Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan membuka cawangan-cawangan Akademi Pilihan Raya (APR) di peringkat zon atau negeri pada masa akan datang supaya masyarakat lebih memahami fungsi SPR dan hal-hal berkaitan pilihan raya.
Pengerusinya Tan Sri Mohd Hashim Abdullah berkata akademi itu tidak lagi hanya memberikan kursus kepada petugas SPR sahaja, sebaliknya telah turun padang di seluruh negara bagi memberi penjelasan kepada masyarakat pelbagai peringkat mengenai proses pilihan raya.
"Kita di SPR akan memperkasa akademi ini dan akan memberi pendedahan kepada masyarakat khususnya generasi muda mengenai perjalanan pilihan raya, bagaimana persempadanan itu dibuat, bagaimana pendaftaran (pemilih) dibuat.
"Ini supaya pada suatu ketika masyarakat sudah tidak asing lagi dengan proses pilihan raya dan apa yang dijalankan SPR secara berterusan," katanya ketika ditemu bual hos Shuhaimi Mohamed dalam program Sesi Khas Bersama SPR yang disiarkan di TV1, malam tadi.
APR dilancarkan pada 2007 dengan objektif utama untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pegawai dan kakitangan SPR serta petugas-petugas pilihan raya dan parti-parti politik selain meningkatkan kesedaran kepentingan penglibatan dalam pilihan raya kepada penduduk Malaysia, khasnya para penuntut dan pemilih berdaftar.
APR turut turun padang untuk memberi penerangan kepada petugas media berhubung perjalanan sistem pilihan raya di negara ini serta tatacara membuat liputan sepanjang pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
Pada taklimat berkenaan, akademi itu turut melakukan simulasi senario proses pengundian dan pengiraan undi yang dilakukan sepenuhnya di pusat mengundi di seluruh negara pada hari pengundian.
Sementara itu, Mohd Hashim berkata pihaknya telah mengemukakan permohonan kepada Jabatan Perdana Menteri bagi menggunakan kuarters kerajaan yang tidak lagi digunakan untuk diubah suai sebagai tempat mengadakan kursus yang dikendalikan APR.
“Kuarters itu di Kuala Lumpur dan kita akan jadikan tempat itu sebagai tempat kita memberi latihan sebanyak mungkin kepada masyarakat, ” kata beliau.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 29 2018

Mohd Hashim berkata SPR telah mengemukakan permohonan kepada Jabatan Perdana Menteri bagi menggunakan kuarters kerajaan yang tidak lagi digunakan untuk diubah suai sebagai tempat mengadakan kursus yang dikendalikan APR. - Gambar fail

Jenazah Allahyarham Ishsam akan dibawa balik ke Ipoh selepas bedah siasat
Jenazah ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin akan dibawa pulang ke rumahnya di Desa Seri Ampang, Ipoh, selepas selesai urusan bedah siasat.
Kerajaan peruntuk RM869 juta untuk RMT tahun ini - Wong
Sejumlah RM869 juta diperuntukkan kerajaan untuk program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) tahun ini bagi membantu pelajar yang tergolong dalam kategori miskin tegar.
PM akui prestasi Kabinet tidak sempurna
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui prestasinya ahli Kabinet tidak begitu sempurna dan masih mempunyai ruang untuk penambahbaikan.
Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri ini direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.
Polis Pulau Pinang sahkan ADUN Ayer Kuning meninggal dunia petang tadi
ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, 59, meninggal dunia setelah tidak sedarkan diri selepas perlawanan bola sepak persahabatan di Stadium Bandaraya di George Town, Pulau Pinang pada Sabtu.

Isu peruntukan pembangkang: Tidak pernah ada syarat perlu sokong saya - PM Anwar
Anwar berkata tidak pernah ada sebarang syarat yang menetapkan Ahli Parlimen pembangkang perlu menyokong beliau bagi mendapatkan peruntukan.

Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri Pulau Pinang direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.

Malaysia buka jalur baharu dengan negara berkembang, perluas skop dagangan negara - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perubahan dalam landskap geopolitik dunia pada masa ini memerlukan penyesuaian dalam strategi perhubungan antarabangsa.

Kerajaan Persekutuan, Sarawak akan perinci skop kerjasama Petronas-Petros - PM Anwar
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).
AWANI Ringkas: Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Undi18: SPR pertingkat inisiatif 'celik demokrasi' pengundi muda
APR telah melaksanakan program pendidikan pengundi untuk memberikan pemahaman mengenai proses pilihan raya yang dijalankan di Malaysia.

Akademi Pilihan Raya akan diperkasa - SPR
Akademi itu tidak lagi hanya memberikan kursus kepada petugas SPR sahaja, sebaliknya telah turun padang di seluruh negara bagi memberi penjelasan kepada masyarakat pelbagai peringkat.

Kesedaran orang ramai mendaftar sebagai pengundi masih rendah - Pengerusi SPR
Kesedaran orang ramai mengenai kepentingan untuk mendaftar sebagai pemilih masih rendah.