang tercinta," katanya yang bekerja sebagai juruteknik di Singapura sejak 2017.
Bagi Jacques Franck, 70, seorang pelancong dari Perancis, beliau gembira kerana akhirnya dapat menikmati percutiannya di Sabah apabila sempadan negara dibuka semula.
"Saya sememangnya sukakan Sabah dan telah berkunjung ke sini selama bertahun-tahun untuk bercuti, sudah tentu saya amat sedih apabila tidak dapat datang ke sini tetapi kini saya merancang untuk menikmati keindahan pulau serta hutan di Sabah," kata pesara itu.
Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Joniston Bangkuai pula berkata Kerajaan Negeri Sabah telah berusaha tanpa mengenal penat lelah dengan semua pihak bagi mengekalkan negeri itu sebagai destinasi tumpuan pelancong dan pengembara.
"Selamat pulang wahai anak jati Sabah, selamat datang ke negeri kami kepada pelancong dan pengembara serta nikmatilah kunjungan anda ke sini ...dengan sokongan pihak berkepentingan yang utama seperti AirAsia, kami yakin industri pelancongan akan kembali ke peringkat prapandemik tidak lama lagi," katanya kepada pemberita selepas menyambut ketibaan penumpang terbabit.
- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 16 2022

Ketibaan penerbangan AK1794 AirAsia dari Singapura ke Kota Kinabalu disambut meriah dengan pancuran air sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) hari ini. - Foto BERNAMA
AWANI Ringkas: Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PBB suarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel di Tebing Barat
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel ke atas bandar-bandar di Tebing Barat.
#AWANIRingkas 22 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 22 Februari 2025
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
AWANI 7:45 [22/2/2025] – Perlu Tambah Baik | Tingkat Keselamatan OKU | Taktik Unik | Ajal Di Padang Bola Sepak
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Syaff Shukri
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews

AS akan kemukakan resolusi mengenai konflik Ukraine kepada Perhimpunan Agung PBB pada 24 Feb
Amerika Syarikat (AS) akan membentangkan resolusi "bersejarah" mengenai penyelesaian konflik di Ukraine kepada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 24 Feb.

Pihak berkuasa, pengurusan masjid diseru ambil tindakan proaktif jaga keselamatan jemaah
Pihak berkuasa dan pengurusan masjid perlu segera mengambil tindakan proaktif bagi menjaga keselamatan jemaah, terutama kanak-kanak.
Agenda AWANI Asia: Pembangunan AI untuk kebaikan manusia
Sejauh mana pembangunan teknologi AI seperti ChatGPT, DeepSeek dan terkini Grok-3 membantu kehidupan manusia dan memacu perkembangan industri?
Diskusi dan analisis mengenai pembangunan teknologi dan penggunaan AI serta impak kepada perkembangan industri dalam Agenda AWANI Asia jam 9malam ini.
Diskusi dan analisis mengenai pembangunan teknologi dan penggunaan AI serta impak kepada perkembangan industri dalam Agenda AWANI Asia jam 9malam ini.

Thailand tegas banteras sindiket penipuan pusat panggilan dengan kerjasama serantau
Kerajaan Thailand kini memperkukuh kerjasama dengan negara jiran bagi menghapuskan operasi sindiket penipuan pusat panggilan rentas sempadan yang mengeksploitasi kelemahan sistem sedia ada.

ATC 2025: Nurul Izzah Izzati pecah rekod kebangsaan, mara ke separuh akhir
Nurul Izzah Izzati mencipta rekod kebangsaan baharu acara pecut individu pada pusingan kelayakan Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ATC) 2025.
Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Polis mengesahkan bunyi letupan dan gegaran yang berlaku di kawasan Bagan Ajam berpunca latihan ketenteraan TUDM.

Keldai dadah bawa syabu RM800,000 ditahan di KKIA
Polis merampas syabu seberat 24.5 kilogram bernilai RM800,000 selepas menahan seorang keldai dadah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu.

Rombongan pengantin, jemaah umrah antara penumpang terkandas di KKIA
Rombongan pengantin dan jemaah umrah antara ribuan penumpang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) berikutan pembatalan penerbangan hari ini.

Polis Sabah rampas dadah lebih 50kg bernilai RM3 juta
Polis menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah susulan penahanan tiga individu serta rampasan 50.25 kilogram dadah di Kota Kinabalu.

Air mata kegembiraan iringi kepulangan rakyat Sabah selepas dua tahun
Tangisan kegembiraan dan laungan "Kami sudah pulang!" memenuhi setiap ruang Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu hari ini.

Tak puas hati potong barisan, teksi rempuh tiga kereta di KKIA
Paparan video itu antara lain menunjukkan tindakan lelaki berbaju jingga memandu kereta jenis Proton Iswara merempuh kenderaan lain.

Koronavirus: Sabah teliti keperluan bekalkan alat pencegahan kepada petugas di pintu masuk negeri
Wujud keperluan mengagihkan peralatan pencegahan seperti penutup hidung dan mulut, sarung tangan dan pencuci tangan (hand sanitizer) kepada petugas terlibat bagi mencegah jangkitan virus itu.

Jangan terpengaruh khabar angin jangkitan koronavirus di Sabah - Exco
Orang ramai dinasihatkan tidak panik dan jangan terpengaruh dengan sebarang khabar angin mengenai jangkitan koronavirus di Sabah.

KKM siasat kes pelancong China suspek koronavirus di Sabah
KKM masih menyiasat berhubung kes seorang pelancong warga China yang kononnya dikejarkan ke hospital di Sabah kerana dijangkiti koronavirus hari ini.

Koronavirus: Sabah tingkatkan pengawasan di KKIA
Susulan penularan wabak koronavirus di Wuhan, China, kerajaan negeri Sabah kini meningkatkan pengawasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA).

Isu Papagomo diserang, tiada siapa terlepas tindakan undang-undang - KPN
Tiada siapa akan terlepas daripada tindakan undang-undang sekiranya terdapat bukti perbuatan jenayah dalam insiden kekecohan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, kata Ketua Polis Negara.