Siasatan awal polis mendapati kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah berpunca daripada perbuatan khianat.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata motif tindakan berpunca daripada ejek-mengejek antara tujuh suspek yang ditahan dan sekumpulan pelajar pusat tahfiz itu.
"Niat mereka (suspek) adalah untuk membakar tetapi disebabkan umur mereka yang masih muda, mereka tidak mengetahui akibat daripada tindakan mereka itu," kata Amar Singh pada sidang media khas berhubung insiden tersebut pada Sabtu malam.
Tujuh suspek yang ditahan berusia di antara 11 dan 18 tahun.
"Ujian saringan air kencing mendapati enam daripada suspek tersebut didapati positif dadah jenis ganja.
"Selain itu, dua daripada kesemua suspek mempunyai rekod jenayah lampau berhubung merusuh dan mencuri kenderaan," kata Amar Singh.
Pihak polis turut merampas masing-masing lima helai baju dan seluar, empat topi keledar, tiga buah motosikal dan tiga telefon bimbit milik suspek terlibat.
Kesemua suspek direman selama tujuh hari sehingga 22 September.
Tambah Amar, pihaknya percaya dengan penahanan tujuh suspek ini, kes ini dianggap selesai.
"Namun, kami tetap berfikiran terbuka ketika meneliti bahan bukti dan kenyataan hasil siasatan," kata beliau.
Apabila ditanya tentang kewujudan dua tong gas yang ditemukan di kawasan pusat tahfiz itu, Amar Singh berkata polis boleh mengesahkan bahawa tong-tong gas telah dibawa ke tingkat atas pusat tahfiz bagi tujuan membakar.
"Kami boleh mengesahkan bahawa satu bahan pembakaran berasaskan hidrokarbon digunakan bagi mempercepatkan pembakaran," katanya lagi.
Hakim Rahman, Hafiz Marzukhi
Sat Sep 16 2017
![Akibat ejek-mengejek, pusat tahfiz dibakar Akibat ejek-mengejek, pusat tahfiz dibakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-09/61505566616_SidangMedia.jpg)
Datuk Amar Singh berkata motif tindakan berpunca daripada ejek-mengejek antara tujuh suspek yang ditahan dan sekumpulan pelajar pusat tahfiz itu. -Astro AWANI
![KKM lancar kempen 'Perangi Stigma', hapus diskriminasi terhadap pesakit mental KKM lancar kempen 'Perangi Stigma', hapus diskriminasi terhadap pesakit mental](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739959779_DzulkeflyAhmad.jpg)
KKM lancar kempen 'Perangi Stigma', hapus diskriminasi terhadap pesakit mental
Kementerian Kesihatan melancarkan kempen 'Perangi Stigma'bagi membanteras stigma dan diskriminasi terhadap individu alami kesihatan mental.
Pantau Agenda Reformasi: Impak jangka panjang larangan pergerakan kenderaan berat
Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memperluas larangan pergerakan kenderaan berat memasuki lebuh raya pada waktu puncak di beberapa jajaran lebuh raya terpilih di sekitar Lembah Klang bermula pada 19 Feb ini bagi melancarkan pergerakan trafik di kawasan itu serta di bandar raya.
Prof. Madya Dr. Law Teik Hua, Pengarah Pusat Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya UPM
Prof. Madya Dr. Law Teik Hua, Pengarah Pusat Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya UPM
Seni bina perlu jadi penyumbang kukuh perdagangan perkhidmatan
Seni bina masih merupakan segmen eksport yang kurang dibangunkan berikutan pengangkutan, teknologi maklumat dan komunikasi serta perkhidmatan perniagaan yang mendominasi profil eksport perkhidmatan negara.
Adaptasi ESG: Perkongsian awam-swasta beri kelebihan daya saing
Kerajaan berhasrat mewujudkan ekonomi digital yang teguh, mampan dan berdaya saing di peringkat global yang memberi manfaat kepada perniagaan dan rakyat.
![Kerani rugi RM1 juta terperdaya skim pelaburan tidak wujud Kerani rugi RM1 juta terperdaya skim pelaburan tidak wujud](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61734154906_tbHusseinOmarKhan.jpg)
Kerani rugi RM1 juta terperdaya skim pelaburan tidak wujud
Seorang kerani sebuah syarikat swasta kerugian RM1 juta selepas menjadi mangsa penipuan skim pelaburan tidak wujud menerusi Facebook.
Perikanan: Pemprosesan, pengeluaran jana nilai ekonomi RM 64 juta tahun lepas - DOF
Pencapaian dicatatkan menerusi Program myAgropreneur (myAP) itu mencerminkan peranan penting industri pemprosesan perikanan dalam menyokong pembangunan ekonomi negara.
Terengganu bakal miliki industri pembinaan pesawat ringan
Perkara itu masih dalam perbincangan dengan syarikat Putra Aerospace Industries (PAI) dan pihaknya telah memberikan persetujuan awal untuk meneliti lanjut projek berkenaan.
Manfaatkan sokongan kerajaan, teknologi bagi perkasa sektor logistik - Loke
Loke berkata inisiatif seperti pengecualian cukai itu bertujuan memacu operasi lebih pintar serta cekap di peringkat gudang serta logistik.
MARA sasar kurangkan pinjaman tidak berbayar kepada 30 peratus
Asyraf Wajdi berkata untuk itu, satu pendekatan lebih agresif dan tiada kompromi akan diambil kepada mereka yang culas dalam menjelaskan hutang.
150 false killer whale ditemukan terdampar
Lebih 150 false killer whale ditemukan terdampar di barat laut Australia pada Rabu.
![Polis siasat dakwaan babitkan Amar Singh Polis siasat dakwaan babitkan Amar Singh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/51660315419_AmarSinghIsharSin.jpg)
Polis siasat dakwaan babitkan Amar Singh
Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Noor Dellhan Yahaya berkata pihaknya menerima laporan polis pada 3.02 petang hari ini.
![Isu Tabung Haji: Apa yang anda perlu tahu? Isu Tabung Haji: Apa yang anda perlu tahu?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-12/41544366097_tahunghaji.jpg)
Isu Tabung Haji: Apa yang anda perlu tahu?
Lembaga Tabung Haji (TH) membuat dua laporan polis pada 30 November 2018 melibatkan beberapa bekas pengurusan kanannya. Berikut apa yang anda perlu tahu mengenai isu TH.
![DoJ perlu selesaikan dokumen ekstradisi Roger Ng dalam 60 hari DoJ perlu selesaikan dokumen ekstradisi Roger Ng dalam 60 hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-04/71460036144_AmarSingh.jpg)
DoJ perlu selesaikan dokumen ekstradisi Roger Ng dalam 60 hari
Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DoJ) perlu menyelesaikan segala urusan berkaitan proses ekstradisi bekas ahli perbankan Goldman Sachs.
![Rosmah, Norashman, Riza tiba di JSJK untuk beri keterangan Rosmah, Norashman, Riza tiba di JSJK untuk beri keterangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-10/41540521682_rosmahmansur.jpg)
Rosmah, Norashman, Riza tiba di JSJK untuk beri keterangan
Rosmah tiba pada 9.43 pagi dengan pakaian berwarna putih bersama dua anaknya Norashman Najib dan Riza Aziz.
![UMNO akan buktikan wang rampasan RM116.7 juta milik parti itu - Ahmad Zahid UMNO akan buktikan wang rampasan RM116.7 juta milik parti itu - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-07/71530433024_debatawani.jpg)
UMNO akan buktikan wang rampasan RM116.7 juta milik parti itu - Ahmad Zahid
UMNO akan kemukakan bukti berhubung wang rampasan sebanyak RM116.7 juta oleh polis di mahkamah kelak, kata Ahli Parlimen Bagan Datuk, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
![1MDB: Najib tarik balik saman terhadap Tommy Thomas, Mohd Shukri, Amar Singh 1MDB: Najib tarik balik saman terhadap Tommy Thomas, Mohd Shukri, Amar Singh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-07/41530691456_NajibRazakMahkamah.jpg)
1MDB: Najib tarik balik saman terhadap Tommy Thomas, Mohd Shukri, Amar Singh
Mahkamah Tinggi membenarkan saman itu ditarik balik dengan kebebasan untuk Datuk Seri Najib Tun Razak memfailkan tindakan saman yang baharu.
![1MDB: Rosmah juga sedang disiasat - Amar Singh 1MDB: Rosmah juga sedang disiasat - Amar Singh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-06/41530075715_PCAmar.jpg)
1MDB: Rosmah juga sedang disiasat - Amar Singh
Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman sedang menyiasat sama ada Datin Seri Rosmah Mansor adalah antara individu utama dalam siasatan terhadap rampasan barangan melibatkan kes 1MDB.
!['Nilai harta Najib mungkin melebihi Marcos, Imelda' - Anwar 'Nilai harta Najib mungkin melebihi Marcos, Imelda' - Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-05/41526582379_trolley.jpg)
'Nilai harta Najib mungkin melebihi Marcos, Imelda' - Anwar
Kadar salah guna kuasa oleh kerajaan BN sebelum ini sangat mengejutkan terutama apabila ramai pemimpin parti terbabit sibuk bercakap mengenai usaha menangani kemiskinan rakyat.
![Akibat ejek-mengejek, pusat tahfiz dibakar Akibat ejek-mengejek, pusat tahfiz dibakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-09/61505566616_SidangMedia.jpg)
Akibat ejek-mengejek, pusat tahfiz dibakar
Motif tindakan berpunca daripada ejek-mengejek antara tujuh suspek yang ditahan dan sekumpulan pelajar pusat tahfiz itu.
![Suspek edar gambar lucah kanak-kanak ditahan di Jinjang Suspek edar gambar lucah kanak-kanak ditahan di Jinjang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-08/71438655319_pedophile.jpg)
Suspek edar gambar lucah kanak-kanak ditahan di Jinjang
Dia kini direman empat hari sehingga Isnin bagi membantu siasatan.