Syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia Group Bhd (AirAsia) dilihat sebagai pengendali penerbangan berjaya yang mampu menyelamatkan penerbangan nasional, Malaysia Airlines Bhd (MAB) daripada 'berkubur.'
Menurut wartawan veteran, Datuk A. Kadir Jasin, AirAsia juga telah memiliki satu elemen menyamai MAB iaitu cabang penerbangan jarak jauh, AirAsia X Bhd.
"Mereka ada pengalaman itu kerana memiliki AirAsia X yang melakukan penerbangan jauh sehingga ke Jeddah serta destinasi lain seperti Jepun, Korea Selatan dan China.
"Sudah pasti, struktur harga (tambang) mereka berbeza. Atas dasar itu, mereka memang berpengalaman namun sama ada boleh mengambilalih MAB dan dijadikan sebahagian AirAsia atau mengekalkan MAB sebagai syarikat penerbangan tambang penuh, merupakan keputusan untuk ditentukan oleh mana-mana pihak yang berminat dengan MAB," katanya kepada Bernama, baru-baru ini.
BACA: 'Kahwin' atau jual Malaysia Airlines, tetapi jangan biar ia berkubur - Kadir Jasin
Kadir berkata demikian sebagai mengulas jika AirAsia boleh mengendalikan kedua-dua syarikat penerbangan tambang penuh dan rendah pada masa sama.
Ini susulan cadangan beliau menerusi catatan di Facebook pada Jumaat lepas bahawa "adalah lebih baik untuk MAB 'berkahwin' (disatukan) dengan AirAsia daripada sewenang-wenangnya membiarkan jenama ikonik itu berkubur."
Mengulas selanjutnya, beliau berkata : "Di Eropah, terdapat sebuah syarikat yang mengendalikan penerbangan tambang penuh dan rendah pada masa sama. Malah ada banyak syarikat penerbangan besar lain di Eropah dan Amerika Syarikat (AS) yang cuba memiliki penerbangan tambang rendah, tetapi secara amnya tidak berjaya."
Untuk rekod, pada Disember 2007, syarikat penerbangan berpangkalan di Jerman, Lufthansa membeli 19 peratus kepentingan dalam JetBlue Airways dan menandatangani perjanjian perkongsian kod dengan syarikat itu.
Ini merupakan pelaburan penting pertama oleh sebuah syarikat penerbangan Eropah ke atas syarikat penerbangan AS sejak termeterainya Perjanjian Langit Terbuka AS-AS berkuatkuasa pada 2008.
Bagaimanapun pada Mac, 2015, Lufthansa bertindak menjual kepentingannya dalam JetBlue.
Dalam catatannya, Kadir turut membangkitkan bahawa AirAsia pernah 'berkahwin' atau bersama dengan Malaysia Airlines sebelum ini - merujuk kepada perjanjian pertukaran saham dua syarikat itu pada 8 Ogos, 2011.
Malangnya, perjanjian itu tidak bertahan lama apabila ditamatkan lapan bulan kemudian.
Kadir berpendapat, perjanjian MAB-AirAsia itu tidak berjaya kerana cadangan yang tidak jelas selain bedepan banyak bantahan daripada pihak awam.
"Namun itu berlaku beberapa tahun lepas dan keadaan telah berubah. Kita juga telah melihat kerajaan melakukan banyak cubaan untuk memulihkan Malaysia Airlines tetapi malangnya, ada persepsi ramai bahawa MAB tidak dapat dipulihkan dan sesuatu perlu dilakukan," katanya.
Bagaimanapun, sama ada AirAsia mampu berjaya mengendalikan MAB sebagai sebuah syarikat tambang penuh dan jika ia benar-benar berminat untuk menggalas tanggung jawab itu adalah sesuatu yang perlu dipertimbangkan oleh syarikat tambang rendah tersebut, katanya.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) AirAsia Tan Sri Tony Fernandes sebelum ini dilaporkan berkata, pihaknya tidak merancang untuk membeli MAB kerana berhasrat melakukan usaha transformasi sebagai sebuah syarikat yang diterajui oleh teknologi.
Mengulas sama ada 'perkahwinan' atau penyatuan AirAsia dan MAB akan mencetuskan kebimbangan mengenai monopoli dalam industri penerbangan tempatan, Kadir berkata akan wujud elemen monopoli atau duopoli antara AirAsia dan Malindo Airways dalam masa terdekat ini.
"Namun hari ini ianya bukanlah semudah itu untuk syarikat penerbangan bertindak menetapkan harga tambang kerana perbuatan itu adalah satu kesalahan dan saya fikir kita kini mempunyai jaminan dalam bentuk perdagangan yang adil.
"Bagaimanapun, saya yakin dalam persaingan antara dua syarikat, harga itu tidaklah semurah persaingan antara tiga syarikat atau lebih," katanya.
Sementara itu, penganalisis yang juga Penganalisis Penerbangan Endau Analytics, Shukor Yusof, pula berpendapat Fernandes tidak mungkin mengambilalih MAB pada masa ini.
"Seperti yang dikatakan oleh Tony Fernandes secara terbuka sebelum ini bahawa tangannya sudah penuh pada masa ini dan saya tidak nampak sebarang alasan untuk AirAsia untuk mengambil alih MAB," kata Shukor sewaktu dihubungi Bernama.
Menerusi catatan blog beliau bertajuk 'Singapore Airlines to invest in Malaysia Airlines?' (Singapore Airlines Mahu Melabur Dalam Malaysia Airlines?) baru-baru ini, Shukor berkata MAB mencatat kerugian lebih RM2.4 bilion (US$580 juta) bagi tempoh antara 2015 dan 2017 walaupun telah menerima suntikan dana RM6 bilion daripada Khazanah Nasional Bhd pada 2014.
"Awal minggu ini, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan sedia mempertimbang untuk menjual MAB jika terdapat pembeli yang dapat memulihkan penerbangan nasional itu dan mengekalkan identiti Malaysia yang ada," katanya.
Topik mengenai kemungkinan penjualan MAB kembali hangat dan menjadi tajuk utama media selepas Dr Mahathir yang juga Pengerusi Khazanah, menyatakan kesediaan Malaysia menjual syarikat penerbangan itu sekiranya terdapat tawaran baik untuk syarikat itu.
Jika diimbas, Perdana Menteri membangkitkan perkara itu buat pertama kalinya pada Mac lepas apabila berkata kerajaan sedang mempertimbang sama ada mahu menutup, menjual atau membiayai semula MAB selepas syarikat itu kekal mencatat kerugian berikutan beberapa faktor termasuk kekurangan anak kapal pada separuh kedua 2018.
Idea untuk menutup syarikat penerbangan itu bagaimanapun telah mencetuskan bantahan pelbagai pihak, termasuk bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAB sendiri, Kapten Izham Ismail.
Syarikat penerbangan nasional itu telah mencatat kerugian sebelum tragedi kehilangan pesawat MH370 dan seterusnya pesawat MH17 yang ditembak jatuh.
Pada 2014, ia mengumumkan pelan pemulihan lima tahun dengan matlamat untuk kembali mencatat keuntungan menjelang 2018.
Bagaimanapun syarikat itu gagal mencapai sasaran itu berikutan persekitaran perniagaan yang mencabar seperti persaingan sengit, kenaikan harga bahan api, kadar pertukaran asing dan kekurangan anak kapal.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 30 2019

KADIR: "Mereka ada pengalaman itu kerana memiliki AirAsia X yang melakukan penerbangan jauh sehingga ke Jeddah serta destinasi lain seperti Jepun, Korea Selatan dan China." - Gambar fail
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

AirAsia bawa 63 juta penumpang dengan faktor beban 89 peratus pada tahun kewangan 2024
Angka itu berbanding 56.99 juta penumpang yang dibawa AirAsia semasa tahun kewangan 2023.

Capital A sedang bincang pembelian pesawat, sebahagian daripada strategi pengembangan
Ditanya mengenai berapa jumlah pesawat baharu yang dirancang untuk dibeli, Fernandes berkata ia bergantung kepada keputusan lembaga pengarah.

Capital A dijangka keluar daripada status PN17 menjelang suku pertama 2025 - Fernandes
Pelan tersebut, antara lain, termasuk pengurangan modal RM6 bilion, namun tidak akan menjejaskan kekerapan penerbangan atau manfaat pekerja.

Burung langgar enjin punca pesawat AirAsia berpatah balik
AirAsia mengesahkan pesawat yang berpatah balik ke Lapangan Terbang Tawau pada Sabtu lalu adalah disebabkan amaran teknikal berkaitan salah satu enjin pesawatnya yang dilanggar burung.

AirAsia tawar 27,000 tiket tambang tetap ke Sabah, Sarawak sempena Tahun Baharu Cina
AirAsia melancarkan 27,000 tiket tambang tetap bagi perjalanan dari Semenanjung Malaysia ke Sabah dan Sarawak sempena sambutan Tahun Baharu Cina tidak lama lagi.

AirAsia bawa lebih 45 juta penumpang setakat ini - Capital A
AirAsia membawa lebih 45 juta penumpang setakat ini, mengekalkan faktor muatan yang tinggi sebanyak 90 peratus, kata Capital A Bhd.

AirAsia pacu KLIA jadi hab mega penerbangan dunia
AirAsia mengukuhkan komitmen untuk memacu keterhubungan ASEAN dan meningkatkan status rantau ini sebagai pusat transit global, setara Dubai.

76 peratus penerbangan menepati waktu yang dijadualkan - Loke
Bagi penerbangan yang menghadapi kelewatan pula sejumlah 90.2 peratus telah ditangguhkan kurang daripada dua jam manakala baki penerbangan ditangguhkan melebihi dua jam.

AirAsia tidak putus asa dapatkan lesen untuk beroperasi di Singapura
"Jangan sekat saya di Singapura," kata Tony Fernandes.

AirAsia kukuhkan rangkaian domestik, tambah 2,000 penerbangan mingguan
AirAsia akan memperluas rangkaian penerbangan domestik di seluruh Malaysia dengan menambah 2,000 penerbangan mingguan dan sejumlah 150,000 tempat duduk bagi 40 laluan utama menjelang akhir tahun ini.