PONTIAN: Fenomena air pasang besar yang berlaku di Taman Negara Tanjung Piai, di sini, terus menjadi tarikan pelancong dan penduduk setempat terutama ketika musim cuti sekolah.
Penolong Pengurus Taman Negara Tanjung Piai Afendi Abdullah berkata air pasang besar berlaku sejak 22 Disember lepas dan dijangka berterusan hingga esok dengan ketinggian maksimum 3.6 meter hari ini.
Beliau berkata fenomena air pasang tersebut bermula pada 10.30 pagi hingga 1 petang, namun pengunjung boleh melihat ketinggian air pasang paras maksimum sekitar 11.15 pagi.
"Pihak Taman Negara Tanjung Piai menyasarkan kehadiran pengunjung dan pelancong hingga hujung tahun ini seramai 150,000 orang, dengan seramai 4,000 pengunjung telah berpeluang menyaksikan fenomena air pasang besar.
"Bagi tahun ini sahaja, hingga November lepas taman negara berkenaan telah dikunjungi seramai 140,000 orang," katanya ketika ditemui pemberita selepas Program Cuti-Cuti Malaysia Fun Ride Penghujung Benua Asia Sempena Pesta Air Pasang Besar Tanjung Piai 2022, hari ini.
Hadir sama dalam program itu Pengarah Tourism Malaysia Wilayah Selatan, Muhamad Nasir Pahmi dan wakil rasmi Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pontian (MDP) Norazali Zainuddin.
Menurut Afendi kebiasaannya fenomena air pasang akan berlaku antara tiga hingga empat kali dalam setahun.
Sementara itu, Muhamad Nasir berkata bagi fenomena air pasang kali ini pengunjung turut berpeluang menyertai acara sampingan yang dianjurkan oleh Tourism Malaysia Wilayah Selatan dengan kerjasama Kelab Berbasikal Anak-Anak Malaysia (BAAM) dan Kelab Berbasikal BMX Batu Pahat.
Beliau berkata aktiviti berbasikal yang pertama kali diadakan itu akan dimasukkan dalam kalender tahunan pelancongan negeri berikutan sambutan yang menggalakkan.
"Seramai 283 peserta dari Malaysia, 12 Indonesia dan lima dari Singapura menyertai acara kayuhan santai sejauh 30 kilometer mengelilingi kawasan Tanjung Piai ini," katanya.
Sementara itu, seorang pengunjung dari Pasir Gudang, Nur Azzameera Azlee, 32, berkata beliau mengambil kesempatan cuti hujung minggu dan sempena Hari Krismas untuk berkunjung ke Tanjung Piai.
"Ini kali ketiga saya ke sini dan kali ini saya bersama keluarga turut meyertai acara kayuhan santai yang dianjurkan, selain tidak melepaskan peluang melihat fenomena air pasang," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 26 2022
![Air pasang besar di Tanjung Piai jadi tarikan pelancong Air pasang besar di Tanjung Piai jadi tarikan pelancong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/81672032906_TBtanjungpiai.jpg)
Air pasang besar berlaku sejak 22 Disember lepas dan dijangka berterusan hingga esok dengan ketinggian maksimum 3.6 meter hari ini. - Bernama
![Tarif AS ke atas keluli, aluminium cetus tentangan hebat di seluruh Eropah Tarif AS ke atas keluli, aluminium cetus tentangan hebat di seluruh Eropah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739353010_tbDonaldTrump.jpg)
Tarif AS ke atas keluli, aluminium cetus tentangan hebat di seluruh Eropah
Keputusan Donald Trump untuk mengenakan tarif 25 peratus ke atas import keluli dan aluminium yang memasuki negara itu, telah mencetuskan tentangan hebat di seluruh Eropah, lapor Xinhua.
![Pelakon Fikry Ibrahim bergelar suami, pilih bekas pramugari Pelakon Fikry Ibrahim bergelar suami, pilih bekas pramugari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739353423_tbFikryIbrahimKha.jpg)
Pelakon Fikry Ibrahim bergelar suami, pilih bekas pramugari
Pelakon dan pengacara, Fikry Ibrahim sah bergelar suami kepada wanita pilihan hatinya, yang dikenali sebagai Khalizah Alihan, pada Rabu.
![Hujan lebat, ribut petir di enam negeri sehingga 9 malam - MetMalaysia Hujan lebat, ribut petir di enam negeri sehingga 9 malam - MetMalaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739356372_RIBUTPETIR.jpg)
Hujan lebat, ribut petir di enam negeri sehingga 9 malam - MetMalaysia
MetMalaysia hari ini mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka melanda enam negeri sehingga 9 malam ini.
![Polis tidak tahan Pengarah Eksekutif Suaram, hanya rekod percakapan Polis tidak tahan Pengarah Eksekutif Suaram, hanya rekod percakapan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739356198_Suaram.jpg)
Polis tidak tahan Pengarah Eksekutif Suaram, hanya rekod percakapan
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan menahan Pengarah Eksekutif Suara Rakyat Malaysia (Suaram) Sevan Doraisamy hari ini, seperti yang dilaporkan menerusi beberapa portal berita.
MotoGP musim baharu di Thailand dilancar
Bandar Bangkok bergema dengan bunyi hon dan deruan motosikal sebagai simbolik pelancaran MotoGP musim baharu di Thailand pada Ahad.
Penagih dadah: Singapura saksi peningkatan 30 peratus penagih bawah 20 tahun
Laporan Situasi Dadah Singapura 2024 yang dikeluarkan pada Rabu mendedahkan bahawa lebih separuh daripada penagih baharu yang ditahan dalam tempoh dua tahun lalu berusia bawah 30 tahun.
Kumpulan aktivis Thailand khuatir Trump kembalikan penyedut minuman plastik
Beberapa aktivis alam sekitar di Thailand kecewa dan bimbang susulan tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menandatangi perintah eksekutif untuk mengembalikan penggunaan straw plastik.
![Kerajaan Johor seru semua IPIS di negeri itu didaftar Kerajaan Johor seru semua IPIS di negeri itu didaftar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81704257934_TBMOHDFAREDMOHD.jpg)
Kerajaan Johor seru semua IPIS di negeri itu didaftar
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri Mohd Fared Mohd Khalid berkata, pendaftaran boleh dilakukan melalui mana-mana Pejabat Pendidikan Islam Daerah (PPID).
![Mesir umum visi bersepadu untuk pembangunan semula Gaza Mesir umum visi bersepadu untuk pembangunan semula Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739355908_tbrubbleofbuilding.jpg)
Mesir umum visi bersepadu untuk pembangunan semula Gaza
Mesir turut menekankan keperluan penyelesaian yang adil terhadap isu Palestin, dengan menghormati hak rakyat di rantau berkenaan.
66 wilayah Thailand menghadapi kualiti udara berbahaya
Sebanyak 66 daripada 76 wilayah di Thailand diselubungi dengan tahap pencemaran habuk yang tidak selamat pada pagi Rabu, dengan jerebu terburuk menyelubungi Greater Bangkok.
![Air pasang besar: JPS ramal 43 kampung berisiko dinaiki air Air pasang besar: JPS ramal 43 kampung berisiko dinaiki air](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/71665534789_AIRPASANG.jpg)
Air pasang besar: JPS ramal 43 kampung berisiko dinaiki air
Sebanyak 43 kampung yang terletak berhampiran 12 muara sungai di Terengganu berisiko dinaiki air susulan fenomena air pasang besar.
![Orang ramai dinasihat waspada kehadiran ubur-ubur di Pantai Hiburan, Kuala Rompin Orang ramai dinasihat waspada kehadiran ubur-ubur di Pantai Hiburan, Kuala Rompin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81736779935_UburUburMarang.jpg)
Orang ramai dinasihat waspada kehadiran ubur-ubur di Pantai Hiburan, Kuala Rompin
Orang ramai dinasihatkan supaya berwaspada dan berhati-hati dengan kehadiran ratusan ubur-ubur beracun daripada spesies 'Physalia physalis' sepanjang Pantai Hiburan, di Kuala Rompin, sejak pagi tadi.
![Hakisan pantai semakin serius, lebih 50 penduduk PPRT Kampung Jawa terjejas Hakisan pantai semakin serius, lebih 50 penduduk PPRT Kampung Jawa terjejas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736602819_TBhakisanpantai.jpg)
Hakisan pantai semakin serius, lebih 50 penduduk PPRT Kampung Jawa terjejas
Masalah hakisan mula berlaku pada 2019 dan menimbulkan kebimbangan kepada penduduk yang tinggal berdekatan pantai.
![Terengganu dijangka dilanda banjir gelombang ketiga esok Terengganu dijangka dilanda banjir gelombang ketiga esok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/71734346283_TBBANJIRTGANU.jpg)
Terengganu dijangka dilanda banjir gelombang ketiga esok
Terengganu dijangka dilanda banjir gelombang ketiga esok berikutan fenomena air pasang besar dan hujan lebat berterusan yang diramal sehingga Khamis ini.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 3 Disember 2024.
![Empat projek sedang, bakal dilaksana JPS atasi risiko banjir akibat air pasang besar Empat projek sedang, bakal dilaksana JPS atasi risiko banjir akibat air pasang besar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/81732268372_MuhammadKhairudinK.jpg)
Empat projek sedang, bakal dilaksana JPS atasi risiko banjir akibat air pasang besar
Sebanyak empat projek sedang dan bakal dilaksanakan JPS Melaka di beberapa lokasi pesisir pantai negeri ini bagi mengurangkan risiko banjir berikutan fenomena air pasang besar.
![Mangsa banjir Kemaman dinasihat tidak pulang ke rumah meski cuaca baik Mangsa banjir Kemaman dinasihat tidak pulang ke rumah meski cuaca baik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51732031399_banjirKemaman.jpg)
Mangsa banjir Kemaman dinasihat tidak pulang ke rumah meski cuaca baik
Kemaman adalah daerah pertama dan terburuk dilanda gelombang pertama banjir Monsun Timur Laut di Terengganu.
![Banjir: JBPM beri tumpuan lima negeri terdedah hujan luar jangka Banjir: JBPM beri tumpuan lima negeri terdedah hujan luar jangka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/41729630928_NorHishamMohammad.jpg)
Banjir: JBPM beri tumpuan lima negeri terdedah hujan luar jangka
JBPM memberi tumpuan utama kepada Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor dan barat Sarawak yang dijangka terdedah kepada hujan luar jangka pada bulan hadapan hingga boleh mengakibatkan banjir.
![Belanjawan 2025: Selangor peruntuk RM34.27 juta urus projek tebatan banjir Belanjawan 2025: Selangor peruntuk RM34.27 juta urus projek tebatan banjir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/41731669678_TBAmirudin.jpg)
Belanjawan 2025: Selangor peruntuk RM34.27 juta urus projek tebatan banjir
Kerajaan Negeri Selangor memperuntukkan sebanyak RM34.27 juta menerusi Belanjawan Selangor 2025 bagi memastikan keberkesanan pengurusan pembangunan projek tebatan banjir.
![Nelayan melecur dalam kejadian bot terbakar meninggal dunia Nelayan melecur dalam kejadian bot terbakar meninggal dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51729487824_botmeletupkualap.jpg)
Nelayan melecur dalam kejadian bot terbakar meninggal dunia
Seorang nelayan yang melecur teruk dalam kejadian bot terbakar di pelantar ikan Kampung Tanah Baru, Kuala Perlis pada Khamis lalu meninggal dunia pada Isnin.