KUALA LUMPUR: Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menyatakan harapan agar pelarasan tarif air bagi kategori domestik dapat dilaksanakan secepat mungkin.
Pemangku Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ir Abas Abdullah, berkata langkah tersebut bagi memastikan keseimbangan antara hasil dan perbelanjaan Air Selangor dapat dicapai ke arah bekalan air yang berdaya tahan.
Beliau berkata syarikat itu kini beroperasi dalam persekitaran tarif yang tidak memulihkan kedua-dua perbelanjaan modal (Capex) dan perbelanjaan operasi (Opex) dengan bermakna tiada keseimbangan antara hasil dan perbelanjaan.
"Kelewatan selanjutnya dalam pelarasan tarif akan menyebabkan cabaran bagi kami untuk mencapai pemulihan kos penuh dan menghalang keupayaan syarikat untuk terus menaik taraf infrastruktur air yang semakin usang, yang akhirnya akan memberi kesan kepada tahap perkhidmatan kami dalam jangka panjang," katanya ketika membentangkan Laporan Kelestarian Air Selangor 2022, di sini, hari ini.
Berkuat kuasa 1 Ogos 2022, tarif bekalan air untuk akaun bukan domestik dan khas telah diselaraskan dengan kenaikan purata 28 sen bagi setiap meter padu (m3) air.
Tarif bekalan air untuk pengguna domestik kekal tidak berubah tetapi kerajaan melalui Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC), sedang mempertimbangkan untuk melaksanakan cadangan semakan semula tarfif air.
Mengenai laporan tersebut, Abas berkata syarikat tersebut mencatat peningkatan pendapatan RM2.45 bilion tahun lalu berbanding RM2.18 bilion pada tahun sebelumnya.
Menurutnya, peningkatan 12.38 peratus itu direkodkan hasil pemulihan ekonomi negara selepas kelonggaran dan penghapusan sekatan COVID-19 serta pelarasan tarif air bukan domestik dan kategori khas sejak Ogos tahun lalu.
"Walaupun peningkatan hasil, ia masih tidak mencukupi untuk mengimbangi Opex dan Capex dan ia akan memberi kesan kepada pengurusan operasi jangka panjang Air Selangor," katanya.
Laporan itu memaklumkan Capex juga meningkat 88.21 peratus kepada RM2.58 bilion tahun lalu berbanding RM1.37 bilion pada 2021.
Sementara itu, Air Selangor juga mencatatkan pelbagai pencapaian menerusi inisiatif kelestarian 2022 termasuk kadar air tanpa hasil (NRW) yang lebih rendah pada 27.76 peratus pada 2022, penurunan 0.23 peratus berbanding 2021 serta pematuhan Standard Kualiti 99.85 peratus Air Minum Kementerian Kesihatan..
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 04 2023

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ir Abas Abdullah, berkata langkah tersebut bagi memastikan keseimbangan antara hasil dan perbelanjaan Air Selangor dapat dicapai ke arah bekalan air yang berdaya tahan. - Gambar fail

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.
Kerajaan perkukuh inisiatif Astro-Tourism, anjur perkelahan astronomi
Kerajaan terus memperkukuh usaha memasyarakatkan dan membudayakan bidang astronomi dan sains angkasa menerusi pelbagai aktiviti dan program berbentuk pembelajaran sains bukan formal secara interaktif.

Keadaan Paus Francis masih 'kritikal' - Vatican
Vatican turut memaklumkan bahawa ketua gereja Katolik itu masih belum "bebas daripada bahaya."
Trump dakwa capai perjanjian dengan Ukraine
Presiden Donald Trump berkata pada Sabtu bahawa Amerika Syarikat telah menutup perjanjian dengan Ukraine mengenai perkongsian hasil daripada galian Ukraine sebagai sebahagian daripada usaha menamatkan perang

Fadillah sertai lebih 4,000 peserta larian kesedaran autisme
Penganjuran program berkenaan mampu memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat untuk lebih peka terhadap situasi golongan autisme.
12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Seramai 12 individu termasuk tiga kanak-kanak dan seorang bayi perempuan terperangkap dalam lif di sebuah hotel di sini pada Sabtu.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

EPL: Sensasi Asensio buat Chelsea gigit jari
Asensio menjaringkan gol kemenangan Villa pada minit ke-89 hasil kesilapan penjaga gol Chelsea, Filip Jorgensen.

Saya kehilangan sahabat baik - MB Perak
Menurutnya, secara peribadi hubungan mereka baik sejak sebelum Allahyarham menjadi Ketua UMNO Bahagian Tapah pada 2018.

Muhammad Kamil akan umum keputusan tanding Ketua AMK
Katanya, walaupun kesemua 14 AMK negeri telah nyatakan sokongan terhadapnya, beliau perlukan sedikit masa untuk mempertimbangkannya.

Paip pecah, sebahagian KL tiada air - Air Selangor
Gangguan bekalan air tidak berjadual bermula jam 6 pagi, pada Selasa dan dijangka siap jam 1 pagi, pada Rabu.

Tebing sungai runtuh: Status pembinaan ditentukan selepas laporan siasatan diterima
Amirudin berkata Exco Infrastruktur dan Pertanian negeri Ir Izham Hashim telah ke lokasi berkenaan semalam bagi menyiasat dan mengenal pasti nilai kerugian akibat kejadian itu.

Cemar sungai: Warga China berdepan denda RM10 juta - JAS
Seorang warga China berdepan denda RM10 juta dan hukuman penjara mandatori sehingga lima tahun, atas kesalahan melepaskan buangan bahan kimia ke dalam perairan daratan.

Selangor kesan 50 kes pencemaran sumber air
Kira-kira 50 kes pencemaran sumber air dikesan berlaku di Selangor sepanjang tahun ini.

Penduduk Lembah Klang lega masalah air beransur pulih
Penduduk Kampung Segambut Bahagia lega apabila masalah gangguan bekalan air telah selesai pagi ini apabila bekalan air mula disalurkan sejak jam 8 pagi tadi.

Gangguan bekalan air di Selangor pulih 14.3 peratus
Gangguan bekalan air di tujuh daerah akibat pencemaran bau yang dikesan di Sungai Kundang dan Sungai Sembah di Selangor pulih sebanyak 14.3 peratus setakat 9 pagi tadi.

Gangguan bekalan air: Empat loji LRA mula beroperasi sepenuhnya
Sehingga jam 6 pagi, peratusan pemulihan bekalan air bagi kawasan-kawasan yang terlibat telah mencapai 9.9 peratus.

Gangguan air di tujuh daerah dijangka pulih sepenuhnya Jumaat ini - Exco
Gangguan air di tujuh daerah akibat pencemaran bau yang dikesan di beberapa sungai di Selangor dijangka pulih sepenuhnya Jumaat ini, kata Exco Infrastruktur dan Pertanian Negeri Izham Hashim.

7 wilayah di Lembah Klang alami gangguan bekalan air tidak berjadual
Tujuh wilayah di Lembah Klang iaitu Petaling, Klang, Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur, Hulu Selangor dan Kuala Selangor mula mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual.

Air Selangor catat pendapatan RM2.82 bilion pada 2023
Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) mencatatkan pendapatan sebanyak RM2.82 bilion pada 2023, meningkat 15.1 peratus daripada RM2.45 bilion dicatatkan pada tahun sebelumnya.