KUALA NERANG: Masalah air keruh atau kemerahan setiap kali musim hujan lebat bukan satu perkara baharu buat penduduk di Kampung Baru, Mukim Tualak, yang terletak berdekatan kawasan Puncak Janing.
Mana tidaknya, kebanyakan mereka hanya menggunakan sumber air paip masyarakat yang datangnya daripada aliran air Sungai Janing.
Namun sejak beberapa minggu lalu, air menjadi semakin keruh dan ianya didakwa berpunca daripada kegiatan pembalakan di kawasan Bukit Perangin.
Menurut penduduk, Mohamad Fazal Ali, 42 tahun, lebih 500 penduduk di beberapa buah kampung yang tinggal di kawasan berdekatan Bukit Perangin terkesan susulan aktiviti pembukaan jalan baharu yang didakwa mempunyai kaitan dengan kegiatan pembalakan.
"Sebelum mereka buat jalan untuk mereka ambil balak ni, memang air jernih dan tidak keruh. Baru-baru ni, hujan lebat dan 3 atau 4 hari memang keruh lagi. Saya terpaksa pergi amil air di Kampung Baru, di rumah abang ipar untuk minum," katanya.
Tambah penduduk kewujudan beberapa tanda garisan bewarna merah pada pokok balak termasuk yang berada di kawasan berhampiran sungai menimbulkan seribu satu persoalan.
Peta sebenar yang menggambarkan kawasan yang didakwa berlaku aktiviti pembalakan itu turut menimbulkan rasa hairan kepada penduduk memandangkan ianya tidak 'tepat' seperti apa yang dilihat secara fizikal.
Perkara ini jelas mereka telah disampaikan kepada pihak Majlis Daerah Padang Terap (MDPT) bagi tindakan lanjut.
Menurut Pegawai Daerah Padang Terap, Datuk Md Shuhaime Abd Rahman, pihaknya telah menghantar surat kepada Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Kedah (JPNK) bagi menghentikan segala aktiviti di kawasan terbabit sebaik sahaja menerima aduan dari penduduk.
"Selepas mendapat maklum balas daripada penghulu dan Ketua Kampung, saya terus menulis surat kepada Pengarah Jabatan Hutan supaya mengambil tindakan yang perlu.
"Dalam suasana begini di ketika rakyat menghadapi COVID-19 tiba-tiba hati mereka diguris oleh peristiwa air mereka keruh dan kawasan pelancongan tercemar maka sudah tentu ianya memberikan impak yang besar kepada penduduk padang terap," katanya.
Tegas beliau, pihak JPNK sewajarnya terlebih dahulu memaklumkan kepada pihak berwajib khususnya membabitkan Pihak Berkuasa Tempatan di daerah Padang Terap berkenaan apa-apa projek yang berkemungkinan akan memberi kesan kepada penduduk setempat.
"Saya mengharapkan agar Jabatan Hutan (JPNK) faham bahawa dalam struktur pentadbiran di daerah ini kita ada JPKK, kita ada penghulu, kita ada jawatankuasa kariah masjid yang perlu dirujuk, supaya penduduk dapat berita sebenar supaya dengan cara itu penduduk tidak rasa terguris hati.
"Yang ketiga Pejabat Hutan mesti membuat 'sosial assesment study', iaitu mengkaji impak yang berlaku apabila sesuatu tindakan dibuat yang libatkan kawasan tadahan kawasan pelancongan," katanya lagi.
Sementara itu, JPNK menerusi satu kenyataan mengesahkan bahawa tiada aktiviti pembalakan dilakukan sekitar kawasan Taman Eko Rimba Puncak Janing sehingga menyebabkan sumber air penduduk menjadi keruh.
Pengarahnya, Muhamad Abdullah menjelaskan, punca utama sumber air masyarakat di perkampungan sekitar menjadi keruh adalah disebabkan aktiviti penyelenggaraan dan pembersihan jalan balak lama yang sedang dilaksanakan untuk kegunaan kakitangan jabatan itu.
Penyelenggaraan dan pembersihan itu katanya adalah bagi aktiviti pra pelesenan untuk kelulusan kawasan pembalakan di Kompartmen 42 dan Kompartmen 43 Hutan Simpan Bukit Perangin.
Dalam pada itu, ketika dihubungi Astro AWANI, Muhamad menyatakan bahawa tanda garisan merah pada pokok balak tidak memberi maksud bahawa pokok itu akan ditebang sebaliknya ianya adalah tanda bagi Kompartmen dan Sub-Kompartmen di dalam hutan simpan manakala setiap peta yang menunjukkan kawasan-kawasan tertentu adalah dibuat mengikut koordinat Sistem Maklumat Geografi (GIS).
Namun begitu, harapan besar penduduk adalah bagi memastikan perkara sebegini tidak berulang pada masa akan datang.
Abd Hadi Che Awang
Wed Jun 30 2021

Harapan besar penduduk adalah bagi memastikan perkara sebegini tidak berulang pada masa akan datang. - Astro AWANI
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

LRA Bukit Pinang, LRA Pelubang berisiko hadapi gangguan operasi - SADA
SADA memaklumkan kekeruhan itu disebabkan oleh hujan lebat berterusan.

Banjir Baling: Dua LRA dihenti tugas akibat air keruh
Ia melibatkan Loji Rawatan Air (LRA) Kulim Hi Tech dan Loji Rawatan Air (LRA) Pinang Tunggal.

Kerja penebangan pokok getah punca air keruh - JPNK
Kerja-kerja penebangan dilakukan terhadap pokok-pokok getah tua di mana pihak FELCRA akan menjalankan projek tanaman semula.

Air penduduk keruh, didakwa berpunca daripada aktiviti pembalakan
Masalah air keruh atau kemerahan setiap kali musim hujan lebat bukan satu perkara baharu buat penduduk di Kampung Baru, Mukim Tualak.

Tiada pembalakan di kawasan Taman Eco Rimba Puncak Janing - Jabatan Perhutanan
Kekeruhan sumber air itu adalah disebabkan oleh aktiviti penyelenggaraan dan pembersihan jalan balak lama yang sedang dilaksanakan.

Lata Y keruh disebabkan hujan lebat - Pengarah JPNK
Keadaan air keruh di Lata Y adalah berpunca daripada keadaan iklim semasa iaitu hujan lebat yang kerap terjadi pada waktu petang.

ADUN lapor polis nafi terlibat aktiviti pembalakan
Ia susulan dakwaan kononnya beliau meluluskan projek pembalakan di kawasan Batu Kurau hingga menjejaskan sumber air penduduk di kawasan tersebut.

Air keruh: Projek EKVE masih dalam arahan berhenti kerja
Pengarah Jabatan Alam Sekitar Selangor berkata arahan itu susulan pelanggaran syarat kelulusan Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA).

Air kotor dan berselut, pembalakan di Gunung Inas didakwa punca
Dakwa penduduk, sebelum ini air keruh apabila hari hujan sahaja. Tetapi kini warna air keruh ini satu fenomena biasa biarpun ketika cuaca baik.