KOTA TINGGI: "Saya sentiasa menghitung hari untuk pulang bertemu ayah, tak sangka datang jumpa lebih awal namun hanya jenazah ayah," luah anak sulung kepada salah seorang mangsa lemas di Jeti Mados Kampung Air Putih di sini.
Noranisah Ramdan, 26, yang menetap di Melaka berkata, kali terakhir dia bertemu ayahnya, Ramdan Sulaiman, 50, pada Januari lalu selepas tidak dapat pulang ke kampung halaman akibat larangan merentas negeri dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
"Saya berharap sangat untuk pulang ke rumah pada bulan hadapan (Oktober) dan sudah berjanji dengan ayah. Memang kerap kami buat panggilan video. Tidak sangka saya bertemunya lebih awal, tetapi dalam keadaan begini.
"Apabila dimaklumkan, saya terus bergerak dengan suami dari Melaka, saya sampai malam tadi (Selasa) ketika itu ayah masih belum jumpa," katanya ketika ditemui di Jeti Mados Kampung Air Putih di sini pada pagi Rabu.
Noranisah berkata, aktiviti memancing adalah hobi bapanya sejak dia masih kecil dan perkara itu adalah kebiasaan bagi keluarganya jika bapanya mahu keluar memancing.
"Ayah bekerja sebagai penjual insurans kenderaan, tetapi jika lapang dia akan keluar memancing. Keluarga memang tidak risau kerana ayah selalu keluar tambahan pula dia sudah biasa dengan kawasan ini kerana membesar di sini.
"Apabila emak telefon beritahu abah tidak ditemui selepas keluar memancing, saya rasa tidak sedap hati dan terus balik. Sangat sedih dan terkilan tidak dapat jumpa abah dan hanya dapat menatap jenazahnya," katanya.
Noranisah yang juga suri rumah berkata, bot yang dinaiki bersama seorang lagi mangsa, Amiruddin Abdul Malik, 53, adalah milik bapanya sendiri.
"Abah dengan imam (Amiruddin) adalah rakan baik. Mereka pasti bersama jika pergi memancing. Tidak kira memancing berdua atau berkumpulan pasti imam Amiruddin akan ikut bersama pergi memancing.
"Tidak sangka perginya dia bersama rakan baiknya. Masa dapat tahu, bukan saya sahaja tetapi adik bongsu, Muhammad Hafiz, 17, sehingga tidak lalu makan dan tidur. Dia sampai ikut nelayan tempatan untuk mencari abah," katanya.
Mayat dua pemancing yang sebelum ini dilaporkan hilang selepas menaiki bot dari Jeti Mados, Kampung Air Putih di sini pada malam Isnin ditemui pagi Rabu selepas dua hari hilang.
Mayat Ramdan ditemui lebih kurang lima kilometer dari lokasi bot pada jam 7.10 pagi, manakala mayat Amiruddin ditemui jam 8.04 pagi pada jarak 200 meter dari lokasi bot.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Sinar Harian
Thu Sep 23 2021

Gambar kecil: Noranisah terkilan tidak dapat bertemu bapanya yang meninggal dunia akibat lemas ketika memancing di Jeti Mados, Kampung Air Putih. - Foto Sinar Harian

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

G20 mesti terus perjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik
Presiden Afrika Selatan gesa G20 untuk terus memperjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik di seluruh dunia.

'Suspek memang dikenali bermasalah, kalau tahu saya halang dia berjumpa'
Nelayan yang mahu dikenali sebagai Mohamad berkata, sekiranya mengetahui pelanggan tersebut adalah suspek, dia pasti akan berusaha menghalang pertemuan itu.

Nelayan jatuh bot ditemukan lemas di Kuala Sangga
JBPM Perak terima laporan kehilangan Aziz Bakar kira-kira pukul 12.10 tengah malam tadi dan operasi mencari dan menyelamat diteruskan pagi ini.

APMM tahan lima warga Myanmar tangkap ikan di kawasan tidak dibenarkan
APMM Selangor menahan lima lelaki Myanmar termasuk seorang tekong bot nelayan kerana menangkap ikan di kawasan tidak dibenarkan di kedudukan 9.2 batu nautika barat daya Pulau Tengah, semalam.

Nekmat nafi terlibat penyelewengan minyak diesel subsidi
Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat) menafikan terlibat dalam kegiatan penyelewengan minyak diesel subsidi yang menggunakan lori dengan logo persatuan itu.

KKDW peruntuk RM28 juta naik taraf jalan raya di Sungai Burung
Peruntukan itu diberikan kerana lokasi berkenaan merupakan tempat pelancongan menarik dan menjadi tumpuan orang ramai.

Empat lelaki ditahan bersama senjata api, 801 butir peluru
Polis menahan empat lelaki termasuk dua warga Indonesia dan merampas lima pucuk pistol, selaras senapang M4 serta 801 butir peluru dalam sebuah bot di kawasan perairan Perai.

Ops Bersepadu: Tujuh nelayan positif dadah ditahan
Operasi disertai 51 anggota pelbagai agensi memfokuskan kepada pemeriksaan di perairan Teluk Kumbar dan jeti pendaratan ikan sekitarnya.

Orang ramai dinasihat waspada kehadiran ubur-ubur di Pantai Hiburan, Kuala Rompin
Orang ramai dinasihatkan supaya berwaspada dan berhati-hati dengan kehadiran ratusan ubur-ubur beracun daripada spesies 'Physalia physalis' sepanjang Pantai Hiburan, di Kuala Rompin, sejak pagi tadi.

Dua bot nelayan ditahan langgar syarat lesen, gajikan pekerja asing
APMM Selangor menahan dua bot nelayan tempatan kerana disyaki melanggar syarat sah lesen dengan menggajikan kru warga asing tanpa kebenaran.

Pasor Percuma Ganu Kite! Bantu penduduk terjejas banjir
Sekumpulan sukarelawan menganjurkan program pasar percuma di sini hari ini bagi membantu mangsa banjir terutama golongan kurang berkemampuan.