ALOR SETAR:Angkara salah faham, seorang pelajar lelaki tingkatan tiga sebuah sekolah agama persendirian di Tok Keling, Jalan Datuk Kumbar, Alor Setar, patah di bahagian rahang selepas ditendang pelajar lain di dewan makan sekolah berkenaan, Ahad lalu.
Berikutan kejadian itu, mangsa, Muhamad Shukur Mohamad Sobri, 15, mengalami bengkak di bahagian kiri muka selain rahang mulutnya patah dan trauma dengan kejadian itu.
Menurut mangsa, kejadian berlaku pada jam 12 tengah malam Ahad lalu ketika dia bersama adik lelakinya, Muhamad Fitri, 13, pergi ke dewan makan untuk mengambil makanan.
Katanya, ketika hendak menjamah makanan, tiba-tiba seorang pelajar datang ke arahnya lalu menendang dengan kuat menyebabkan terkena pipi kirinya.
Selepas ditendang, dia terasa bengang di telinga dan sebaik mengangkat kepala mulutnya berdarah dan rahangnya terasa sakit.
Adik mangsa, Muhamad Fitri yang menyaksikan kejadian itu berkata, dia dan abangnya mahu merahsiakan kejadian itu kepada keluarga tetapi kakaknya sudah memaklumkan kejadian itu kepada bapa mereka selepas mengesyaki pipi abangnya bengkak.
Katanya, dia melihat sendiri pelajar itu menendang abangnya sehingga mulutnya berdarah dan membawa abangnya ke sinki untuk membersihkan darah itu.
“Selepas ditendang, kelihatan banyak darah berlumuran di tangga asrama, sehinggalah ke longkang belakang sekolah,” jelas adik mangsa.
Begitupun bapa mangsa, Mohamad Sobri Abdul Manaf, 46, berkata, ini bukan kali pertama anaknya diperlakukan seperti malah sebelum ini dia pernah dipukul cuma tidak cedera.
Katanya, dia kesal kerana pihak sekolah menghubunginya dan memaklumkan anaknya jatuh dari tangga menyebabkan cedera di rahang mulut.
"Ini bukan kali pertama, ini sudah termasuk dua kali. Saya tidak menyimpan dendam, bagi saya pada hari ni saya pun banyak hari dah kes ni dalam saya fikir-fikir.
"Saya rasa lebih baik perkara macam ni saya serah kepada pihak kerajaan ataupun anggota polis, supaya jadi pengajaran dan iktibar di hari akan datang,” jelas bapa kepada mangsa.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Nor Azman Mohd Noor mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.
Beliau berkata, setakat ini satu kertas siasatan telah dibuka mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan.
Namun tiada sebarang tangkapan dilakukan setakat ini.
Abdul Hadi Che Awang
Thu Oct 08 2020

Berikutan kejadian itu, mangsa, Muhamad Shukur Mohamad Sobri, 15, (kiri) mengalami bengkak di bahagian kiri muka selain rahang mulutnya patah dan trauma dengan kejadian itu. - Astro AWANI
MITI sasar pertumbuhan pelaburan lulus sebanyak lima peratus
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) menyasar pertumbuhan pelaburan diluluskan negara sebanyak lima peratus bagi tahun 2025.
Malaysia perlu menerajui usaha pengeluaran minyak sawit mampan
Malaysia, pengeluar minyak sawit kedua terbesar di dunia, mesti menerajui usaha kemampanan dan mengambil langkah berani untuk menjuarai usaha mengeluarkan minyak sawit yang mampan, terutama ketika dunia semakin memberi tumpuan kepada tanggungjawab alam sekitar.
Perkembangan sidang media prestasi kewangan PETRONAS
Lintas langsung bersama Wartawan Astro AWANI, Hasimi Muhamad bagi memperincikan sidang media pengumuman prestasi kewangan Kumpulan Petronas.
PETRONAS catat keuntungan bersih RM55.1 bilion, turun 32 peratus
Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) mencatatkan keuntungan selepas cukai (PAT) sebanyak RM55.1 bilion, bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024.

116 pelatih PLKN 3.0 berjaya tamat latihan hari ini, modul latihan diterima baik - Adly
Sebanyak 116 pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 siri pertama berjaya menamatkan latihan selama 45 hari hari ini.
Pengurangan cukai antara langkah sokong PMKS - Abdul Rahman
Pengurangan cukai antara sokongan atau insentif yang diberikan kepada Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) bagi memastikan mereka dapat menyesuaikan diri semasa tempoh peralihan apabila gaji minimum baharu dilaksanakan.
16 individu termasuk pemilik syarikat dan pegawai dagang ditahan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan 16 individu termasuk pemilik syarikat dan pegawai dagang kerana disyaki terlibat merasuah penguat kuasa dalam memproses dan melupus sisa elektrik dan elektronik (e-waste) yang tidak dibenarkan.
Kanak-kanak baru boleh berjalan hilang, dipercayai dihanyut arus sungai
Seorang kanak-kanak lelaki berusia 19 bulan yang baru boleh berjalan hilang dipercayai dihanyutkan arus sungai.

Selangor wujud garis panduan amalan tarekat tahun ini - Exco Agama
Kerajaan Selangor akan mewujudkan garis panduan amalan tarekat bagi mengekang amalan yang bertentangan dengan akidah.

HUAWEI MATE XT Ultimate Design dilancarkan di Malaysia, tawar teknologi tiga lipat pertama di dunia
HUAWEI melancarkan HUAWEI Mate XT Ultimate Design di Malaysia, telefon pintar tiga lipat pertama di dunia yang membawakan teknologi inovatif dalam reka bentuk, engsel, dan paparan.

8,909 calon ditawarkan ke MRSM sesi 2025
Secara keseluruhan, sejumlah 93,635 permohonan ke tingkatan 1 dan 4 diterima bagi sesi 2025.

Pelajar Tahun 6 maut disyaki terkena renjatan elektrik di sekolah
Siasatan masih dijalankan dan polis masih menunggu laporan bedah siasat yang dijalankan ke atas mayat mangsa bagi mengenal pasti punca kejadian.

KDN janji selesai isu 12,000 pelajar sekolah tiada dokumen pengenalan diri
Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberi jaminan akan menyelesaikan isu dokumen pengenalan diri membabitkan 12,000 pelajar dalam tempoh antara enam hingga 12 bulan.

Pelajar Tingkatan Lima maut motosikal langgar kon
Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pembonceng dan penunggang motosikal lelaki mengalami luka.

Judi dalam talian jerat 960,000 pelajar Indonesia
Kebanyakan pelajar terdiri daripada pelajar universiti awam dan swasta di seluruh negara.

KPT sasar 300,000 pelajar politeknik menjelang 2030
Politeknik penting kerana ia selaras dengan keputusan kerajaan untuk memperkukuh Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

2.3 juta murid, pelajar lepasan menengah sudah tebus Baucar Buku MADANI
Sejumlah 2.3 juta murid dan pelajar lepasan menengah telah membuat penebusan Baucar Buku MADANI bernilai RM190 juta setakat 8 Nov lepas, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.

Lima lelaki ditahan rogol pelajar sekolah bergilir-gilir
Kejadian menimpa pelajar itu terbongkar selepas pasukan polis berjaya menemui mangsa hasil aduan dibuat oleh ibunya.

KPM pandang serius peningkatan pelajar cenderung bunuh diri, trend 'barcode'
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata peranan kaunselor dan ibu bapa penting dalam membendung tindakan sedemikian di peringkat awal.

Parlimen: RM290 juta diperuntuk bagi Program Baucer Buku MADANI
Sebanyak RM290 juta diperuntukkan untuk pelaksanaan Program Baucar Buku MADANI yang dijangka memanfaatkan lebih 3.5 juta pelajar.