Air pasang bukan penyebab berlakunya banjir teruk di Kuantan tahun ini.
Sebaliknya ia terjadi disebabkan pertambahan jumlah penduduk yang membawa kepada pembangunan infrastruktur.
Pensyarah Fakulti Kejuruteraan Awam dan Sumber Alam Universiti Malaysia Pahang (UMP) Mohamad Idris Ali berkata, air hujan tidak mengalir secara semulajadi disebabkan oleh pembangunan.
“Faktor pertama adalah iklim memandangkan daerah Kuantsan menghadap Laut China Selatan dan ini sangat dipengaruhi faktor monsun timur laut. Tetapi curahan hujan yang lebat bukan satu-satunya faktor menyebabkan banjir di Kuantan, terutama di kawasan Bukit Rangin dan Sungai Isap.
“Pertambahan jumlah penduduk di Kuantan semakin meningkat dan ini akan menyebabkan berlakunya pembangunan secara meluas sehingga menyebabkan kawasan yang pada asalnya berfungsi sebagai tempat air berkumpul secara semulajadi ditambak bagi dijadikan tempat kediaman. Jadi inilah sebabnya bertambah jumlah mangsa banjir,” kata Idris.
Tambahnya pergerakan atau proses hidrologi dalam lembangan juga merupakan punca berlakunya banjir di Kuantan selain pembangunan jalan raya baru yang ditambak tinggi daripada paras asal.
Selain itu, pertembungan antara aliran air daripada lembangan menuju ke laut berlaku serentak dengan fenomena air pasang penuh.
“Aras air dari laut tinggi. Jadi air dari kawasan lembangan tidak boleh keluar dengan semulajadi akibat dihalang oleh air pasang. Bukannya air pasang menyebabkan banjir. Yang menyebabkan banjir adalah pergerakan atau proses hidrologi dalam lembangan dimana pergerakan air melalui perubahan disebabkan pembangunan,” tambahnya.
Arfa Yunus
Sat Dec 07 2013
![Air pasang bukan punca banjir Kuantan - pakar Air pasang bukan punca banjir Kuantan - pakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-12/41386417048_295x200.jpg)
Foto Bernama
NewJeans umum nama baharu, NJZ
Kumpulan K-pop sensasi, NewJeans secara rasmi menukar nama band kepada NJZ. Keputusan itu diumumkan oleh lima ahli band dari Korea Selatan itu pada Jumaat.
Penduduk bimbang sungai bertukar merah
Setakat ini, pihak berkuasa telah mengumpul sampel air dari sungai tersebut yang mengalir ke Rio De La Plata dan bersempadan dengan sebuah rizab ekologi.
Kepala air besar landa pekan Nazca, Peru
Hujan lebat tanpa henti selama lima jam di wilayah Ica, Peru membawa kepada banjir kilat pada Khamis. Hujan lebat itu sekali gus membawa fenomena 'quebrada' atau kepala air yang buruk melanda pekan Nazca.
Jerman tidak setuju keputusan Amerika ambil alih Gaza
Keputusan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang mahu mengambil alih serta membina Gaza tidak dipersetujui oleh Canselor Jerman, Olaf Scholz. Kata Scholz, beliau menolak sepenuhnya cadangan yang disertai rancangan Trump untuk memindahkan penduduk Palestin ke Mesir dan Jordan.
Bank pusat India umum potongan kadar faedah untuk rangsang pertumbuhan ekonomi
Bank Rizab India (RBI) buat pertama kali dalam tempoh hampir lima tahun menurunkan kadar faedah utamanya, dalam usaha merangsang pertumbuhan ekonomi yang perlahan.
IHH Healthcare Sokong Usaha Tangani Kos Penjagaan Kesihatan
IHH Healthcare Bhd menyatakan sokongan sepenuhnya terhadap inisiatif kerajaan dalam menangani kos penjagaan kesihatan yang semakin meningkat.
Pengendali makanan di tapak pesta wajib disuntik antitifoid
Penganjur, pemilik atau penyewa gerai jualan makanan dan minuman di tapak pesta makanan perlu memastikan semua pengendali mendapatkan vaksinasi antitifoid.
Menara Grenfell dirobohkan Jun ini
Menara Grenfell di London yang terbakar tujuh tahun lalu akan dirobohkan. Dalam peristiwa hitam yang berlaku pada awal pagi 14 Jun 2017, seramai 72 mangsa terkorban dan ia disifatkan insiden kebakaran paling dahsyat di Britain.
Pesawat bawa 10 orang hilang di Alaska
Sebuah penerbangan komersial kecil yang membawa 10 orang dilaporkan hilang pada Khamis di Alaska.
10 Berita Pilihan - (7 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Banjir di Sabah, Sarawak kembali meningkat pagi ini Banjir di Sabah, Sarawak kembali meningkat pagi ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738894824_TBbanjirsabah.jpg)
Banjir di Sabah, Sarawak kembali meningkat pagi ini
Di Sarawak, mangsa banjir meningkat kepada 4,705 orang di 24 PPS berbanding 4,341 orang malam tadi.
![Jumlah mangsa banjir di Johor, Sarawak, Sabah meningkat pagi ini Jumlah mangsa banjir di Johor, Sarawak, Sabah meningkat pagi ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738811075_tbAPMbekalanmakan.jpg)
Jumlah mangsa banjir di Johor, Sarawak, Sabah meningkat pagi ini
Di Johor, jumlah mangsa yang dipindahkan sedikit meningkat kepada 372 orang berbanding 364 orang malam tadi.
![Banjir: Laluan Tapak Warisan Dunia Gua Niah tenggelam, Taman Negara Gunung Gading dilanda kepala air Banjir: Laluan Tapak Warisan Dunia Gua Niah tenggelam, Taman Negara Gunung Gading dilanda kepala air](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738801006_TBguaniah.jpg)
Banjir: Laluan Tapak Warisan Dunia Gua Niah tenggelam, Taman Negara Gunung Gading dilanda kepala air
Menurut Pengurus Besar SFC Abang Arabi Abang Aimran, pejabat Taman Negara Niah sendiri turut ditenggelami air.
![Gelombang kedua banjir landa Bintulu - Bomba Gelombang kedua banjir landa Bintulu - Bomba](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738770311_AnggotaJabatanBomb.jpg)
Gelombang kedua banjir landa Bintulu - Bomba
Kawasan yang terjejas termasuk Kidurong Avenue, Taman Bilangan, Sungai Plan dan Jambatan Sebatang.
![Alliance Bank tawar program bantuan banjir kepada pelanggan terjejas Alliance Bank tawar program bantuan banjir kepada pelanggan terjejas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738727936_banjir.jpg)
Alliance Bank tawar program bantuan banjir kepada pelanggan terjejas
Alliance Bank mengumumkan Program Bantuan Banjir bagi membantu meringankan beban kewangan pelanggan yang terjejas akibat banjir yang melanda Sabah dan Sarawak.
![Jumlah mangsa banjir di Sarawak menurun, Sabah kekal Jumlah mangsa banjir di Sarawak menurun, Sabah kekal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61738722013_PangkalanBuitGaram.jpg)
Jumlah mangsa banjir di Sarawak menurun, Sabah kekal
Jumlah mangsa banjir di Sarawak menurun kepada 5,747 orang berbanding 6,160 malam tadi, sementara di Sabah kekal 137 daripada 40 keluarga.
![26 kampung terjejas banjir di Kinabatangan 26 kampung terjejas banjir di Kinabatangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738668362_banjir.jpg)
26 kampung terjejas banjir di Kinabatangan
Setakat ini dua pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka bagi menempatkan 140 mangsa daripada 36 keluarga.
![Mangsa banjir di Sarawak menurun pagi ini Mangsa banjir di Sarawak menurun pagi ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738640785_PPS.jpg)
Mangsa banjir di Sarawak menurun pagi ini
Jumlah mangsa banjir di Sarawak menurun kepada 9,039 orang yang ditempatkan di 40 pusat pemindahan sementara (PPS) di enam bahagian setakat pagi ini berbanding 9,314 malam tadi.
![JPBN Sarawak nilai kos baik pulih infrastruktur rosak akibat bencana JPBN Sarawak nilai kos baik pulih infrastruktur rosak akibat bencana](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738595038_PekanTatau.jpg)
JPBN Sarawak nilai kos baik pulih infrastruktur rosak akibat bencana
Jawatankuasa pengurusan bencana diarahkan untuk kemukakan senarai lengkap ketua isi rumah yang berpindah ke PPS selewat-lewatnya hujung minggu ini.
![Banjir: Rumah panjang Malo seakan 'pulau' dikelilingi air hampir sebulan Banjir: Rumah panjang Malo seakan 'pulau' dikelilingi air hampir sebulan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738561629_SKNangaPenyarai.jpg)
Banjir: Rumah panjang Malo seakan 'pulau' dikelilingi air hampir sebulan
Dikelilingi air sejak hampir sebulan, rumah panjang Malo yang terletak di Nanga Penyarai kini seakan pulau kecil yang terasing.