KUALA LUMPUR:AirAsia Group mensasarkan untuk membuka kira-kira 100 cawangan francais Santan di Malaysia dan luar negara pada suku pertama tahun 2022 sebagai tambahan kepada 15 cawangan yang dimiliki sekarang.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (CEO) Tan Sri Tony Fernandes berkata pengembangan pesat jenama Santan itu dijangka akan meningkatkan pendapatan kumpulan antara 10 hingga 15 peratus dalam tempoh tiga tahun ke depan daripada dua peratus sebagai restoran dalam pesawat ketika ini.
Pengurus Besar Santan, Catherine Goh berkata Santan, jenama restoran pertama di dunia yang menawarkan makanan dalam pesawat di restoran fizikal, dijangka berkembang pesat di Malaysia dengan yuran francais minimum sebanyak RM50,000 berdasarkan saiz kedai.
"Pada masa ini kedai francais berukuran kira-kira 1.000 kaki persegi (92.9 meter persegi) dan ke bawah, dan lokasi yang akan kami pilih adalah kawasan yang mempunyai jumlah pengunjung yang ramai dan juga meliputi jarak penghantaran yang baik," katanya kepada wartawan selepas majlis penyampaian sijil pendaftaran francais di sini hari ini.
Sijil itu disampaikan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Alexander Nanta Linggi, disaksikan timbalannya, Datuk Rosol Wahid dan Ketua Eksekutif Kumpulan AirAsia, Datuk Kamarudin Meranun dan Tony Fernandes.
Goh berkata jenama francais Santan telah mendapat sambutan luar biasa dengan kira-kira 1,000 permohonan diterima setakat ini, dan lima lagi kedai dijangka dibuka pada akhir tahun, ia akan menyediakan peluang pekerjaan untuk pelbagai jawatan daripada pembantu dapur sehingga kakitangan di bahagian pengurusan.
"Tahun ini, kami menumpukan perhatian kepada pengembangan di Lembah Klang untuk menciptakan kesedaran jenama dan sebagai batu loncatan bagi Santan untuk meluaskan rangkaiannya ke seluruh Malaysia.
"Kami yakin bahawa jumlah restoran akan mencapai angka ke-100 menjelang suku pertama 2022, dengan cawangan pertama di Sabah dan Sarawak disasarkan untuk dibuka pada suku pertama 2021," katanya.
Goh berkata kumpulan itu juga sedang melakukan persediaan untuk berkembang di luar negera, dengan sasaran untuk membuka kedai di China dan United Kingdom tahun depan.
Beliau berkata seiring dengan Kempen Beli Produk Malaysia, Santan telah mewujudkan Santan Food dengan sebuah sudut khas disediakan di cawagan utamanya di Mid Valley Megamall untuk menampilkan produk Malaysia yang terbaik termasuk makanan ringan, kopi dan teh buatan tempatan.
Santan telah menjual sekitar 300,000 produk Malaysia di kedainya.
Sementara itu, Nanta dalam ucapannya berkata keselesaan menjalankan perniagaan di bawah model francais diharapkan dapat mendorong lebih banyak pengusaha mengambil peluang perniagan francais itu, seterusnya meningkatkan perniagaan francais yang bernilai RM13 bilion pada tahun 2019 dan ia diunjurkan akan bertambah berlipat ganda pada tahun 2025 .
Beliau berkata Santan adalah salah satu perniagaan tempatan di Malaysia yang telah berkembang pesat pada masa-masa yang mencabar ini di dalam persekitaran pandemik COVID-19, membuktikan bahawa model perniagaan adalah mampan.
"Kami berharap lebih banyak usahawan tempatan memanfaatkan peluang francais dengan Santan, ia bukan hanya akan meningkatkan perniagaan francais tempatan tetapi juga melonjakkan nilai jualan francais menjelang tahun 2025.
Nanta berkata pengembangan Santan di Malaysia akan membantu menjayakan lagi Kempen Beli Produk Malaysia oleh kerajaan yang bertujuan untuk mempromosikan produk tempatan dan meningkatkan ekonomi domestik dengan mendorong pengguna untuk mengutamakan pembelian produk buatan tempatan.
Kempen yang dilancarkan pada bulan Julai tahun ini, memainkan peranan penting dalam memulihkan ekonomi negara dan kerajaan telah menetapkan sasaran jualan tinggi iaitu sebanyak RM513 juta, katanya.
"Dengan pengembangan pesat cawangan francais Santan dan lain-lain, diharapkan ia dapat membantu mencapai sasaran kementerian," tambahnya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 29 2020

Tony berkata pengembangan pesat jenama Santan itu dijangka meningkatkan pendapatan kumpulan antara 10 hingga 15 peratus dalam tempoh tiga tahun ke depan. - AFP PHOTO / MANAN VATSYAYANA

CDU/CSU raih kemenangan besar dalam pilihan raya Jerman
Blok Kesatuan Demokratik Kristian dan Kesatuan Sosial Kristian (CDU/CSU) meraih kemenangan besar dalam pilihan raya Jerman selepas semua kawasan selesai dikira.

Bullish Aim, YTL Communications jalin usaha sama bangunkan infrastruktur fiber generasi baharu
Bullish Aim Group (BA Group) dan YTL Communications Sdn Bhd memeterai usaha sama strategik bagi membangunkan infrastruktur fiber bersama generasi baharu.
AWANI Ringkas: Laporan Ketua Audit Negara
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
2 kanak-kanak maut dalam insiden letupan di Kemboja
Dua kanak-kanak maut dalam insiden letupan rocket-propelled grenade di wilayah Siem Reap, barat laut Kemboja, kata ketua pembersihan periuk api pada Ahad.

Kelayakan Piala Dunia 2026: Indonesia tambah tiga lagi pemain warisan
Indonesia semakin serius apabila tidak putus-putus menandatangani pemain warisan terbaharu bagi menghadapi baki perlawanan pusingan ketiga Kumpulan C Kelayakan Piala Dunia 2026.
Kempen vaksinasi polio besar-besaran di teruskan di Gaza
Tindakan kecemasan ke atas wabak polio di Semenanjung Gaza diteruskan dengan kempen vaksinasi besar-besaran dijadualkan diadakan dari 22 hingga 26 Februari 2025.
Trump yakin konflik akan berakhir awal minggu ini
Jurucakap White House, Karoline Leavitt pada Sabtu berkata Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Russia bagi menamatkan konflik Ukraine. Beliau juga berpandangan krisis yang berlarutan selama tiga tahun itu boleh berakhir seawal minggu ini.

Penerbangan American Airlines dilencongkan ke Rom susulan ancaman bom
Penerbangan 292 berpatah balik menuju ke Lapangan Terbang Fiumicino, Rom ketika berada di ruang udara Laut Caspian.
Zelenskyy sedia undur sebagai presiden demi NATO
Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy sedia berundur daripada jawatannya sebagai pertukaran damai dalam perang oleh Rusia ke atas negaranya selain keanggotaan Ukraine ke dalam NATO.
[TERKINI] Sanusi lepas bebas kes hasutan kait Agong ke-16
Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan menghasut berkaitan kenyataannya mempersoalkan kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai titah Yang di-Pertuan Agong ke-16 Al-Sultan Abdullah berhubung penubuhan kerajaan perpaduan, dua tahun lalu.

CEO FAM: Tokoh korporat paling layak, Tony Fernandes calon sesuai - Penganalisis
Tokoh korporat dilihat sebagai individu paling layak untuk mengisi kerusi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) pertama Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Capital A sedang bincang pembelian pesawat, sebahagian daripada strategi pengembangan
Ditanya mengenai berapa jumlah pesawat baharu yang dirancang untuk dibeli, Fernandes berkata ia bergantung kepada keputusan lembaga pengarah.

Capital A dijangka keluar daripada status PN17 menjelang suku pertama 2025 - Fernandes
Pelan tersebut, antara lain, termasuk pengurangan modal RM6 bilion, namun tidak akan menjejaskan kekerapan penerbangan atau manfaat pekerja.

AirAsia pacu KLIA jadi hab mega penerbangan dunia
AirAsia mengukuhkan komitmen untuk memacu keterhubungan ASEAN dan meningkatkan status rantau ini sebagai pusat transit global, setara Dubai.

Tony Fernandes terima Anugerah Penghargaan Pelancongan Sabah
AirAsia berkata pengiktirafan ini menghargai dedikasi Fernandes terhadap sektor pelancongan negeri sejak dua dekad lepas.

Capital A zahirkan minat beli lapangan terbang di ASEAN
Aviation Services iaitu perkhidmatan penerbangan di bawah Capital A Bhd menzahirkan minat memiliki lapangan terbang di seluruh ASEAN.

Tony Fernandes lanjut kontrak 5 tahun sebagai CEO Capital A
CEO Capital A Bhd Tony Fernandes telah menandatangani kontrak perkhidmatan baharu untuk tempoh lima tahun akan datang.

Pesawat Airbus A321LR jadi pilihan pengembangan armada AirAsia
Fernandes berkata, daripada 362 pesawat A321neo (pilihan enjin baharu), 36 pesawat telah ditukar kepada A321LR (jarak jauh).

Thailand, AirAsia bincang tambah perjalanan udara
Thailand merancang menambah penerbangan keluar dan masuk yang menghubungkan bandar utama dan bandar lain bagi merangsang ekonomi.

Capital A cadang lupus perniagaan penerbangan kepada AirAsia X
Tony Fernandes berkata langkah strategik itu bertujuan memperkemas operasi kumpulan itu dan memudahkan penilaian berteraskan perniagaan.