Syarikat Petron Fuel International Sdn Bhd (Petron) akhirnya membuka mulut selepas terpalit kontroversi susulan penyebaran memo pelantikan sebagai pembekal petrol dan diesel untuk kerajaan tular di media sosial, Khamis lalu.
Petron dalam satu kenyataan pada Selasa menjelaskan permohonan menjadi pembekal kerajaan telah dibuat sejak Mac 2015 dan diluluskan November tahun sama.
“Pada mulanya, kami memohon untuk menjadi pembekal kerajaan pada bulan Mac 2015 dan telah menerima kelulusan daripada Kementerian Kewangan pada bulan November tahun yang sama sebagai pembekal peralatan.
“Kami memohon semula secara khusus untuk menjadi salah satu pembekal bahan api untuk kenderaan kerajaan pada Oktober 2016. Selepas melalui proses yang ekstensif, kami diiktiraf sebagai salah satu pembekal bahan api hanya pada bulan Ogos 2018,” katanya.
Khamis lalu, tular di media sosial mengenai surat berkenaan dan mendapat perhatian netizen kerana anak Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Mirzan didakwa mempunyai pegangan saham dan peranan dalam syarikat itu.
Pada tahun 2013, Petron Malaysia Refining & Marketing Bhd (Petron Malaysia) mengesahkan kepada Bursa Malaysia yang Mirzan tidak memiliki sebarang saham atau peranan dalam syarikat tersebut.
BACA: Lantik Petron timbul konflik kepentingan - Najib
BACA: Petron bukan pembekal minyak tunggal kenderaan kerajaan persekutuan
Sementara itu, dalam kenyataan sama, Petron berkata syarikatnya telah melalui proses akreditasi yang betul dan mengikut semua proses yang telus seperti digariskan oleh Kementerian Kewangan sama seperti syarikat serta pembekal bahan api lain.
“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Kewangan atas kepercayaan dan keyakinan melantik Petron sebagai salah satu pembekal bahan api yang diakreditasi untuk kenderaan kerajaan pada 3 Ogos 2018 yang lalu.
“Kami juga menghargai usaha mereka untuk menggalakkan persaingan sihat dalam industri petroleum. Kami sentiasa komited untuk memenuhi keperluan bahan api pengguna dengan membekalkan produk premium kami,” katanya.
Petron juga akan terus membuat pelaburan besar dalam industri hiliran minyak dan menyumbang kepada ekonomi Malaysia dengan menaiktaraf kilang penapisannya mengukuhkan keupayaan logistik dan mengembangkan rangkaian stesen.
Pihaknya berharap dapat memberikan perkhidmatan terbaik kepada pengguna pada masa hadapan.
Dalam pada itu, kerajaan melalui Kementerian Kewangan menjelaskan Petron bukanlah pembekal tunggal minyak petrol dan diesel kenderaan kerajaan kerana Petroliam Nasional Bhd (Petronas) dan Shell Malaysia masih lagi merupakan pembekal bahan api itu sejak 1997.
Sinar Harian
Tue Sep 04 2018
![Akhirnya Petron buka mulut Akhirnya Petron buka mulut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-09/51536114754_PETRON.jpg)
Petron berkata pihaknya memohon untuk menjadi pembekal kerajaan pada Mac 2015 dan telah menerima kelulusan Kementerian Kewangan pada November tahun sama sebagai pembekal peralatan. - Foto Facebook / PetronMalaysia
Lebih 18,000 pelarian kembali ke Afghanistan
Lebih 18,000 pelarian Afghanistan kembali ke tanah air dari negara jiran, Pakistan, bulan lepas, lapor Xinhua yang memetik media tempatan, Tolo, pada Sabtu.
Latvia henti kebergantungan grid elektrik Rusia
Latvia antara tiga negara baltik yang terbaharu mengambil keputusan dramatik memutuskan hubungan serta kebergantungan dengan grid kuasa elektrik dengan Rusia pada Sabtu. Pelan itu adalah sebagai sebahagian dari rancangan Latvia untuk memacu keselamatan dan mengintegrasikan hubungan dengan negara-negara dibawah Kesatuan Eropah (EU).
![Lepaskan lapan das tembakan di pusat beli-belah, lelaki warga tempatan sedang dijejaki polis Lepaskan lapan das tembakan di pusat beli-belah, lelaki warga tempatan sedang dijejaki polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739031607_TembakSetiaCityM.jpg)
Lepaskan lapan das tembakan di pusat beli-belah, lelaki warga tempatan sedang dijejaki polis
Penembak itu bertindak melarikan diri dari pusat beli-belah tersebut, dia dipercayai masih berada di kawasan berhampiran.
[TERKINI] Polis sahkan kejadian tembakan di pusat membeli belah
Ratusan pengunjung yang sedang berada di dalam sebuah pusat beli-belah di Shah Alam berada dalam keadan cemas apabila dipercayai berlaku satu insiden tembak-menembak di lokasi berkenaan.
Berdasarkan video yang tular, difahamkan pekerja premis pusat beli-belah itu telah membuat keputusan untuk menutup sementara pintu gulung (roll shutter) premis itu.
Berdasarkan video yang tular, difahamkan pekerja premis pusat beli-belah itu telah membuat keputusan untuk menutup sementara pintu gulung (roll shutter) premis itu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 8 Februari 2025.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Angka korban di seluruh Gaza meningkat kepada 48,181, lebih 111,630 cedera Angka korban di seluruh Gaza meningkat kepada 48,181, lebih 111,630 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738916821_GazaPalestineHam.jpg)
Angka korban di seluruh Gaza meningkat kepada 48,181, lebih 111,630 cedera
Dalam tempoh 48 jam lepas sahaja, 26 lagi rakyat Palestin dilaporkan terbunuh, termasuk 22 mayat yang ditemukan daripada runtuhan.
Tumpuan Ahad – 9 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (8 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Parti pimpinan Modi dijangka takluk New Delhi
Parti Perdana Menteri India Narendra Modi Bharatiya Janata Party (BJP), dijangka memperoleh kemenangan besar dalam pilihan raya dewan perundangan tempatan di Delhi. Trend pengiraan undi pada Sabtu menunjukkan BJP memenangi lebih daripada 45 kerusi dalam dewan perundangan 70 anggota, mengatasi Aam Aadmi Party (AAP) yang dipimpin bekas Ketua Menteri Delhi Arvind Kejriwal.
![Pindaan Akta Perubatan 1971 tidak jejas peranan MQA - Dzulkefly Pindaan Akta Perubatan 1971 tidak jejas peranan MQA - Dzulkefly](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81722300367_DzulkeflyAhmad.jpg)
Pindaan Akta Perubatan 1971 tidak jejas peranan MQA - Dzulkefly
MQA akan terus menjadi badan akreditasi kepada program sarjana perubatan yang menilai permohonan daripada universiti.
![Moscow akan balas langkah Bulgaria batal akreditasi wartawan Rusia Moscow akan balas langkah Bulgaria batal akreditasi wartawan Rusia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/81690904910_FlagRusia.jpg)
Moscow akan balas langkah Bulgaria batal akreditasi wartawan Rusia
Rossiyskaya Gazeta melaporkan bahawa Bulgaria akan mengekstradisi pewartanya Alexander Gasyuk tanpa sebarang alasan akan langkah itu.
![Taman Negeri Royal Belum terima akreditasi CA|TS Taman Negeri Royal Belum terima akreditasi CA|TS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/41677840977_HarimauMalaya.jpg)
Taman Negeri Royal Belum terima akreditasi CA|TS
Kejayaan itu dicapai menerusi kerjasama dengan Tabung Alam Sedunia (WWF) Malaysia, yang memberi panduan dan sokongan sepanjang proses akreditasi itu.
![Denda, penjara menanti IPTS tawar program tidak dapat akreditasi MQA - Khaled Nordin Denda, penjara menanti IPTS tawar program tidak dapat akreditasi MQA - Khaled Nordin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/81676876624_KhaledNordin.jpg)
Denda, penjara menanti IPTS tawar program tidak dapat akreditasi MQA - Khaled Nordin
Mohamed Khaled memaklumkan, semua tindakan itu boleh diambil berdasarkan Seksyen 96 dan 97 Akta MQA (Akta 697.
![Semua program UPM ada akreditasi - MQA Semua program UPM ada akreditasi - MQA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/61622296559_TBUPM.jpg)
Semua program UPM ada akreditasi - MQA
Bagi memastikan jaminan kualiti program ditawarkan mengikut standard maksimum, MQA membuat audit secara berkala di universiti yang dianugerahi status swaakreditasi.
![TV Pendidikan diteruskan, sasar pelajar tertentu - Radzi TV Pendidikan diteruskan, sasar pelajar tertentu - Radzi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/51613381261_TINJAUANDIDIKTV.jpg)
TV Pendidikan diteruskan, sasar pelajar tertentu - Radzi
Keputusan dibuat memandangkan situasi tidak terjangka pandemik COVID-19 yang sedang melanda dunia ketika ini boleh mempengaruhi sebarang keputusan KPM.
![Akhirnya Petron buka mulut Akhirnya Petron buka mulut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-09/51536114754_PETRON.jpg)
Akhirnya Petron buka mulut
Petron dalam satu kenyataan pada Selasa menjelaskan permohonan menjadi pembekal kerajaan telah dibuat sejak Mac 2015 dan diluluskan November tahun sama.
![Hospital swasta boleh lakukan pemindahan organ jika penuhi kriteria - Dr Subramaniam Hospital swasta boleh lakukan pemindahan organ jika penuhi kriteria - Dr Subramaniam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-09/51442316855_SUBRAMANIAM.jpg)
Hospital swasta boleh lakukan pemindahan organ jika penuhi kriteria - Dr Subramaniam
Hospital swasta di negara ini dibenar melakukan pembedahan pemindahan organ jika memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan.
![Institusi seni bina luar negara tidak lagi diiktiraf secara automatik pada 2017 Institusi seni bina luar negara tidak lagi diiktiraf secara automatik pada 2017](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-08/71439856400_datukserifadillah.jpg)
Institusi seni bina luar negara tidak lagi diiktiraf secara automatik pada 2017
Proses validasi akan dibuat berdasarkan Polisi dan Prosedur Program Validasi Pendidikan Seni Bina dari institusi luar negara yang dibangunkan oleh Lembaga Arkitek Malaysia (LAM).
![Proses permohonan akreditasi makmal USM masih berterusan Proses permohonan akreditasi makmal USM masih berterusan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-09/51379042358_295x200.jpg)
Proses permohonan akreditasi makmal USM masih berterusan
Proses permohonan semula akreditasi Makmal Universiti Sains Malaysia (USM) masih berterusan.