KUALA LUMPUR: Hampir 1,500 pegawai dan anggota polis akan ditugaskan semasa perlawanan akhir Piala Malaysia 2021 di antara Kuala Lumpur (KL) City FC dan Johor Darul Ta'zim (JDT) bagi memastikan kelancaran sepanjang perlawanan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam esok.
Ketua Polis Daerah Cheras, ACP Muhammad Idzam Jaafar berkata, pihaknya akan meningkatkan kawalan keselamatan di dalam dan luar stadium, bagi memastikan keadaan keselamatan penonton terjamin serta mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.
"Untuk makluman semua, polis menetapkan pasukan tangkapan, sekiranya ada dalam kalangan penonton ini yang melakukan sesuatu di luar batasan, norma manusia, bertindak ganas atau mencetuskan sebarang provokasi, (akan serta merta ditahan)," katanya dalam sidang media dan taklimat keselamatan Polis Diraja Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini hari ini.
Beliau berkata, penonton diminta untuk menikmati perlawanan itu dan tidak membuat sebarang kekacauan yang boleh mendatangkan huru-hara, sama ada pasukan yang disokong itu menang atau sebaliknya.
Muhammad Idzam berkata, penonton juga tidak dibenarkan membawa masuk barangan terlarang ke dalam stadium seperti mercun, bunga api, suar, topi keledar, pemancar laser, mancis, minuman keras, sebarang objek tajam dan dron yang tidak mendapat kebenaran.
Beliau berkata, penonton juga dinasihatkan agar sentiasa menjaga penjarakan fizikal di dalam stadium, memakai pelitup muka, menjaga tatasusila dan tidak melakukan sebarang provokasi melampau sehingga menimbulkan kekacauan sewaktu atau selepas perlawanan tersebut.
Muhammad Idzam berkata, seramai 20,000 penonton dijangka hadir ke stadium malam esok dan mereka yang tidak lengkap dua dos vaksinasi serta kanak-kanak di bawah 12 tahun, tidak dibenarkan memasuki stadium.
Katanya, bagi kelancaran lalu lintas menjelang perlawanan itu berlangsung, orang ramai dinasihatkan menggunakan pengangkutan awam ke Stadium Nasional Bukit Jalil, kerana parkir agak terhad sekali gus mengelakkan kesesakan.
"Elakkan melalui jalan-jalan sekitar Bukit Jalil jika tidak bertujuan menonton perlawanan bola sepak tersebut, patuhi arahan anggota polis bertugas dan pengguna jalan raya tidak dibenarkan sama sekali untuk meletakkan kenderaan di bahu jalan di sekitar laluan masuk dan keluar stadium," katanya.
Menurutnya, tindakan saman dan tunda akan dilakukan terhadap kenderaan yang menghalang lalu lintas dan diharapakan semua pemandu mengamalkan sikap bersabar dan sopan semasa memandu.
Beliau berkata orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat atau pertanyaan boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras di talian 03-9205 0222 atau mana-mana balai polis berhampiran.
Perlawanan akhir Piala Malaysia yang menyambut ulang tahunnya ke-100 akan berlangsung 9 malam esok di Stadium Nasional Bukit Jalil di antara JDT dan KL City FC. - BERNAMA
Bernama
Mon Nov 29 2021

ACP Muhammad Idzam Jaafar berkata, PDRM akan meningkatkan kawalan keselamatan di dalam dan luar stadium bagi memastikan keadaan keselamatan penonton terjamin serta mengikut SOP yang telah ditetapkan. - Gambar BERNAMA
Kerajaan perkukuh inisiatif Astro-Tourism, anjur perkelahan astronomi
Kerajaan terus memperkukuh usaha memasyarakatkan dan membudayakan bidang astronomi dan sains angkasa menerusi pelbagai aktiviti dan program berbentuk pembelajaran sains bukan formal secara interaktif.

Keadaan Paus Francis masih 'kritikal' - Vatican
Vatican turut memaklumkan bahawa ketua gereja Katolik itu masih belum "bebas daripada bahaya."
Trump dakwa capai perjanjian dengan Ukraine
Presiden Donald Trump berkata pada Sabtu bahawa Amerika Syarikat telah menutup perjanjian dengan Ukraine mengenai perkongsian hasil daripada galian Ukraine sebagai sebahagian daripada usaha menamatkan perang

Fadillah sertai lebih 4,000 peserta larian kesedaran autisme
Penganjuran program berkenaan mampu memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat untuk lebih peka terhadap situasi golongan autisme.
12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Seramai 12 individu termasuk tiga kanak-kanak dan seorang bayi perempuan terperangkap dalam lif di sebuah hotel di sini pada Sabtu.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

EPL: Sensasi Asensio buat Chelsea gigit jari
Asensio menjaringkan gol kemenangan Villa pada minit ke-89 hasil kesilapan penjaga gol Chelsea, Filip Jorgensen.

Saya kehilangan sahabat baik - MB Perak
Menurutnya, secara peribadi hubungan mereka baik sejak sebelum Allahyarham menjadi Ketua UMNO Bahagian Tapah pada 2018.

Muhammad Kamil akan umum keputusan tanding Ketua AMK
Katanya, walaupun kesemua 14 AMK negeri telah nyatakan sokongan terhadapnya, beliau perlukan sedikit masa untuk mempertimbangkannya.
#AWANIRingkas 23 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 23 Februari 2025
1️⃣ Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
2️⃣ Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
3️⃣ Trump dakwa capai perjanjian hasil galian dengan Ukraine
#awaniringkas
1️⃣ Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
2️⃣ Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
3️⃣ Trump dakwa capai perjanjian hasil galian dengan Ukraine
#awaniringkas

Perarakan kemenangan KL City FC dibatalkan - Annuar Musa
Warga kota terpaksa melupakan hasrat untuk meraikan kejayaan pasukan KL City FC yang menjuarai Piala Malaysia 2021, apabila perarakan kemenangan dibatalkan atas faktor keselamatan antara lain.

Mora bersedia hadapi akibat, susulan kekalahan JDT di final Piala Malaysia
Mora berkata keputusan mengenai masa depannya bersama skuad Harimau Selatan itu adalah di luar kawalan beliau.

Final menentang JDT tugas getir sepanjang karier saya - Hodak
Skuad kendaliannya hanya mempunyai dua pemain kebangsaan - Kenny Pallraj dan Muhammad Akram Mahinan.

Akhir Piala Malaysia: 1,500 pegawai, anggota polis ditugas, pasukan tangkapan diwujud
Polis akan tingkatkan kawalan keselamatan di dalam dan luar stadium, bagi memastikan keadaan keselamatan penonton terjamin.

Piala Malaysia: Mutu pengadilan sekali lagi dipertikai
Mutu pengadilan pegawai perlawanan tempatan sekali lagi menjadi tumpuan dan melibatkan pertembungan separuh akhir pertama Piala Malaysia 2021 antara Terengganu FC dan Johor Darul Ta'zim semalam.

Bergson wira JDT di pantai timur, Melaka tarik nafas lega di Cheras
Keputusan seri itu juga menyaksikan ego TFC dan JDT dalam kempen Piala Malaysia gagal direntap.

Piala Malaysia: Giliran KL City, Sarawak United ke suku akhir
Gol tunggal oleh Romel Oswaldo Morales sudah cukup bagi membantu KL City FC merakam kemenangan.

Kehadiran penyokong ke stadium legakan 'kantung' kewangan pasukan
Kebenaran itu memberi peluang kepada pasukan menjana pendapatan menerusi jualan tiket, jersi dan sebagainya.

Piala Malaysia: Pasukan sedia terima 'pemain ke-12' kembali ke stadium
Kesemua 16 pasukan yang beraksi dalam Piala Malaysia 2021 sudah bersiap sedia menerima kembali kehadiran 'pemain ke-12' ke stadium bermula 29 Okt ini.