KUALA LUMPUR: Penyedia perkhidmatan dalam penerbangan, Santan memperkenalkan Nasi Lemak Pak Nasser Terpaling Istimewa (Double Special), hidangan ikonik yang kini bersaiz dua kali ganda berbanding asal.
Menurut kenyatan yang dikeluarkan AirAsia, tawaran ini memberikan kegembiraan dan kepuasan berganda untuk semua peminat nasi lemak ini.
"Di atas permintaan yang memberangsangkan pelanggan setia AirAsia, Santan telah menggandakan saiz Nasi Lemak Pak Nasser tanpa menjejaskan rasa hidangan ikonik ini.
"Setiap suapan kini menawarkan kuantiti berganda rendang ayam, sambal dan telur rebus dilengkapi dengan kacang tanah serta ikan bilis digoreng rangup yang mentakrifkan hidangan klasik kegemaran Malaysia ini.
"Bukan itu sahaja, setiap hidangan Nasi Lemak Pak Nasser Terpaling Istimewa ini didatangkan dengan elemen tambahan sate ayam yang lazat, menjadikannya satu set yang amat berbaloi dan mengenyangkan, namun untuk masa terhad sahaja," tambahnya.
Nasi Lemak Pak Nasser Terpaling Istimewa ini dijual pada harga RM23 untuk penerbangan AirAsia Malaysia (kod penerbangan AK) dan RM30 untuk penerbangan AirAsia X (kod penerbangan D7).
Sempena bulan Ramadan yang mulia ini juga, Santan teruja memperkenalkan satu set istimewa yang dinamakan 'Bazar Santan di Langit'.
"Ia adalah sebuah kombo yang mengandungi Nasi Lemak Pak Nasser Terpaling Istimewa, pilihan minuman sejuk yang menyegarkan dan pilihan kuih tradisional yang lazat (Bingka Ubi atau Tepung Pelita), dan kurma segar.
"Semuanya disajikan dalam sebuah kotak bawa pulang edisi terhad yang menarik. Dengan tambahan hanya MYR5, tetamu boleh menikmati set istimewa ini yang menawarkan nilai terbaik dan mengenyangkan," katanya.
Pengurus Besar Santan, Catherine Goh berkata, mereka komited untuk terus berinovasi dan meningkatkan tawaran, menggembirakan pelanggan AirAsia yang dihargai merangkumi bukan sahaja rakyat Malaysia, malah pengembara serata dunia.
"Tahun lalu, kami memperkenalkan Nasi Lemak Pak Nasser berasaskan tumbuhan (vegetarian) yang telah mendapat sambutan baik dan terus menjadi salah satu item terlaris dalam menu kami.
"Selain itu, pada tahun 2022, kami menawarkan 'Ais Krim Nasi Lemak,' yang menjadi satu pencuci mulut sensasi," jelas Catherine.
Tambah Catherine, Santan berhasrat menawarkan satu lagi varian nasi lemak dan mempertahankan reputasi mereka sebagai penyedia nasi lemak terbaik, di darat dan di angkasa.
Dalam pada itu, para pelanggan digalakkan untuk membuat tempahan makanan dalam talian sebelum penerbangan untuk memastikan pilihan anda tersedia pada hari penerbangan, sekali gus akan dilayan lebih awal.
Semua hidangan Santan disahkan Halal, dihasilkan dan dibungkus secara bersih, mematuhi piawaian keselamatan makanan yang ketat.
Nabilah Khaleeda
Fri Mar 22 2024
![AirAsia tawar menu nasi lemak dua kali saiz AirAsia tawar menu nasi lemak dua kali saiz](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/81711066101_AirAsia.jpg)
Santan memperkenalkan Nasi Lemak Pak Nasser Terpaling Istimewa (Double Special), hidangan ikonik yang kini bersaiz dua kali ganda berbanding asal.
![AGC fail notis usul, mahu rayu keputusan kes Titah Adendum ke Mahkamah Persekutuan AGC fail notis usul, mahu rayu keputusan kes Titah Adendum ke Mahkamah Persekutuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71737105069_NajibRazak.jpg)
AGC fail notis usul, mahu rayu keputusan kes Titah Adendum ke Mahkamah Persekutuan
Notis itu berdasarkan premis percanggahan dalam tafsiran undang-undang, dan kepentingan isu undang-undang di bawah Perlembagaan Persekutuan.
![Populasi Harimau Malaya tunjuk perkembangan positif - Nik Nazmi Populasi Harimau Malaya tunjuk perkembangan positif - Nik Nazmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738741828_NikNazmiNikAhmad.jpg)
Populasi Harimau Malaya tunjuk perkembangan positif - Nik Nazmi
Jumlah populasi Harimau Malaya (Panthera Tigris Jacksoni) di negara ini menunjukkan perkembangan yang positif.
[TERKINI] Op Sky: Tiga selebriti hadir ke SPRM esok
Tiga selebriti akan hadir memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Khamis, bagi membantu siasatan membabitkan sindiket syarikat perunding kewangan.
![Hampir 50 peratus bakal jemaah haji setuju terima tawaran haji setakat ini Hampir 50 peratus bakal jemaah haji setuju terima tawaran haji setakat ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718838127_MohdNaimMokhtar.jpg)
Hampir 50 peratus bakal jemaah haji setuju terima tawaran haji setakat ini
Hampir 50 peratus daripada 31,600 bakal jemaah haji telah bersetuju dan selesai menjawab tawaran haji bagi musim 1446H/2025M, setakat 27 Jan lepas.
Khazanah catat keuntungan RM5.1 bilion
Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) mencatat keuntungan operasi sebanyak RM5.1 bilion bagi tahun kewangan 2024, berbanding RM5.9 bilion pada 2023.
Gencatan Senjata: Sengasara rakyat Palestin mencari sesuap makanan, seteguk air bersih
Penduduk Palestin di Jabalia menyuarakan kesukaran untuk mendapatkan bekalan makanan dan air bersih ketika bantuan kemanusian sukar mencapai kawasan berkenaan yang telah musnah akibat serangan Israel.
![Op Sky: Tiga selebriti hadir ke SPRM esok Op Sky: Tiga selebriti hadir ke SPRM esok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51731742624_tbAzamBaki.jpg)
Op Sky: Tiga selebriti hadir ke SPRM esok
Tiga selebriti akan hadir memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Khamis, bagi membantu siasatan membabitkan sindiket syarikat perunding kewangan.
![67 mayat mangsa nahas helikopter-pesawat di Washington D.C. ditemukan 67 mayat mangsa nahas helikopter-pesawat di Washington D.C. ditemukan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738646043_tbcollisionBlackH.jpg)
67 mayat mangsa nahas helikopter-pesawat di Washington D.C. ditemukan
Pasukan penyelamat berjaya menemukan kesemua 67 mayat mangsa yang terkorban dalam insiden membabitkan sebuah helikopter dan pesawat penumpang di Washington D.C. minggu lalu.
![Parlimen: KKM lakukan kajian awal penggunaan AI dalam saringan kesihatan Parlimen: KKM lakukan kajian awal penggunaan AI dalam saringan kesihatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738741845_LukanismanAwangSau.jpg)
Parlimen: KKM lakukan kajian awal penggunaan AI dalam saringan kesihatan
Kecerdasan buatan (AI) mempunyai potensi besar untuk digunakan dalam sistem kesihatan negara terutamanya dapat mempercepatkan aspek saringan dan diagnostik.
KESUMA, PERKESO dapatkan maklumbalas dengan pemegang taruh
Pihak Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) melalui Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) telah mengadakan sesi libat urus bersama para pemegang taruh bagi mendapatkan maklum balas berkenaan dengan cadangan pelaksanaan Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK).
![Harga santan cecah RM16 sekilogram Harga santan cecah RM16 sekilogram](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/81732237253_santan.jpg)
Harga santan cecah RM16 sekilogram
Peniaga mengakui terpaksa menaikkan harga santan sehingga RM2 berikutan berlaku kenaikan harga kelapa di peringkat pembekal.
![Pengumuman hari raya Isnin, orang ramai serbu kedai ayam, santan Pengumuman hari raya Isnin, orang ramai serbu kedai ayam, santan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/61651452850_TBserbukedai.jpg)
Pengumuman hari raya Isnin, orang ramai serbu kedai ayam, santan
Antaranya Pasar Ayam berdekatan Pasar Besar Jerantut turut diserbu orang ramai.
![Bazar Ramadan: 122 sampel dianalisis pastikan kualiti makanan Bazar Ramadan: 122 sampel dianalisis pastikan kualiti makanan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/81649892112_JKNT.jpg)
Bazar Ramadan: 122 sampel dianalisis pastikan kualiti makanan
Sampel yang diambil itu membabitkan menu yang menggunakan santan, aneka kerabu dan sebagainya.
![Kilang proses kelapa, mi meloyakan diarah tutup sementara Kilang proses kelapa, mi meloyakan diarah tutup sementara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/81600333247_mikelapa.jpg)
Kilang proses kelapa, mi meloyakan diarah tutup sementara
Ketika diserbu, pegawai kesihatan mendapati keadaan persekitaran kilang yang beroperasi tanpa lesen itu amat kotor dan meloyakan.
![Santan, jenama menu dalam penerbangan AirAsia perkenal e-Bazar Ramadan Santan, jenama menu dalam penerbangan AirAsia perkenal e-Bazar Ramadan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-04/71586429461_santan.jpg)
Santan, jenama menu dalam penerbangan AirAsia perkenal e-Bazar Ramadan
Santan, jenama menu dalam penerbangan AirAsia memperkenalkan inisiatif digital dengan melancarkan e-bazar Ramadan di santan.com.my mulai 23 April hingga 23 Mei ini bagi membantu peniaga mikro, kecil d
![Lemang sushi diangkat produk pelancongan wajib cuba di Kuala Pilah Lemang sushi diangkat produk pelancongan wajib cuba di Kuala Pilah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-02/81582167026_jpg.jpg)
Lemang sushi diangkat produk pelancongan wajib cuba di Kuala Pilah
Pengusahanya, Zuriati Sulaiman, 52, berkata lemang sushi merupakan cetusan idea suaminya Azizi Abd Muin, 55, empat tahun lalu selepas menjual serunding sejak tahun 2005 lagi.
![Permintaan kelapa, santan meningkat menjelang Hari Raya Permintaan kelapa, santan meningkat menjelang Hari Raya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-06/61559358546_SantanKelapa.jpg)
Permintaan kelapa, santan meningkat menjelang Hari Raya
Permintaan kelapa dan santan pada musim perayaan meningkat kepada 300 tan daripada 150 tan pada hari biasa.
![Bubur lambuk perkukuh semangat kejiranan, NGO dan PBT - YBIM Bubur lambuk perkukuh semangat kejiranan, NGO dan PBT - YBIM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-05/71557651424_PenaungPantas.jpg)
Bubur lambuk perkukuh semangat kejiranan, NGO dan PBT - YBIM
Edaran bubur lambuk dilihat antara platform yang memperkukuh semangat kejiranan selain mengeratkan persaudaraan sesama mereka dalam bulan Ramadan.