KUALA LUMPUR: AirAsia Malaysia terus memperkukuh komitmennya terhadap Indonesia dengan penyambungan semula perkhidmatannya ke Banda Aceh, Padang dan Pekanbaru dari Kuala Lumpur bermula 1 Okt serta melancarkan perkhidmatan baharu ke Bali (Denpasar) dari Pulau Pinang bermula 20 Okt tahun ini.
Syarikat penerbangan itu berkata ia adalah bukti kukuh komitmen AirAsia kepada kerajaan tempatan wilayah Aceh, Sumatera Barat dan Riau untuk membuka perkhidmatan antarabangsa dari lapangan terbang wilayah utama mereka.
"Perkhidmatan baharu ini juga adalah berikutan permintaan kukuh oleh masyarakat tempatan dari kedua-dua negara yang berkongsi persamaan budaya dan hubungan kekeluargaan serta akan meningkatkan pelancongan dan ekonomi kreatif di wilayah tersebut," katanya dalam satu kenyataan semalam.
Ketua Pegawai Eksekutif Riad Asmat berkata Indonesia ialah pasaran utama syarikat penerbangan itu dan ia berbesar hati untuk kembali terbang ke negara itu dengan melancarkan empat laluan baharu, selain daripada enam laluan sedia.
Ini menjadikan jumlah penerbangan ke Indonesia kepada 66 penerbangan setiap minggu.
"Sebagai kumpulan syarikat penerbangan yang mempunyai rangkaian luas di ASEAN dan Asia Pasifik, bersama syarikat penerbangan AirAsia Indonesia, kami akan terus memainkan peranan dalam membawa pelancong terus ke pelbagai bandar popular dan bandar kedua di Indonesia dan Malaysia.
"Kami teruja untuk menyambung semula bandar-bandar ini ke Kuala Lumpur dan Pulau Pinang, membawa pelancong dari Malaysia, menghubungkan semula keluarga, dan para usahawan," katanya.
Riad berkata kumpulan itu yakin perkhidmatan baharu itu akan popular dan membawa pelbagai kesan limpahan kepada komuniti tempatan menerusi pelbagai impak positif melalui perbelanjaan pelancongan serta meningkatkan peluang pekerjaan.
Penerbangan Kuala Lumpur-Banda Aceh, Kuala Lumpur-Padang, Kuala Lumpur-Pekanbaru dan Pulau Pinang-Bali kini tersedia untuk tempahan bermula dari RM189 untuk tambang termasuk semua sehala di airasia Super App, serta ejen pelancongan konvensional dan dalam talian.
AirAsia Malaysia kini menerbangkan sebanyak 10 laluan ke Indonesia iaitu dari Kuala Lumpur ke Jakarta, Bali, Medan, Makassar, Yogyakarta, Padang, Pekanbaru dan Banda Aceh, serta dari Pulau Pinang ke Jakarta dan Bali dengan rancangan untuk meningkatkan perkhidmatan ke destinasi sedia ada dan baharu selaras dengan permintaan kukuh pada masa hadapan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 04 2022

AirAsia Malaysia kini menerbangkan sebanyak 10 laluan ke Indonesia iaitu dari Kuala Lumpur ke Jakarta, Bali, Medan, Makassar, Yogyakarta, Padang, Pekanbaru dan Banda Aceh, serta dari Pulau Pinang ke Jakarta dan Bali. - Gambar fail
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.

Pengantin perempuan ditampar mentua ketika salam minta restu
HARI bahagia seorang wanita ini bertukar duka setelah dia ditampar oleh ibu mentuanya pada hari pernikahan.

Tourism Perak sertai pameran pelancongan untuk tarik pelancong Indonesia
Pameran pelancongan itu berfungsi sebagai platform bagi agensi promosi pelancongan negeri untuk mempamerkan tawarannya yang pelbagai.

Bagaimana ASEAN boleh mengurangkan kebergantungan kepada dolar AS?
Penyelarasan transaksi rentas sempadana bukan sahaja mengurangkan kebergantungan ASEAN kepada Dolar AS, malah dapat tingkatkan perdagangan serantau, memperkukuh kestabilan ekonomi, dan menjadikan ASEA

Tindakan segera diperlukan di Indonesia, pastikan ruang digital selamat untuk kanak-kanak
Kandungan yang merangkumi keganasan fizikal dan lisan, unsur seksual, maklumat yang mengelirukan dan ucapan kebencian adalah berbahaya.

Lapan maut, empat kritikal selepas minum alkohol tulen di Indonesia
Lapan orang maut manakala empat lagi kritikal selepas meminum alkohol tulen dengan kepekatan 96 peratus di Cianjur, Jawa Barat.

Indonesia rancang had umur untuk platform digital, lindungi kanak-kanak
Indonesia sedang merangka peraturan baharu bagi melindungi kanak-kanak daripada risiko dalam talian, termasuk menetapkan had umur pada platform digital.

Pempengaruh media sosial diingatkan tidak keterlaluan hasilkan kandungan - Fahmi
Pempengaruh media sosial diingatkan untuk berpada-pada dan tidak keterlaluan dalam menghasilkan kandungan semata-mata bagi mendapatkan tontonan, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Gempa bumi sederhana landa Kepulauan Talaud, Indonesia
Satu gempa bumi sederhana berukuran 5.6 pada skala Richter melanda Kepulauan Talaud, Indonesia pada 9.16 malam tadi.

Indonesia tolak sebarang cubaan pindahkan penduduk Palestin secara paksa
Kementerian itu menegaskan, tindakan sedemikian menghalang realisasi penubuhan Negara Palestin yang bebas dan berdaulat seperti diimpikan.

Pembangunan IKN dipantau elak pembaziran kos, perlu fokus banyak projek lain - Menteri
Agus Harimurti Yudhoyono berkata, semua kementerian sedang membuat penyesuaian untuk mengelakkan pembaziran kos.