TINGGAL beberapa hari lagi dan khalayak di Kuala Lumpur akan menyaksikan konsert ulung 'Padi Reborn Exclusive Live In KL'.
Selain kumpulan Pitahati yang terkenal dengan lagu Sahabat akan membuka acara konsert yang dibawakan oleh Qew Communications Sdn Bhd ini, pihak penganjur juga turut berbesar hati mengundang dua lagi nama pemuzik yang bakal memeriahkan konsert tersebut.
Aizat Amdan yang kini popular dengan Sampai Ke Hari Tua akan muncul sebagai penyanyi undangan yang akan berduet dengan Padi Reborn. Buat penyanyi berusia 27 tahun ini, undangan ini merupakan sebuah penghargaan buat dirinya.
Merupakan salah seorang peminat lagu-lagu Padi, Aizat mahu pun penganjur masih merahsiakan lagu yang bakal dipersembahkan oleh mereka. Ini merupakan salah satu unsur gimik yang bakal disaksikan dalam konsert yang akan berlangsung pada 30 Jun ini bermula 8 malam di KL Live Centre, Kuala Lumpur.
Manakala pemuzik cilik iaitu pemain dram, Amira Syahira juga dijemput oleh pihak penganjur untuk menambahkan lagi keriuhan konsert ini nanti. Amira merupakan salah seorang pemain dram yang kini mendapat perhatian khalayak kerana kebolehannya akan menunjukkan kehebatannya di malam itu nanti apabila bergabung dengan Yoyo Prasetyo yang merupakan antara pemain dram terbaik Nusantara dari Padi Reborn.
Sudah tentunya untuk Amira yang kini berusia 15 tahun, ini merupakan sebuah platform yang baik untuk dirinya memperkembangkan bakat dan menonjolkan skil yang ada pada dirinya.
Berita baik lagi buat peminat Padi Reborn yang belum mendapatkan tiket konsert ini. Pihak penganjur sangat prihatin dengan musim perayaan yang menuntut pelbagai komitmen.
Bagi peminat, buytickets.com.my menawarkan harga promosi untuk para peminat Padi Reborn.
Harga tiket platinum dijual pada harga RM169 manakala tiket Meet and Greet boleh didapati pada harga RM275. Manakala mereka yang membeli dua tiket platinum akan diberi harga promosi RM299 untuk sepasang tiket.
Para pelajar yang berminat untuk menonton konsert ini pula boleh menghubungi pihak Qew Communications Sdn Bhd di talian 013-4626891 (Sha) dan 012-9545434 (Iza) untuk mendapat tiket pelajar pada harga RM130 dibawah program tanggungjawap sosial korporat (CSR).
Segala aktiviti dan promosi berkaitan konsert ini boleh didapati di laman Facebook Padi Reborn Exclusive in KL atau Facebook Qew Comm.
Gempak
Fri Jun 22 2018

Tinggal beberapa hari lagi dan khalayak di Kuala Lumpur akan menyaksikan konsert ulung 'Padi Reborn Exclusive Live In KL'. - Sumber foto Astro GEMPAK

AirAsia pindahkan perkhidmatan domestik di LTSAAS ke KLIA T2 berkuat kuasa 7 April
Ia bertujuan untuk mengoptimumkan kecekapan operasi berikutan meningkatnya permintaan.

Nazir Razak seru ASEAN jadikan ekonomi serantau realiti, melangkaui retorik
Pemimpin korporat menggesa ASEAN untuk mengukuhkan dirinya sebagai hab perdagangan dan pelaburan yang kukuh di tengah-tengah ketegangan ekonomi global yang semakin meningkat.

Trafik penumpang udara Malaysia melonjak, catat 9.2 juta penumpang pada Januari - MAVCOM
MAVCOM mengumumkan prestasi trafik penumpang udara Malaysia bagi Januari 2025 yang mencatatkan 9.2 juta penumpang.

Bekas kakitangan Teresa Kok disiasat SPRM
Teresa terkejut apabila mendapat tahu dua bekas pembantunya dipanggil untuk memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.

Shahidan sedia pertahan jawatan Presiden KOM
Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) Datuk Seri Shahidan Kassim mengesahkan akan mempertahankan jawatan nombor satu badan induk itu dalam pemilihan kepimpinan yang dijadualkan pada 15 Jun depan.

Rumah, dua kereta musnah dijilat api di Kuala Kangsar
Dalam kejadian kira-kira 5.56 petang itu, rumah terbakar 90 peratus, manakala dua kereta masing-masing terbakar 70 peratus dan 40 peratus.

Tiga rumah terjejas dalam kebakaran sebelum buka puasa di Tawau
Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, beberapa penghuni yang sibuk menyediakan hidangan berbuka puasa tidak sempat menyelamatkan barang-barang penting mereka.

Piala Esports Malaysia 2025 janji saingan sengit pasukan terbaik MLBB
Kejohanan itu diadakan dengan sokongan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta Liga Profesional MLBB (MPL) Malaysia.

KBS tingkat usaha tangani isu penyalahgunaan dadah dalam kalangan belia
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mempergiatkan usaha menangani isu sosial dalam kalangan belia terutama berkaitan penyalahgunaan dadah.

4 termasuk seorang penjaja wanita ditahan serang pegawai DBKL
Polis menahan empat penjaja termasuk seorang wanita melibatkan dua kes serangan berasingan ke atas pegawai penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), pada Rabu.

COVID-19: Tolong duduk di rumah! - Selebriti tempatan ajak rakyat Malaysia prihatin keadaan semasa
Selebriti tanah air ajak rakyat segenap lapisan supaya menuruti gesaan kerajaan agar duduk di rumah bagi membantu bendung COVID-19.