KUALA LUMPUR: Gara-gara mahu mendapatkan wang bagi melangsaikan hutang, seorang pembuat kuih sanggup membunuh rakan senegaranya di tingkat dua sebuah pangsapuri di Persiaran Subang Mewah, Subang Jaya, di sini, pada Isnin.
Kejadian itu berlaku apabila suspek wanita warga Indonesia berumur 39 tahun telah menelefon mangsa bagi mendapatkan bantuan untuk mengangkat anaknya kerana tangan suspek kononnya mengalami kecederaan.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd Khalid Othman berkata mangsa yang percaya terus ke rumah suspek untuk membantunya namun setibanya mangsa ke rumah, suspek telah menolak mangsa dan menghentak kepala mangsa ke lantai sehingga mati.
Berikutan itu, suspek dipercayai mengambil barang kemas milik mangsa dan telah menggadaikannya bagi melangsaikan hutang berjumlah RM5,000 pada semalam.
Menurutnya, suami mangsa warga tempatan berusia 47 tahun hanya menyedari kehilangan isterinya selepas pulang bekerja dan mendapati pintu rumahnya tidak berkunci pada kira-kira 7 malam pada Isnin.
"Suami mangsa masuk ke rumah mendapati telefon bimbit dan barangan peribadi milik mangsa masih ada tetapi mangsa tiada di rumah,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya, di sini, awal pagi tadi.
Abd Khalid berkata kali terakhir suaminya berjumpa dengan mangsa adalah pada 1.20 tengah hari dan berhubung dengan mangsa pada 3.46 petang hari yang sama.
Sehubungan itu, suami mangsa membuat laporan polis mengenai kehilangan isterinya di Balai Polis USJ 8 pada 12 tengah malam Selasa (9 Mac).
"Berikutan itu, polis telah menahan suspek semalam (Selasa) dan hasil soal siasat suspek mengaku telah membunuh mangsa yang merupakan seorang penjual kuih berusia 54 tahun serta membawa pihak polis ke tempat suspek menyembunyikan mayat mangsa.
"Polis menemukan mayat mangsa diselubungi kain dan selimut di bawah katil suspek pada semalam dengan terdapat kesan pendarahan pada bahagian kepala,” katanya sambil menambah rumah mangsa dan suspek hanya 10 meter sahaja.
Beliau berkata mangsa dan suspek saling mengenali dan sentiasa berurusan perniagaan kuih-muih di gerai berhampiran dengan rumah mangsa.
Mengulas lanjut, Abd Khalid berkata semasa kejadian itu berlaku di dalam rumah suspek, hanya terdapat dua anak suspek yang berusia setahun dan tiga bulan manakala suami suspek tiada di rumah.
"Selain suspek, polis turut menahan suami suspek warga tempatan berusia 48 tahun bekerja sebagai kru produksi bagi membantu siasatan.
"Motif pembunuhan ini adalah suspek mempunyai masalah kewangan dan mangsa memakai barangan kemas yang banyak, dipercayai suspek terdesak sehingga melakukan perbuatan sedemikian,” katanya.
Abd Khalid berkata mayat mangsa dibawa ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat manakala kes ini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh manakala reman suspek akan dimohon pada pagi ini.
-BERNAMA
Bernama
Wed Mar 10 2021

Polis menemukan mayat mangsa diselubungi kain dan selimut di bawah katil suspek pada semalam dengan terdapat kesan pendarahan pada bahagian kepala. -Gambar hiasan
Majlis berbuka puasa bersama Perdana Menteri
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meneruskan rutin berbuka puasa bersama rakyat.
Kali ini lokasi pilihan ialah Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya. Butiran lanjut kita bersama wartawan Firdaus Azil di lokasi.
Kali ini lokasi pilihan ialah Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya. Butiran lanjut kita bersama wartawan Firdaus Azil di lokasi.
Berbuka puasa sambil menyelusuri sungai Terengganu
Meyaksikan keindahan alam sambil berbuka puasa, pengalaman yang jarang dimiliki.
LG Malaysia perkenal DUALCOOL AI, transformasi HVAC ke arah teknologi pintar
LG Malaysia mengorak langkah baharu dalam industri pemanasan, pengudaraan dan penyaman udara (HVAC) dengan memperkenalkan DUALCOOL™ AI, penyaman udara pintar berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang menawarkan kecekapan tenaga, keselesaan optimum dan pengalaman pengguna yang lebih intuitif.
AWANI SABAH+ Ekslusif Bersama Datuk Seri Hajiji Noor, Ketua Menteri Sabah
Temubual eksklusif AWANI SABAH+ bersama Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor melihat kepada bagaimana beliau membawa visi dunia ke negeri di bawah bayu, selain merealisasikan impian demi kesejahteraan rakyat. Dan semua itu diterjemahkan menerusi inisiatif hala tuju Sabah Maju Jaya.
Lapor serangan seksual: Mangsa OKU perlu lebih sokongan, bantuan - CPS KL
Badan bukan kerajaan Children’s Protection Society (CPS) Kuala Lumpur, bersama Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia (MAB) tampil menganjurkan majlis berbuka puasa meraikan golongan OKU penglihatan dan anak-anak keluarga B40 semalam, yang turut diberi pengisian tentang kesedaran terhadap peningkatan kes serangan seksual.
KKM semak penafian APHM, bayar guna insuran lebih rendah
Kementerian Kesihatan akan menyemak kenyataan Persatuan Hospital Swasta Malaysia (APHM) berhubung dakwaan tiada perbezaan ketara dalam kos antara pesakit berinsurans dan pesakit yang membayar sendiri.
Kertas cadangan C4P dibentangkan kepada JPA Mei ini
Kertas cadangan untuk memberi autonomi tambahan kepada Cawangan Perkhidmatan Penolong Pegawai Perubatan (C4P) kini di peringkat akhir dan dijangka dikemukakan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pada Mei ini.

Pejalan kaki warga emas maut dilanggar di Miri
Seorang wanita warga emas maut dalam kemalangan di Jalan Airport, Miri, bahagian utara Sarawak malam tadi.
Consider This: Congestion Pricing (Part 1) — What Will Make Traffic Finally Move?
Kuala Lumpur’s worsening traffic congestion is costing Malaysia RM20 billion annually, according to a 2020 Prasarana study. Now, the government is considering a congestion charge—a fee imposed on vehicles using certain roads at peak hours—it’s expected to reduce traffic by an estimated 20%. But will it work? How will it be implemented? And will it place an unfair burden on road users? On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks with Dr Hizal Hanis Hashim, Head of Corporate Communications and Knowledge Management at the Malaysian Institute for Road Safety Research (MIROS).

PRK DUN Ayer Kuning: Calon BN disenarai pendek - Ahmad Zahid
Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, April ini telah disenarai pendek dan akan diumumkan seminggu sebelum tarikh penamaan calon.

Akibat dijerat hutang, wanita bunuh jiran, sembunyi mayat bawah katil
Beliau berkata mangsa dan suspek saling mengenali dan sentiasa berurusan perniagaan kuih-muih di gerai berhampiran dengan rumah mangsa.