Industri media cetak di negara ini masih mempunyai masa hadapan meskipun ketika ini berhadapan dengan keadaan suram dari segi jualan dan pengiklanan selain terpaksa menghadapi persaingan hebat daripada platform digital.
Mengambil contoh penerbitan akhbar di negara luar, bekas Pengarah Pemasaran Kumpulan NSTP, Prof (B) Abdul Rahim Mohd Saleh yang yakin akhbar di negara ini mampu kekal berdaya saing, berkata pada sekitar tahun 1920 sehingga 1950, akhbar berdepan pelbagai cabaran daripada radio, industri perfileman dan televisyen, untuk mengekalkan pendapatannya.
"Pendapatan akhbar dari segi jualan dan iklan mulai turun merundum pada tahun 20-an tetapi akhbar bertahan juga, dapat hidup sehingga tahun 30-an dan dapat mengatasi kewujudan radio.
"Akhbar kemudian dicabar pula oleh industri filem pada tahun 30-an dan untuk kekal, akhbar telah terbit ruangan filem yang mengetengahkan filem-filem yang diterbitkan dan mempopularkan seniwati dan seniman Hollywood dan akhbar kembali laris.
"Pada tahun 50-an datang pula televisyen dan pendapatan akhbar sekali lagi merundum tetapi akhbar menyambut cabaran itu dengan melakukan seperti mana dilakukan untuk filem sehinggalah akhbar maju sehingga tahun 80-an," katanya di sini, hari ini.
Beliau, yang juga bekas pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) berkata demikian dalam program Dialog Krisis dan Masa Hadapan Akhbar di Malaysia dianjurkan Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dengan kerjasama Institut Akhbar Malaysia (MPI) di sini.
Program dua jam itu dihoskan bekas Pengarang Kumpulan Berita Harian, yang juga Karyawan Tamu FKP, Datuk Mior Kamarulbaid Mior Shahid selaku moderator manakala Abdul Rahim, Pengarang Utusan Malaysia, Datuk Zulkefli Hamzah dan Editor Malaysia Indicator, Sosongko Yudho sebagai ahli panel.
Mengulas lanjut, Abdul Rahim berkata, untuk kelangsungan, setiap organisasi akhbar mestilah membangunkan industri baharu seperti mana yang dilakukan akhbar Kosmo! yang menumpukan kepada industri Umrah Travel dan setakat ini berjaya mendapat pengiklanan daripada tiga syarikat pengiklan yang besar.
"Jadi kalau akhbar-akhbar boleh melihat industri baharu, binalah supaya anda boleh membangun bersama mereka," katanya.
Sementara itu, Zulkefli berkata kewujudan industri digital bukan sahaja mengganggu industri akhbar, bahkan semua industri.
"Jika dahulu, bank adalah antara institusi yang banyak mengiklan kepada akhbar dan 10 tahun kebelakangan ini mereka tidak lagi mengiklan dalam akhbar kerana mereka telah ada instrumen atau platform mereka untuk berhubung dengan pelanggan mereka. Jadi akhbar sudah menjadi tidak relevan kepada mereka.
"Sejak lima tahun kebelakangan ini, kerana kedatangan digital itu semakin meluas, orang sudah bertukar cara membaca," katanya sambil menambah bahawa industri media cetak kini bertungkus lumus mencari model perniagaan baharu yang lebih mampan untuk menyaingi gelombang digital. - BERNAMA
Bernama
Fri Sep 20 2019
![Akhbar di Malaysia masih ada masa depan - bekas pensyarah Akhbar di Malaysia masih ada masa depan - bekas pensyarah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-09/51442114055_akhbar.jpg)
Industri penerbitan akhbar mempunyai masa hadapan meskipun ketika ini berhadapan dengan keadaan suram dari segi jualan dan pengiklanan. - Gambar hiasan
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Ramai kakitangan Pentagon dijangka diberhentikan - Laporan
Pentagon dijangka memberhentikan kakitangan mereka bermula minggu ini, sebagai sebahagian daripada inisiatif penjimatan kos, memetik satu laporan semalam.
7 maut dibunuh akibat diserang di Balochistan
Menurut pihakberkuasa Pakistan, kejadian itu berlaku ketika bas berkenaan dalam perjalanan ke Wilayah Punjab timur dari bandar Quetta
Pengawasan udara Filipina di Laut China Selatan sah
Pengawal Pantai Filipina pada Rabu mempertahankan tindakan mereka melakukan pengawasan udara di Laut China Selatan.
Prabowo Ganti Menteri Pendidikan Tinggi dalam Rombakan Kabinet Pertama
Prabowo menggantikan Satro Soemantri Brodjonegoro dalam rombakan kabinet pertamanya sejak memegang jawatan.
Minat pada burung buka ruang jana pendapatan
Taleb menubuhkan sebuah pusat perlindungan dengan hanya beberapa ekor burung pada tahun 2019, sebelum memutuskan untuk mengembangkan menjadi sebuah perniagaan di Basra, Iraq.
Rombakan Kabinet reaksi Prabowo terhadap kegusaran rakyat
Rombakan Kabinet oleh Presiden Indonesia, Prabowo Subianto dilihat sebagai tindak balas kepada situasi sosio-ekonomi masyarakat, khususnya dalam kalangan pelajar yang menentang cadangan untuk menaikkan yuran pengajian.
Peranan wanita mampu ubah industri, beri inspirasi
Ahmad Zahid berkata, sumbangan berterusan wanita dalam sektor korporat bukan sahaja membentuk semula industri tetapi juga memberi inspirasi kepada generasi baharu untuk mengejar cita-cita mereka.
Johor rangka pelan induk dijangka dimuktamadkan Jun ini
Kerajaan Johor sedang merangka pelan induk Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) dan dijangka dimuktamadkan Jun ini.
PM Anwar gesa sarjana Islam, intelektual bersatu demi Palestin dan Syria
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa para sarjana dan intelektual dunia Islam untuk bersatu menentang perpecahan mazhab, serta mengambil tindakan konkrit dalam menyokong Palestin dan Syria.
![Adex akhbar 2Q24 merosot ke paras terendah, kini tinggal 12.2% bahagian pasaran - Kenanga Research Adex akhbar 2Q24 merosot ke paras terendah, kini tinggal 12.2% bahagian pasaran - Kenanga Research](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721447349_suratkhabar.jpg)
Adex akhbar 2Q24 merosot ke paras terendah, kini tinggal 12.2% bahagian pasaran - Kenanga Research
Menurut firma penyelidikan itu, pada suku pertama 2016 (1Q16), adex untuk akhbar pernah mencecah 52.5% bahagian pasaran.
![Media cetak mampu bertahan untuk tempoh sedekad lagi atau lebih - Wartawan veteran Media cetak mampu bertahan untuk tempoh sedekad lagi atau lebih - Wartawan veteran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2017-11/71510818084_newspaper.jpg)
Media cetak mampu bertahan untuk tempoh sedekad lagi atau lebih - Wartawan veteran
Aspek mampu bertahan yang dimiliki akhbar amat penting berbanding sifat tidak kekal kewartawanan dalam talian.
![New Sabah Times melabuhkan tirai New Sabah Times melabuhkan tirai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/71607443475_NewSabahTimes.jpg)
New Sabah Times melabuhkan tirai
Penurunan mendadak dalam edaran akhbar dan hasil iklan adalah sebab utama penutupan syarikat itu.
![Pembaharuan Utusan Malaysia perlu seiring keperluan semasa - Penganalisis Pembaharuan Utusan Malaysia perlu seiring keperluan semasa - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-10/81570681387_TBUTUSANLAST.jpg)
Pembaharuan Utusan Malaysia perlu seiring keperluan semasa - Penganalisis
Sivamurugan berkata, perkara tersebut penting bagi memastikan akhbar tersebut boleh diterima sekali gus menjadi media pilihan golongan muda.
![KLWBC2020: Akhbar dan sastera KLWBC2020: Akhbar dan sastera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-03/41583411148_KLWBC.jpg)
KLWBC2020: Akhbar dan sastera
Penganjur aktiviti sastera dan bahasa juga wajar menyediakan bajet promosi dengan menaja terutama BH Ahad dan mengedarkan dalam majlis sastera yang dianjurkan.
![Hari Kebebasan Akhbar Sedunia: Dr Mahathir ucap terima kasih pada media Hari Kebebasan Akhbar Sedunia: Dr Mahathir ucap terima kasih pada media](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-02/51582988722_PerdanaMenteriInte.jpg)
Hari Kebebasan Akhbar Sedunia: Dr Mahathir ucap terima kasih pada media
Tun Dr Mahathir hari ini mengucapkan terima kasih kepada semua pengamal media, kerana telah menyumbang kepada menjadikan dunia lebih baik.
![Harap Utusan timbang semula keputusan - Kula Segaran Harap Utusan timbang semula keputusan - Kula Segaran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-10/51570600939_TBSURATKHABAR.jpg)
Harap Utusan timbang semula keputusan - Kula Segaran
Syarikat akhbar itu disaran mencari alternatif lain lantaran keputusan itu melibatkan kebajikan pekerja.
![Akhbar fizikal terus hidup jika terbit kandungan berkualiti Akhbar fizikal terus hidup jika terbit kandungan berkualiti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-09/51442114055_akhbar.jpg)
Akhbar fizikal terus hidup jika terbit kandungan berkualiti
Dr Shahrul Nazmi Sannusi yakin sesebuah akhbar itu mampu bertahan sekiranya kandungan yang diterbitkan itu berkualiti.
![Akhbar di Malaysia masih ada masa depan - bekas pensyarah Akhbar di Malaysia masih ada masa depan - bekas pensyarah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-09/51442114055_akhbar.jpg)
Akhbar di Malaysia masih ada masa depan - bekas pensyarah
Industri media cetak di negara ini masih mempunyai masa hadapan meskipun ketika ini berhadapan dengan keadaan suram dari segi jualan dan pengiklanan
![Bekas pekerja akhbar milik Samy Vellu tuntut gaji, pampasan RM1.36 juta Bekas pekerja akhbar milik Samy Vellu tuntut gaji, pampasan RM1.36 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-01/61548691681_TamilNesan.jpg)
Bekas pekerja akhbar milik Samy Vellu tuntut gaji, pampasan RM1.36 juta
Mereka juga mendakwa Menteri Sumber Manusia, M Kula Segaran gagal membela nasib mereka.