Calon ketua Pemuda UMNO Malaysia, Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi mahu membawa pergerakan itu kembali ke landasan asal setelah mendakwa perjuangannya telah tersasar dalam tempoh lima tahun lepas.
"Saya memperjuangkan agenda Melayu berlandaskan Islam. Sejak lima tahun lepas pergerakan ini cuma banyak menjalankan aktiviti. Sebagai pewaris, Pemuda patut lantang menjadi pendesak.
"Saya terbuka dengan cabaran perjuangan bagi mengembalikan Pemuda pada landasan asal," katanya semasa ditemui selepas majlis memperkenalkan calon UMNO, Wanita, Pemuda dan Puteri yang bertanding dalam pemilihan parti dan 19 Okt ini di Seri Mentaloon di sini, Jumaat.
Selain Akhramsyah yang menentang penyandang, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, tiga lagi calon ialah Penolong Setiausaha Pemuda UMNO cawangan Pusat Bandar Taman Chempaka, Pandan, Syed Rosli Syed Harman Jamallulail, Ketua Pemuda Umno cawangan Bukit Setiawangsa Irwan Ambak Khalid Izhar dan bekas Ketua Pemuda Umno Bahagian Merbok Abd Karim Ali.
Akhramsyah yang juga Ketua Pemuda UMNO cawangan bendang Baru, Langkawi berkata beliau tidak mahu melihat golongan muda tersisih di tanah air sendiri oleh sebab perjuangan tidak mantap dan longlai.
Beliau memberi contoh Pemuda sangat lemah dalam memperjuang kalimah Allah yang dijadikan isu oleh penganut Kristian yang mahu ia digunakan dalam Bible versi Melayu.
"Pemuda sepatutnya menjadi pendesak supaya hak agama Islam dan bangsa Melayu tidak diperkotak-katik oleh bangsa asing," katanya.
Mengenai peluangnya, Akhramsyah berkata walaupun penyandang memiliki kelebihan, beliau tetap yakin dengan usahanya setelah menemui ramai perwakilan Pemuda.
Beliau berharap tempoh memperkenalkan diri pada masa depan wajar dipanjangkan bagi memberi peluang yanglebih kepada calon muka-muka baharu.
Menurut Akhramsyah sesi pengenalan hari ini adalah yang pertama dihadirinya kerana Kedah menjadi tuan rumah kerana beliau lebih selesa bergerak sendiri.
Bernama
Fri Oct 11 2013
Imigresen Johor tahan 72 warga asing, tiga majikan dalam operasi di dua daerah
Jabatan Imigresen menahan 72 warga asing dan tiga majikan warga tempatan dalam serbuan di 13 buah premis sekitar daerah Muar dan Batu Pahat.
Peneraju baharu FAM mampu bawa Harimau Malaya ke peringkat lebih tinggi - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh optimis sekiranya Naib Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayob dipilih peneraju baharu FAM.
Malaysia tekan kepentingan kerangka industri mineral di FMF25 - Nik Nazmi
Malaysia menekankan kepentingan kerangka industri mineral yang lestari dan keperluan untuk dunia menangani ketegangan geopolitik pada "Future Minerals Forum 2025" nanti.
Sesi Pemukiman Menteri-Menteri Luar berlangsung di Langkawi
Luqman Hariz membawakan perkembangan semasa Sesi Pemukiman Menteri-Menteri Luar ASEAN di Langkawi .
Gencatan senjata Gaza: Semua pihak diseru ambil kesempatan bantu rakyat Palestin - Mujahid
Semua pihak diseru mengambil kesempatan daripada perjanjian gencatan senjata di Gaza dengan bersiap sedia membawa misi bantuan kemanusiaan ke Palestin.
Inisiatif Kampung Digital Melaka dijangka lengkap dalam tempoh enam bulan
Inisiatif Kampung Digital Melaka dijangka dilengkapkan dalam tempoh enam bulan.
Warga emas rugi RM500,000 terpedaya pelaburan tidak wujud
Seorang lelaki warga emas kerugian RM500,000 apabila terpedaya pelaburan tidak wujud yang menjanjikan pulangan lumayan.
AWANI Ringkas: Polis sahkan ada dadah dalam darah empat mangsa maut
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Imigresen serbu penempatan pekerja asing, tahan 76 pendatang tanpa izin
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan 76 pendatang tanpa izin dalam serbuan di penempatan pekerja asing di Shah Alam dan Kajang.
Suatu pembaziran jika ASEAN gagal kerjasama mendepani cabaran global - Mohamad
Kegagalan ASEAN untuk bekerjasama mendepani pelbagai cabaran global akan menjadi satu pembaziran besar.
Kerjasama Mara Corp dan Lynas dibuat tanpa kelulusan Majlis Mara
Tindakan Mara Corp menandatangani MoU itu tidak selaras dengan ketetapan Majlis Mara yang mana sebarang inisiatif baharu perlu mendapat pertimbangan Majlis Mara.
Lynas, MARA Corp bekerjasama majukan sektor hiliran nadir bumi
Susulan pemeteraian MoU antara Lynas Malaysia dan MARA Corporation Sdn Bhd bagi menjalin kerjasama dalam beberapa projek utama termasuk menarik industri dan pelanggan hiliran ke Malaysia.
Khairy terima mandat penuh terajui Pemuda UMNO
Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin diberi mandat penuh oleh perwakilan sayap itu apabila memperoleh 189 undi untuk terus menerajuinya buat penggal kedua.
Akhramsyah mahu kembalikan Pemuda UMNO kepada perjuangan asal
Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi mahu membawa pergerakan itu kembali ke landasan asal.