SEREMBAN: Bekas pensyarah yang merupakan pengasas ajaran 'Asmaul Husna' dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Syariah di sini pada Selasa atas pertuduhan menyebarkan ajaran salah kepada masyarakat Islam di kediamannya di Kuala Pilah.
Tertuduh Wan Maseri Wan Mohd, 59, bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Ruzita Ramli selepas kertas pertuduhan dibacakan.
Mengikut pertuduhan, tertuduh telah menyebarkan ajaran salah kepada sekumpulan orang Islam dengan menyatakan antara lainnya bahawa dirinya merupakan 'Jurutaip Allah' dan roh manusia adalah daripada 'Zat Allah' dan segala tindakannya adalah berdasarkan arahan terus dari Allah.
Kesalahan itu dilakukan pada 27 Februari 2023, jam 9.45 pagi di sebuah rumah di Kampung Nuri Balai Panjang, Johol, Kuala Pilah.
Berikutan itu tertuduh didakwa telah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 52 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992 pindaan 2019, sabit kesalahan boleh dihukum dengan denda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua- duanya.
Timbalan Ketua Pendakwa Syarie, Rohaizad Redzuan memohon mahkamah mengenakan hukuman berat terhadap tertuduh dengan seorang penjamin dari kalangan penjawat awam.
"Kes ini telah diketahui secara umum dan meluas bahawa fahaman ajaran ini telah tersebar melalui media sosial dan pengakuan taubat secara rasmi telah dibuat tertuduh melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)," katanya.
Wan Maseri yang tidak diwakili peguam merayu supaya jumlah jaminan dikurangkan kepada RM4,000.
Mahkamah kemudian menetapkan jaminan RM4,500 dengan seorang penjamin merupakan penjawat awam dan 4 April depan jam 9 pagi tarikh perbicaraan.
Sebelum ini Sinar Harian melaporkan wanita terbabit bersama 17 pengikutnya ditahan di kediamannya di Johol, Kuala Pilah pada Isnin ketika sedang menyampaikan 'kuliah'.
Kesemua yang ditahan merupakan wanita berusia antara 20 tahun hingga 60 tahun yang kebanyakannya merupakan suri rumah dan tinggal di luar Negeri Sembilan. -- Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Feb 28 2023
Wan Maseri kelihatan tenang di mahkamah. - Foto Sinar Harian
Pengurusan taman tema dipanggil setelah laporan penuh dibentang - Amirudin
Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata pertemuan itu juga mungkin melibatkan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) setelah maklumat penuh diperoleh.
EU laksana had sekatan penggunaan AI
Keperluan baharu untuk mengawal selia penggunaan kecerdasan buatan (AI) mula dikuatkuasakan di Kesatuan Eropah (EU) pada Ahad dengan pelaksanaan Akta AI EU.
Penggiliran kerja petugas kaunter dilaksana secara berfasa
Pelaksanaan sistem penggiliran kerja bagi penjawat awam yang telah berkhidmat lebih lima tahun di kaunter perkhidmatan telah dilaksanakan bermula Januari 2025 secara berfasa.
ASEAN: Anwar adakan pertemuan dengan Thaksin dan George Yeo
Dalam pertemuan tersebut, pelbagai isu penting serantau dibincangkan termasuk situasi di Myanmar serta pembangunan mata wang kripto.
Tiga ditahan susulan dua kes rogol berasingan
Polis menahan tiga lelaki termasuk warga emas bagi membantu siasatan bersabit dua kes rogol berasingan di Jeram, Kuala Selangor semalam.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 2 Februari 2025.
Ahmad Fadzli dilantik Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor baharu
Pegawai Kewangan Negeri Selangor Datuk Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baharu berkuat kuasa esok.
Ratusan teruja saksi tayangan mempersona di Casa Batllo
Tayangan pemetaan video digital di bangunan Casa Batllo di Barcelona, Sepanyol menarik kehadiran ramai pengunjung pada Ahad. Artis Itali, Quayola mempersembahkan karya dikenali Arborescent itu, sebagai dedikasi kepada keindahan alam semula jadi.
Penerbangan Learjet 55 hanya kurang seminit sebelum menjunam
Penerbangan pesawat perubatan Learjet 55 yang terhempas di kawasan kejiranan di Philadelphia disahkan hanya kurang dari seminit. Perkara itu seperti disahkan penyiasat dari Badan Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan, Rick Hicks dalam sidang media pada Ahad. Katanya, pesawat itu hanya mencapai ketinggian 1,500 kaki sebelum ia menjunam dan terhempas.
R Stromlinienwagen dibida pada harga 51.55 juta euro
Kereta lumba jenis Mercedes (W196 R Stromlinienwagen) berjaya dijual pada harga 51.55 juta euro dalam satu majlis bidaan di Jerman pada Sabtu. Kereta lumba berwarna silver itu, salah satu daripada empat yang ada di dunia.
Melaka kesan cubaan sebar ajaran 'The Ahmadi'
Kerajaan negeri menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa yang berlangsung pada 3 Oktober tahun lalu juga telah fatwa ajaran itu sebagai sesat dan menunggu untuk diwartakan tidak lama lagi.
Tuanku Muhriz mahu tindakan tegas terhadap pihak menyimpang daripada Islam
Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir mahu supaya tindakan tegas diambil terhadap mana-mana pihak yang menyimpang daripada ajaran Islam sebenar.
Tiga lelaki, lima wanita didakwa berkaitan ajaran "Tuhan Harun"
Lapan individu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam hari ini atas pertuduhan berkaitan ajaran sesat "Tuhan Harun".
Lapan orang termasuk pesara kerajaan aktif ajaran sesat Millah Abraham ditahan
Ada dalam kalangan yang ditahan mengaku sudah beberapa tahun tidak menunaikan solat fardu lima waktu sehari dan solat Jumaat.
Johor negeri terbaharu fatwakan GISB sesat, menyeleweng
Johor menjadi negeri terbaharu memfatwakan ajaran, pegangan dan fahaman GISB sebagai sesat selaras ketetapan Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan.
Tiada keperluan mendesak fatwakan GISB sesat di Terengganu - Mufti
Mohamad Sabri berkata, pihaknya akan mendapatkan penjelasan daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia terlebih dahulu mengenai isu tersebut.
Pesara bomba dipenjara enam bulan, denda RM4,500 ajar anak ajaran salah
Dia didakwa mengajar bahawa Abdullah Hashim adalah Imam Mahdi ketiga dan menyatakan al-Quran ditokok tambah oleh Saidina Umar, serta mengizinkan perkahwinan adik-beradik secara biologi.
JHEAINS tahan tiga beranak disyaki pengikut ajaran Ahmadi Religion
Suspek ialah sepasang suami isteri masing-masing berusia lingkungan 50 hingga 60 tahun dan anak perempuan mereka yang berumur lewat 20-an.
Lapan ajaran sesat dipantau, 12 dalam risikan - Zulkifli Hasan
Jakim akan terus memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh akidah dan pegangan umat Islam, termasuk ahli-ahli GISB.
Status fahaman GISB Wilayah Persekutuan dimuktamad Khamis ini - Mufti
Beliau berkata perkara itu akan dibincang dan dimuktamadkan dalam mesyuarat fatwa Wilayah Persekutuan.