LABUAN: Penduduk di Wilayah Persekutuan Labuan dinasihati suapaya mengelak daripada memakan kerang-kerangan dari tanah besar Sabah berkuat kuasa serta-merta.
Pengarah Jabatan Perikanan Labuan, Faizal Ibrahim Suhaili berkata, langkah itu susulan pengesanan fenomena air pasang merah berhampiran perairan Sepanggar.
Malah, tegas beliau, pihaknya memantau dengan teliti kemasukan kerang-kerangan dari Sabah melalui terminal feri bagi mengelak kes keracunan kerang-kerangan paralitik (PSP).
"Memandangkan Jabatan Perikanan Sabah telah mengeluarkan amaran fenomena air pasang ini, maka fenomena ini juga berlaku di Labuan disebabkan perairan Labuan termasuk dalam perairan Sabah," katanya seperti dipetik Bernama hari ini.
Faizal Ibrahim berkata keracunan kerang-kerangan paralitik adalah sindrom yang boleh dialami sesiapa sahaja jika mereka makan makanan laut yang tercemar disebabkan fenomena air pasang.
PSP boleh mengancam nyawa dan sering terjadi dalam masa dua jam pengambilan dan gejala termasuk kesemutan; terbakar; kebas; mengantuk dan lumpuh pernafasan.
"Air pasang merah boleh bertahan selama beberapa hari, minggu, atau bulan dan boleh berubah setiap hari disebabkan keadaan angin dan arus air...angin darat biasanya membawanya berhampiran pantai dan angin luar pesisir meniupkannya ke laut.
"Jangan makan moluska (kerang atau tiram) yang hasil daripada fenomena air pasang merah, kerana ia mengandungi toksin yang menyebabkan keracunan makanan," katanya.
Sementara itu, Jabatan Perikanan Sabah memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak memakan kerang dari perairan Kota Kinabalu dan Tuaran selepas air pasang dikesan berhampiran Pulau Sepanggar pada Jumaat (17 Feb).
Pengarahnya Azhar Kassim berkata Jabatan Biosekuriti mereka mendapati sel pyrodinium bahamense dan margalefidinium polykrikoides dalam satu liter sampel melebihi paras berbahaya.
Katanya sel itu merebak dengan pantas dan telah sampai ke Pelabuhan Sutera dan perairan Jeti Jesselton, Teluk Likas, dan Kepulauan Gaya dengan bacaan tertinggi dikesan berhampiran Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah.
Labuan pada April 2015 melaporkan dua kes (melibatkan dua nelayan tempatan dari Kg Sg Miri) akibat keracunan kerang paralitik berikutan fenomena air pasang merah di perairan pulau itu.
Air pasang merah dinamakan sedemikian selepas warna kemerahan dihasilkan plankton bertoksin dan hidupan laut tertentu yang memakan plankton tercemar sekali gus menyebabkan kematian di Sabah pada awal 1980-an.
Astro Awani
Sun Feb 19 2023
![Air pasang merah di Sabah: Penduduk Labuan dinasihat elak makan kerang-kerangan Air pasang merah di Sabah: Penduduk Labuan dinasihat elak makan kerang-kerangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/71676783315_TBAIRSURUT.jpg)
Penduduk setempat mencari hidupan laut dan ikan kecil susulan fenomena air laut surut besar di sepanjang pantai Kampung Sungai Miri dan Kampung Sungai Lada, Labuan, hari ini. --fotoBERNAMA
![Keharmonian, kesejahteraan dan keadilan sosial teras ketamadunan bandar - Dr Zaliha Keharmonian, kesejahteraan dan keadilan sosial teras ketamadunan bandar - Dr Zaliha](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739655954_TBAaronAgoDagang.jpg)
Keharmonian, kesejahteraan dan keadilan sosial teras ketamadunan bandar - Dr Zaliha
Tidak ada maknanya ibu negara memiliki bangunan pencakar langit tertinggi, tetapi masih ada rakyat yang bergelut dalam kesukaran hidup.
![Dihukum kad merah, Selangor FC tetap benam PDRM FC 3-2 Dihukum kad merah, Selangor FC tetap benam PDRM FC 3-2](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739655416_TBChallengeCup.jpg)
Dihukum kad merah, Selangor FC tetap benam PDRM FC 3-2
Selangor dan PDRM seterusnya akan bertemu sekali lagi bagi final kedua pada 22 Feb ini di venue yang sama.
![MOF jangka peruntukan Kampung Angkat MADANI dibelanjakan sepenuhnya tahun ini MOF jangka peruntukan Kampung Angkat MADANI dibelanjakan sepenuhnya tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739654077_TBAmirHamzah.jpg)
MOF jangka peruntukan Kampung Angkat MADANI dibelanjakan sepenuhnya tahun ini
Peruntukan itu, yang diumumkan dalam Belanjawan 2024, bertujuan merapatkan jurang antara desa dan bandar dengan menyediakan kemudahan diperlukan.
![Selangor pastikan pemilihan jenis sukan di SUKMA 2026 adil kepada semua Selangor pastikan pemilihan jenis sukan di SUKMA 2026 adil kepada semua](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71732712031_NajwanHalimi.jpg)
Selangor pastikan pemilihan jenis sukan di SUKMA 2026 adil kepada semua
Selangor akan memastikan pemilihan jenis sukan yang dipertandingkan pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 adil kepada semua negeri.
![Lebih 16,000 laporan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak tahun lepas Lebih 16,000 laporan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak tahun lepas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739623650_DatinWongPoiHong.jpg)
Lebih 16,000 laporan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak tahun lepas
Sebanyak 16,328 laporan direkodkan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak (CSAM) di negara ini sepanjang tahun lepas.
![Tular: Penjual jagung papar notis berunsur perkauman dikecam Tular: Penjual jagung papar notis berunsur perkauman dikecam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739636564_Videotular.jpg)
Tular: Penjual jagung papar notis berunsur perkauman dikecam
Baru-baru ini tular satu rakaman di media sosial yang memaparkan notis berunsur perkauman oleh seorang penjual jagung bakar di Kota Warisan, Sepang.
![Kerajaan sasar tambah van khidmat guaman bergerak bantu rakyat B40 Kerajaan sasar tambah van khidmat guaman bergerak bantu rakyat B40](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739628918_MKulasegaranJust.jpg)
Kerajaan sasar tambah van khidmat guaman bergerak bantu rakyat B40
Ketika ini terdapat lima van bergerak tersedia termasuk tiga yang diperoleh sewaktu kepimpinan Kerajaan MADANI.
![Industri automotif China, Eropah miliki potensi kerjasama besar - Menteri Perdagangan China Industri automotif China, Eropah miliki potensi kerjasama besar - Menteri Perdagangan China](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/71663595871_car.jpg)
Industri automotif China, Eropah miliki potensi kerjasama besar - Menteri Perdagangan China
Industri automotif di China dan Eropah mempunyai asas kukuh serta potensi besar untuk bekerjasama, kata Menteri Perdagangan China, Wang Wentao.
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Ikan, hidupan laut mati akibat air pasang merah di Pulau Pinang Ikan, hidupan laut mati akibat air pasang merah di Pulau Pinang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/51693223120_Jalurmerahjambu.jpg)
Ikan, hidupan laut mati akibat air pasang merah di Pulau Pinang
Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata dalam masa sama pihaknya akan terus memantau fenomena itu yang telah menimbulkan kebimbangan dalam kalangan nelayan.
![Air pasang merah di Sabah: Penduduk Labuan dinasihat elak makan kerang-kerangan Air pasang merah di Sabah: Penduduk Labuan dinasihat elak makan kerang-kerangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/71676783315_TBAIRSURUT.jpg)
Air pasang merah di Sabah: Penduduk Labuan dinasihat elak makan kerang-kerangan
Langkah itu susulan pengesanan fenomena air pasang merah berhampiran perairan Sepanggar.