Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) dilihat kurang mampu untuk menangani pengaruh media sosial yang cukup tinggi kepada masyarakat.
Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), Datuk Seri Dr Halim Shafie berkata, AKM juga disifatkan kurang berkemampuan untuk menangani gejala-gejala baharu yang wujud dengan penggunaan media sosial dalam kalangan masyarakat.
Kita mesti faham AKM merupakan salah satu undang-undang siber yang diperkenalkan semasa kita mahu memajukan Koridor Raya Multimedia (MSC) pada tahun 1998 lalu.
"Sebagai pakej untuk menarik pelaburan ke MSC, kerajaan telah memberi 10 jaminan kepada pelabur-pelabur di bawah Akta Jaminan MSC Malaysia (Bill of Guarantees) dan salah satu jaminan ialah tiada censorship atau tapisan kepada Internet.
"Oleh yang demikian, peruntukan dalam akta tidaklah begitu ketat oleh sebab Internet pada waktu itu masih baharu dan media sosial pun belum wujud," katanya ketika dipetik laporan Mingguan Malaysia di sini hari ini.
Dr Halim berkata demikian ketika ditanya benarkah hukuman atau undang-undang yang ada terlalu lemah dan tidak mencukupi untuk memastikan tidak ada pihak yang berani bertindak keterlaluan.
Dalam pada itu SKMM turut digasak oleh pelbagai pihak kerana masih gagal mengambil tindakan terhadap portal berita The Malaysian Insider.
Ini berikutan penyiaran berita palsu pada 25 Mac lalu bahawa Mesyuarat Majlis Raja-Raja menolak cadangan meminda Akta Mahkamah Syariah 1965 (Akta 355).
Walaupun SKMM menyatakan telah menyiasat The Malaysian Insider, sehingga kini suruhanjaya itu tidak mengemukakan hasil siasatan dan belum mendakwa pihak terlibat di mahkamah.
Kata Dr Halim, di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998, SKMM akan mengambil tindakan sama ada berasaskan kepada pemantauan oleh SKMM sendiri ataupun aduan yang dibuat oleh orang ramai.
"Dalam kes The Malaysian Insider baru-baru ini, SKMM mengambil tindakan berasaskan aduan. Pada masa yang sama, pihak PDRM juga membuat siasatan tentang perkara ini dan meminta bantuan SKMM untuk mendapatkan bukti-bukti," jelasnya.
Jelasnya, walaupun kuasa untuk menyiasat di bawah SKMM, tetapi pendakwaan dilakukan setelah mendapat keizinan Pendakwa Raya di bawah Jabatan Peguam Negara.
"Proses siasatan juga mengambil masa agak lama oleh sebab rakaman-rakaman percakapan perlu dibuat sebagai sebahagian daripada proses siasatan.
"Selepas berpuas hati dengan hasil siasatan, barulah pendakwaan boleh dilakukan di bawah mana-mana seksyen akta yang berkenaan," ujarnya.
Sementara itu, Dr Halim turut mengakui sikap kurang tegas SKMM menyebabkan pihak tertentu berterusan melakukan provokasi sehingga bertindak di luar batasan.
"Mungkin juga ada pihak-pihak tertentu yang cuba menguji setakat mana reaksi balas SKMM, pihak berkuasa lain seperti PDRM dan masyarakat sendiri dengan bahan-bahan yang provokatif.
"Kita sentiasa memantau dan akan mengambil tindakan sama ada secara sendirian mengikut akta kita ataupun membantu pihak-pihak lain seperti PDRM atau Jakim bagi kes-kes yang melibatkan bidang kuasa mereka.
"Tetapi saya percaya, lambat-laun masyarakat kita akan menjadi lebih matang, menggunakan Internet secara berhemah dan mematuhi syariah," katanya.
Katanya lagi, oleh sebab itulah SKMM akan memperhebat aspek pendidikan dan kesedaran bersama pihak-pihak lain bagi mencapai matlamat ini.
Astro Awani
Sun Apr 12 2015
SKMM: AKM kurang mampu tangani pengaruh media sosial - Gambar fail
Tiada mangsa dijangka selamat dalam nahas pesawat di Washington DC - Ketua Bomba
Kejadian melibatkan sebuah pesawat penumpang yang berlepas dari Wichita, Kansas, dengan sebuah helikopter tentera Black Hawk.
Toyota kekal peneraju pengeluar kereta terbesar dunia pada 2024
Toyota Motor Corp merekodkan jualan sebanyak 10.82 juta unit pada 2024, susut 3.7 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Ahli Parlimen India ditahan selepas didakwa lakukan serangan seksual
Mangsa dakwa MP itu mengeksploitasinya secara seksual selama empat tahun dengan janji untuk mengahwini serta membantu memajukan kerjayanya.
APM perkenal APM@Gig, benarkan anggota terlibat kerja sementara di luar aktiviti rasmi
APM memberi peluang kepada sukarelawan yang kompeten untuk memberikan perkhidmatan bersifat gig terutama membabitkan pengurangan risiko atau ancaman.
Sabah Electricity pantau bekalan elektrik di kawasan terjejas banjir
Sabah Electricity telah mengerahkan pasukan teknikal untuk bersiap sedia 24 jam membaiki sebarang kerosakan di daerah terjejas banjir.
Mangsa banjir di Sarawak, Sabah meningkat
Di Sarawak, jumlah mangsa meningkat kepada 7,503 orang daripada 2,096 keluarga berbanding 6,718 orang daripada 1,825 keluarga petang semalam.
Reagan National Airport kekal ditutup susulan operasi mencari mangsa nahas udara
Penutupan itu hanya melibatkan Reagan National Airport, manakala Lapangan Terbang Antarabangsa Dulles di ibu negara Amerika Syarikat itu beroperasi seperti biasa.
Jawatankuasa Bencana Sarawak bakal bincang isu keselamatan kediaman lereng bukit - Uggah
Isu keselamatan kediaman di kawasan lereng bukit akan dibincangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dalam masa terdekat.
Thailand sambut baik pembebasan warganya di Gaza
Kesemua rakyat Thailand berkenaan sedang dipindahkan ke hospital untuk menerima rawatan perubatan.
Belgium anggap Inisiatif Autonomi Maghribi sebagai asas baik untuk penyelesaian bersama
Pendekatan konstruktif Belgium ini selaras dengan momentum antarabangsa yang dipacu oleh Raja Maghribi, Raja Mohammed VI.
AKM kurang mampu tangani pengaruh media sosial - SKMM
Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) dilihat kurang mampu untuk menangani pengaruh media sosial yang cukup tinggi kepada masyarakat.